Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) 2019

Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) atau dalam Bahasa Inggeris Real Property Gain Tax (RPGT) ini dikenakan kepada pemilik yang ingin melupuskan hartanah yang dimilikinya. Cukai ini telah diperkenalkan pada tahun 1975 melalui Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.

Pada sesi pembentangan Belanjawan 2019 yang lalu, Menteri Kewangan Malaysia (YB Lim Guan Eng) telah memaklumkan bahawa Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) akan dikenakan sebanyak 5% walaupun dijual selepas 5 tahun. Hal ini berbeza berbanding Bajet tahun sebelumnya di mana hartanah yang dijual selepas lima tahun tidak akan dikenakan sebarang Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT).

Pada 30 Disember 2018 yang lalu, Kementerian Kewangan Malaysia telah menyiarkan Layanan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) bagi pelupusan hartanah dalam tahun ke-6 dan seterusnya, dan Layanan Cukai Perkhidmatan untuk Perkhidmatan Profesional Dalam Negeri dan Diimport bermula 1 Januari 2019 seperti Siaran Media yang berikut.

Harus disebutkan juga beberapa maklumat mengenai Cukai Keuntungan Harta Tanah ini iaitu:

  • Dikira berdasarkan untung bersih yang melibatkan kos seperti kos fi ejen hartanah, fi peguam, duti setem, membaiki kerosakan & renovasi
  • Pelupusan dengan balasan kasih sayang, untuk tujuan kebajikan, pengambilalihan hartanah oleh kerajaan & pindahmilik akibat kematian tidak dikenakan sebarang cukai.
  • Individu boleh memohon pengecualian sekali seumur hidup (Perenggan 9, Jadual 3 Akta CKHT 1976)

Nasrul Hanis

Seorang Registered Estate Agent (E2578) yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah & Pengurus Harta Malaysia (LPPEH).

Saya kini berkhidmat sebagai Prinsipal di Alam Harta Realty E(3)1687, sebuah firma ejen hartanah yang beroperasi di Shah Alam, Selangor.

Call/SMS/WhatsApp saya di 019-2172330 untuk pertanyaan & bantuan penjualan/pembelian/sewaan hartanah anda di Lembah Klang dan sekitarnya.

Latest posts by Nasrul Hanis (see all)

0 comments… add one

Leave a Comment