Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Hartanah Di Sini
    • Laman Utama
    • Jual & Sewa Hartanah
    • Mencari Hartanah?
    • Senarai Hartanah
    • Kalkulator Pinjaman
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Hartanah Di Sini
    Kewangan

    Persediaan Kewangan Untuk Membeli Rumah Pertama

    Disiplin kewangan dan kesabaran elak masalah masa depan
    Nasrul HanisBy Nasrul HanisMarch 16, 2024No Comments4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Kebanyakan dari kita pastinya ada impian untuk memiliki kediaman sendiri. Kediaman sendiri ini mungkin bertujuan untuk didiami sendiri atau dibeli untuk dijadikan instrumen pelaburan. Pembelian rumah pertama adalah pengalaman yang baru yang memerlukan pelbagai persediaan terutamanya dari aspek persediaan kewangan. Komitmen rumah sendiri tidak sama dengan komitmen menyewa rumah kerana pembelian rumah mungkin akan mengikat anda dari segi kewangan dalam tempoh yang lebih panjang.

    Ada beberapa persediaan kewangan yang perlu diambilkira sebelum anda melanjutkan langkah membeli rumah pertama.

    Aliran Tunai Yang Baik

    Aliran tunai yang baik maknanya pendapatan yang diperolehi dari pendapatan tetap atau perniagaan adalah melebihi perbelanjaan dalam keadaan stabil dan konsisten. Pastikan pekerjaan atau perniagaan yang dijalankan itu stabil dan menyediakan pendapatan yang mencukupi untuk menyara keperluan asas kita dan keluarga, kemudian lihat samada lebihan bulanan atau tahunan itu mencukupi pula untuk pembelian rumah. Elakkan hutang atau komitmen yang tidak perlu.

    Hal ini penting untuk meningkatkan peluang pembiayaan pembelian rumah dan juga sebagai persediaan untuk menambah komitmen yang baru.

    Simpanan Yang Kukuh

    Simpanan yang kukuh adalah penting terutamanya untuk pembelian rumah yang melibatkan amaun yang besar dan juga pinjaman jangka panjang menjangkau puluhan tahun. Sandaran kewangan diperlukan untuk menguatkan lagi peluang kelulusan pembiayaan di samping sebagai persediaan sekiranya berlaku kecemasan kewangan. Simpanan ini boleh disediakan samada simpanan akaun peribadi, akaun semasa, simpanan tetap, Tabung Haji atau unit-unit saham yang dipegang.

    Sebaiknya simpanan yang ada ini sudah melibatkan amaun yang diperlukan untuk deposit pembelian, kos-kos yang terlibat dengan pembelian dan juga sejumlah amaun sebagai persediaan pembayaran komitmen pinjaman bulanan dari pembelian rumah.

    Dokumen Yang Lengkap

    Salah satu perkara yang sangat membantu dalam pembelian rumah pertama ialah dengan tersedianya dokumen yang lengkap. Pihak pembiaya hartanah pada asasnya memerlukan dokumen-dokumen sebagai syarat dan juga bukti bahawa anda telah bersedia dari kewangan untuk pinjaman perumahan yang akan ditawarkan.

    Sekiranya anda memperoleh pendapatan dari gaji tetap dan elaun, dokumen yang mungkin diminta selain pengenalan diri ialah penyata bank gaji dan simpanan, penyata gaji, surat lantikan dan juga surat pengesahan majikan.

    Bagi anda yang menjalankan perniagaan, dokumen yang mungkin diminta selain pengenalan diri ialah dokumen pendaftaran perniagaan/syarikat, penyata bank perniagaan (dan mungkin penyata bank peribadi), penyata kewangan perniagaan (termasuk penyata untung rugi) dan dokumen penyata & pembayaran cukai.

    Rekod Pembayaran Komitmen Cantik

    Kelulusan pembiayaan rumah akan melibatkan semakan dengan rekod pembayaran komitmen sedia ada justeru perlu dipastikan pembayaran komitmen sedia ada seperti pembayaran balik PTPTN, kad kredit, atau pinjaman kereta dilakukan pada masa yang ditetapkan. Sekiranya komitmen sedia ada itu menyebabkan aliran tunai kurang baik dan mengganggu simpanan, fokus dahulu kepada penyelesaian hutang tersebut supaya wujud ruang kewangan yang lebih baik untuk komitmen pinjaman pembiayaan rumah.

    Selain itu, disiplin dalam pembayaran komitmen sedia ada adalah satu petanda bahawa kita sudah bersedia untuk melayani komitmen bulanan dari pembiayaan pembelian rumah.

