Seiring dengan teknologi maklumat yang pesat membangun, pernahkah terfikir bahawa dengan kemajuan teknologi maklumat masa kini, pelbagai pembaharuan dan penambahbaikan dapat dilakukan ke atas sistem sediada supaya ianya dapat memudahkan segala urusan dan menjimatkan masa.
Contoh mudah dapat dilihat dalam penggunaan telefon mudah alih atau telefon pintar(smartphone) yang semakin meluas penggunaannya. Penggunaan email, capaian internet, geolokasi(GPS), perisian komputer, permainan video dan sebagainya kini di dalam sebuah gadget yang kecil dan padat. Kini tidak kira golongan, berkemampuan atau tidak, peringkat umur, semuanya memiliki sebuah telefon mudah alih untuk kegunaan peribadi.
Berbalik kepada tajuk utama yang dibincangkan iaitu aplikasi penggunaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam pengurusan hartanah, pastinya anda memikirkan apakah yang dimaksudkan dengan GIS? Apakah itu GIS? Apakah manfaat yang boleh diperolehi dengan penggunaan GIS dalam pengurusan hartanah? Bagi mereka yang sering atau biasa menggunakan aplikasi Geolokasi (GPS), pastinya dapat meneka kerana terdapat perkaitan disitu.
Secara ringkasnya, GIS adalah sebuah sistem maklumat yang digunakan untuk menyimpan, memapar, menganalisis dan memanipulasi yang berkaitan dengan reruangan. Sebagai contoh mudah, dapat dilihat dengan memaksimumkan penggunaan data dengan mengabungkan segala data berkaitan hartanah iaitu nama pemilik, keluasan, anggaran harga terkini, maklumat kejiranan, penghampiran dan sebagainya dapat dilakukan dengan melakukan integrasi reruangan menggunakan aplikasi GIS yang sesuai.