Brem Harap Kerajaan Tidak Naikkan Cukai Keuntungan Jualan Hartanah

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) — Pemaju hartanah, Brem Holding Bhd, berharap kerajaan tidak akan menaikkan cukai keuntungan jualan hartanah (RPGT) di dalam Bajet 2012 yang akan diumumkan pada minggu hadapan.

Sebarang kenaikan di dalam RPTG akan memberi kesan terhadap pembeli, sekaligus mengekang pembangunan hartanah dan kebanyakan syarikat hartanah akan berhadapan masalah, kata Pengarah Urusan Brem Khoo Chai Kaa selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu di sini Jumaat.

Kerajaan telah mengenakan semula RPTG pada Bajet 2010 pada kadar 5.0 peratus.

Menurut laporan itu, Bank Negara Malaysia telah mendapatkan pandangan pemaju hartanah, bagi mendapatkan input mereka bagi menaikkan RPGT yang bertujuan mengekang spekulasi.

Awal tahun ini, kerajaan menghadkan pinjaman bagi pembeli hartanah ketiga kepada 70 peratus.

— BERNAMA

Abdullah Hakim

Pemerhati hal ehwal kewangan semasa dan perkembangan terkini bidang hartanah. Eksekutif pemasaran di NMZ Safety Gears.
2 comments… add one
  • Badrul@Badds

    January 9, 2014, 2:55 pm

    Buang masa ja iklan panjang2.. sabah Xda ka???????????

    Reply
    • Hartanah Di Sini

      January 9, 2014, 4:01 pm

      Apa yang tak ada di Sabah maksud encik Badrul?

      Reply

Leave a Comment