Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Hartanah Di Sini
    • Laman Utama
    • Jual & Sewa Hartanah
    • Mencari Hartanah?
    • Senarai Hartanah
    • Kalkulator Pinjaman
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Hartanah Di Sini
    Kewangan

    Bank Negara Malaysia Kekalkan OPR Pada 3.25%

    Nasrul HanisBy Nasrul HanisJanuary 24, 2019No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Kadar Dasar Semalaman / Overnight Policy Rate (OPR) merupakan satu kadar faedah semalaman yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) & bertindak sebagai kadar rujukan utama dalam penentuan kadar faedah pasaran yang lain.

    Base Lending Rate (BLR) atau Base Financing Rate (BFR) dan Base Rate (BR) bergantung kepada OPR ini memandangkan ia adalah kadar bunga/keuntungan antara bank-bank dalam pasaran wang di mana kebiasaannya kenaikan dan penurunan OPR adalah seiring dengan BLR, BFR dan BR.

    Dalam perkembangan terkini, Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.25 peratus.

    Menurut BNM, ekonomi Malaysia dijangka terus berada pada landasan pertumbuhan yang stabil pada tahun 2019 di mana penunjuk terkini menunjukkan pengembangan ekonomi yang mampan. Permintaan dalam negeri akan terus menjadi pemacu utama pertumbuhan pada tahun 2019. Menurutnya lagi, pertumbuhan aktiviti sektor swasta yang mampan dijangka mengimbangi perbelanjaan awam yang lebih rendah berikutan langkah konsolidasi fiskal oleh kerajaan.

    Pada kadar semasa OPR, tahap akomodatif dasar monetari adalah sejajar dengan pendirian dasar yang ditetapkan. MPC juga akan terus memantau dan menilai imbangan risiko berhubung dengan prospek pertumbuhan domestik dan inflasi.

    Semoga Ekonomi Terus Stabil

    Harapan kita tidak lain tidak bukan adalah agar ekonomi negara kita terus stabil agar tidak berlaku perubahan inflasi ketara yang boleh memberi impak kepada kadar faedah semasa dan mempengaruhi perancangan kewangan & pelaburan kita.

    Sumber Rujukan

    • Bank Negara Malaysia. Siaran Akhbar: Pernyataan Dasar Monetari. No Ruj : 01/19/05 pada 24 Jan 2019.
    • Nasuha Badrul Huzaini, BH Online. BNM kekalkan OPR pada 3.25 peratus.
    bank negara malaysia ekonomi malaysia kadar dasar semalaman kadar inflasi mesyuarat jawatankuasa dasar monetari mpc overnight policy rate
    Share. Facebook Twitter LinkedIn Email
    Nasrul Hanis
    • Website

    ⚡Ejen Hartanah Berdaftar (E2578)
    ⚡Prinsipal Alam Harta Realty E(3)1687

    Boleh saya bantu anda?
    ⚡Saya ingin menjual hartanah
    ⚡Saya ingin membeli hartanah

    Related Posts

    Persediaan Kewangan Untuk Membeli Rumah Pertama

    March 16, 2024

    BNM Dijangka Kekal OPR Meskipun Inflasi Berisiko Meningkat

    January 21, 2024

    Meneliti Kesan Peningkatan OPR Pada Permintaan Hartanah

    May 23, 2023
    Leave A Reply Cancel Reply

    ⚡︎ Artikel Terkini

    Langkah Pertama Menjadi Perunding Hartanah Berdaftar di Kawasan Utara – Sertai Negotiator Certification Course (NCC) di Kedah

    March 9, 2025

    Hartanah di Pinggir Bandar Semakin Menjadi Pilihan?

    January 12, 2025

    Hakmilik Sementara (Qualified Title) & Hakmilik Tetap (Final Title)

    September 25, 2024

    Membuat Carian Agensi Hartanah, Ejen Hartanah & Perunding Hartanah Berdaftar Melalui LPPEH Search

    June 21, 2024

    Persediaan Kewangan Untuk Membeli Rumah Pertama

    March 16, 2024
    Facebook X (Twitter) YouTube
    © 2026 Hartanah Di Sini.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.