Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Hartanah Di Sini
    • Laman Utama
    • Jual & Sewa Hartanah
    • Mencari Hartanah?
    • Senarai Hartanah
    • Kalkulator Pinjaman
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Hartanah Di Sini
    Terkini

    REHDA Umum 10% Kenaikan Harga Rumah, Menteri Bidas

    Nasrul HanisBy Nasrul HanisSeptember 16, 2013No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Sudah pasti ramai yang terkejut dengan kenaikan harga rumah sebanyak 10% yang diumumkan Persatuan Pemaju Hartanah Dan Perumahan Malaysia (REHDA) baru-baru ini. Tidak dinafikan sebahagian besar bakal pembeli rumah akan mula mengeluh dengan hal ini.

    Namun pengumuman ini telah dibidas Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang menyifatkan kenyataan itu tidak bertanggungjawab dan menyatakan bahawa alasan Rehda bahawa kenaikan harga rumah berkenaan disebabkan pengurangan subsidi petrol dan diesel sebagai tidak munasabah.

    “Kita juga mempunyai formula kita sendiri dan kita rasa pengurangan subsidi minyak sebanyak 20 sen tak boleh diterjemahkan kepada kenaikan sehingga 10 peratus harga rumah. “Saya juga tahu kos struktur dan sebagainya, kita jangka kalau naik pun maksimum lima peratus. Ini akan membimbangkan rakyat yang dalam keadaan berdepan dengan kos kehidupan tinggi di bandar,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Komuniti bersama beliau, di sini hari ini.

    Berita selanjutnya di Sinar Harian: Abdul Rahman bidas Rehda umum harga rumah naik 10%

    Berkenaan isu ini, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan berjumpa dengan Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah (Rehda) dalam masa terdekat berhubung pengumuman mengenai kenaikan harga rumah sehingga 10 peratus.

    Abdul Rahman mahu Presiden Rehda, Datuk Seri Michael Yam Kong Choy menjelaskan kuantum yang mewajarkan kenaikan yang disifatkan terlalu tinggi dan tidak munasabah itu. “Saya faham dengan situasi yang dihadapi oleh pihak yang terlibat tetapi saya juga perlu tahu kenapa harga rumah tersebut perlu naik sebegitu tinggi antara 10 hingga 15 peratus. “Oleh itu, saya akan berjumpa dengan presiden Redha dalam masa sehari dua ini bagi membincangkan tentang isu tersebut termasuk langkah bagi mengelakkan kenaikan harga rumah yang begitu tinggi,” katanya.

    Berita selanjutnya di Sinar Harian: Harga rumah naik: Menteri akan jumpa Rehda

    Kita sama-sama mengharapkan agar harga rumah dan hartanah kekal seimbang (balanced) dan mampu milik (affordable) agar pemilikan hartanah dapat dinikmati rakyat dengan adil. Pasaran hartanah yang seimbang dapat membantu semua pihak yang terlibat dan membantu ekonomi negara ke arah yang lebih baik.

    10 peratus kenaikan harga rumah menteri kesejahteraan bandar rahman dahlan rehda sinar harian
    Share. Facebook Twitter LinkedIn Email
    Nasrul Hanis
    • Website

    ⚡Ejen Hartanah Berdaftar (E2578)
    ⚡Prinsipal Alam Harta Realty E(3)1687

    Boleh saya bantu anda?
    ⚡Saya ingin menjual hartanah
    ⚡Saya ingin membeli hartanah

    Related Posts

    Hartanah di Pinggir Bandar Semakin Menjadi Pilihan?

    January 12, 2025

    Sinar Harapan Untuk Pasaran Hartanah 2024

    January 24, 2024

    Pengecualian Duti Setem Pembelian Rumah Semasa Kempen HOC

    February 3, 2019
    Leave A Reply Cancel Reply

    ⚡︎ Wanita Bijak Mengurus Wang
    ⚡︎ Artikel Terkini

    Langkah Pertama Menjadi Perunding Hartanah Berdaftar di Kawasan Utara – Sertai Negotiator Certification Course (NCC) di Kedah

    March 9, 2025

    Hartanah di Pinggir Bandar Semakin Menjadi Pilihan?

    January 12, 2025

    Hakmilik Sementara (Qualified Title) & Hakmilik Tetap (Final Title)

    September 25, 2024

    Membuat Carian Agensi Hartanah, Ejen Hartanah & Perunding Hartanah Berdaftar Melalui LPPEH Search

    June 21, 2024

    Persediaan Kewangan Untuk Membeli Rumah Pertama

    March 16, 2024
    Facebook X (Twitter) YouTube
    © 2025 Hartanah Di Sini.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.