Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Hartanah Di Sini
    • Laman Utama
    • Jual & Sewa Hartanah
    • Mencari Hartanah?
    • Senarai Hartanah
    • Kalkulator Pinjaman
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Hartanah Di Sini
    Tips Hartanah

    Jenis Lantikan Agensi Hartanah

    Nasrul HanisBy Nasrul HanisJanuary 27, 2019No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Apabila anda mula berurusan dengan perunding hartanah / ejen hartanah percubaan / ejen hartanah berdaftar dari agensi hartanah tertentu, antara perkara yang mustahak untuk diperbincangkan ialah jenis lantikan agensi hartanah yang terlibat dan implikasinya kepada transaksi hartanah anda.

    Berdasarkan standard 3 Malaysian Estate Agency Standards Second Edition 2014 yang menjadi panduan kepada amalan perejenan hartanah di Malaysia, terdapat empat jenis lantikan agensi hartanah iaitu Exclusive Agency, Sole Agency, Joint Agency dan Ad Hoc Basis.

    Transaksi ejen hartanah merujuk kepada penjualan, pembelian, penyewaan dan pajakan hartanah. Pihak yang melantik pula boleh jadi pihak penjual, tuan hartanah sewa, pembeli atau penyewa. Dalam kebanyakan kes pihak yang melantik ialah pihak penjual atau tuan hartanah sewaan.

    Exclusive Agency (Ejen Eksklusif)

    Di bawah lantikan ini, hanya satu agensi hartanah eksklusif sahaja yang dibenarkan untuk menyempurnakan transaksi hartanah tersebut. Agensi akan tetap layak untuk menerima fi profesional yang telah dipersetujui sekiranya transaksi berlaku walaupun agensi tersebut bukan pihak yang menyebabkan transaksi tersebut berlaku.

    Sole Agency

    Di bawah lantikan ini hanya satu agensi hartanah sahaja yang dilantik. Dalam masa yang sama, pihak yang melantik juga berhak untuk menyempurnakan transaksi tersebut dengan sendiri tanpa penglibatan mana-mana agensi hartanah selain agensi hartanah yang dilantik tadi.

    Joint Agency

    Di bawah lantikan ini lebih dari satu agensi hartanah dilantik untuk dan agensi yang berjaya sahaja yang akan menerima bayaran fi profesional. Namun begitu bilangan agensi hartanah yang dilantik adalah terhad dan agensi-agensi yang terlibat maklum mengenai agensi-agensi yang terlibat di dalam pemasaran hartanah tersebut.

    Ad Hoc / General / Open Listing

    Di bawah lantikan ini bilangan agensi hartanah yang terlibat tidak terhad dan pihak yang melantik pula bebas untuk melantik mana-mana agensi hartanah untuk terlibat dalam pemasaran hartanah tersebut. Agensi hartanah yang berjaya sahaja yang akan menerima bayaran fi profesional.

    Ringkasan Perbezaan

    Secara ringkasnya perbezaan di antara keempat-empat jenis lantikan agensi hartanah ini adalah pihak yang berhak menyempurnakan transaksi ejen hartanah seperti berikut:

    • Exclusive Agency – Agensi eksklusif sahaja
    • Sole Agency – Agensi dilantik (1) + Pihak yang melantik
    • Joint Agency – Agensi-agensi dilantik yang maklum sesama sendiri
    • Ad Hoc – Semua agensi yang dilantik
    adhoc basis ejen hartanah berdaftar exclusive agency joint agency lantikan agensi hartanah perunding hartanah sole agency transaksi hartanah
    Share. Facebook Twitter LinkedIn Email
    Nasrul Hanis
    • Website

    ⚡Ejen Hartanah Berdaftar (E2578)
    ⚡Prinsipal Alam Harta Realty E(3)1687

    Boleh saya bantu anda?
    ⚡Saya ingin menjual hartanah
    ⚡Saya ingin membeli hartanah

    Related Posts

    Hakmilik Sementara (Qualified Title) & Hakmilik Tetap (Final Title)

    September 25, 2024

    Rumah Teres 2 tingkat di Albury2 @ Mahkota Hills, Lenggeng N.Sembilan

    February 19, 2020

    [EXTENDED KITCHEN,TABLE TOP] Rumah Teres 2 Tingkat di Taman Sri Gombak Fasa 9

    February 12, 2020
    Leave A Reply Cancel Reply

    ⚡︎ Wanita Bijak Mengurus Wang
    ⚡︎ Artikel Terkini

    Langkah Pertama Menjadi Perunding Hartanah Berdaftar di Kawasan Utara – Sertai Negotiator Certification Course (NCC) di Kedah

    March 9, 2025

    Hartanah di Pinggir Bandar Semakin Menjadi Pilihan?

    January 12, 2025

    Hakmilik Sementara (Qualified Title) & Hakmilik Tetap (Final Title)

    September 25, 2024

    Membuat Carian Agensi Hartanah, Ejen Hartanah & Perunding Hartanah Berdaftar Melalui LPPEH Search

    June 21, 2024

    Persediaan Kewangan Untuk Membeli Rumah Pertama

    March 16, 2024
    Facebook X (Twitter) YouTube
    © 2025 Hartanah Di Sini.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.