    Maklumat komitmen yang akan dignakan institusi kewangan dalam menyemak kemampuan anda antara lain akan berdasarkan sejarah kredit pinjaman di dalam CCRIS (Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat atau Central Credit Reference Information System) yang diwujudkan oleh Bank Negara Malaysia. Semakan CCRIS boleh dilakukan melalui laman web eCCRIS Bank Negara Malaysia.

    Menetapkan Matlamat Pembelian

    Perkara yang paling penting ialah menetapkan matlamat kenapa kita membuat pembelian rumah pertama tersebut. Adakah ianya akan dijadikan kediaman kita (dan juga keluarga) atau untuk dijadikan instrumen pelaburan. Persediaan berbeza untuk matlamat berbeza.

    • Hartanah dijadikan kediaman: tidak menghasilkan pendapatan jangka pendek, potensi pendapatan jangka panjang dari peningkatan nilai hartanah
    • Hartanah pelaburan: boleh menghasilkan pendapatan jangka pendek untuk pemilik dari segi sewaan

    Dari matlamat ini, kita boleh tahu berapa amaun yang sewajarnya disediakan dan kos apa yang akan perlu diambilkira sebelum melangkah selanjutnya dalam pembelian rumah pertama.

    Menyediakan Kos Pembelian & Pemilikan

    Setelah matlamat ditetapkan, kita mesti mengetahui kos untuk membeli dan memiliki hartanah tersebut.

    • Kos pembelian rumah: harga rumah dan kelayakan pinjaman, deposit pembelian, kos guaman perjanjian jual beli, kos guaman perjanjian pinjaman, kos penilaian, kos perlindungan insurans
    • Kos pemilikan rumah: pembayaran semula pinjaman bulanan, cukai tanah atau cukai petak, cukai pintu/taksiran, kos penyelenggaraan, kos pembaikan, kos renovasi, kos utiliti bulanan

    Buat pengiraan dahulu dengan berdasarkan pendapatan bulanan dan juga simpanan yang kita ada supaya tidak akan menjadi masalah kepada keadaan kewangan setelah pemilikan rumah nanti. Maklumat mengenai kos pembelian dan pemilikan rumah boleh didapati dari iklan-iklan hartanah sedia ada.

    Persediaan Kewangan.. Elak Masalah Masa Depan

    Sudah semestinya persediaan kewangan untuk membeli rumah pertama memerlukan disiplin kewangan dan kesabaran demi mengelakkan masalah di masa depan. Memang benar rumah adalah aset yang bernilai namun jangan sampai ia menjadi liabiliti dan menambah beban kewangan anda.

    Dengan persediaan kewangan yang secukupnya, rumah pertama anda akan dapat dibeli dan dimiliki dengan penuh ketenangan dan kegembiraan.

    Apabila keperluan dan persediaan kewangan telah anda penuhi, barulah melangkah selanjutnya ke pencarian lokasi rumah pertama yang diidamkan berdasarkan kemampuan kewangan diri.

    aliran tunai ccris bank negara malaysia dokumen pembelian rumah pertama kos pembelian rumah kos pemilikan rumah persediaan kewangan rumah pertama rekod komitmen simpanan pembelian rumah
    Share. Facebook Twitter LinkedIn Email
    Nasrul Hanis
    • Website

    ⚡Ejen Hartanah Berdaftar (E2578)
    ⚡Prinsipal Alam Harta Realty E(3)1687

    Boleh saya bantu anda?
    ⚡Saya ingin menjual hartanah
    ⚡Saya ingin membeli hartanah

    Related Posts

    BNM Dijangka Kekal OPR Meskipun Inflasi Berisiko Meningkat

    January 21, 2024

    Meneliti Kesan Peningkatan OPR Pada Permintaan Hartanah

    May 23, 2023

    Pengecualian Duti Setem Pembelian Rumah Semasa Kempen HOC

    February 3, 2019
    Leave A Reply Cancel Reply

    ⚡︎ Wanita Bijak Mengurus Wang
    ⚡︎ Artikel Terkini

    Langkah Pertama Menjadi Perunding Hartanah Berdaftar di Kawasan Utara – Sertai Negotiator Certification Course (NCC) di Kedah

    March 9, 2025

    Hartanah di Pinggir Bandar Semakin Menjadi Pilihan?

    January 12, 2025

    Hakmilik Sementara (Qualified Title) & Hakmilik Tetap (Final Title)

    September 25, 2024

    Membuat Carian Agensi Hartanah, Ejen Hartanah & Perunding Hartanah Berdaftar Melalui LPPEH Search

    June 21, 2024

    Persediaan Kewangan Untuk Membeli Rumah Pertama

    March 16, 2024
    Facebook X (Twitter) YouTube
    © 2025 Hartanah Di Sini.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.