Aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam Pengurusan Hartanah

Seiring dengan teknologi maklumat yang pesat membangun, pernahkah terfikir bahawa dengan kemajuan teknologi maklumat masa kini, pelbagai pembaharuan dan penambahbaikan dapat dilakukan ke atas sistem sediada supaya ianya dapat memudahkan segala urusan dan menjimatkan masa.

Contoh mudah dapat dilihat dalam penggunaan telefon mudah alih atau telefon pintar(smartphone) yang semakin meluas penggunaannya. Penggunaan email, capaian internet, geolokasi(GPS), perisian komputer, permainan video dan sebagainya kini di dalam sebuah gadget yang kecil dan padat. Kini tidak kira golongan, berkemampuan atau tidak, peringkat umur, semuanya memiliki sebuah telefon mudah alih untuk kegunaan peribadi.

Berbalik kepada tajuk utama yang dibincangkan iaitu aplikasi penggunaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam pengurusan hartanah, pastinya anda memikirkan apakah yang dimaksudkan dengan GIS? Apakah itu GIS? Apakah manfaat yang boleh diperolehi dengan penggunaan GIS dalam pengurusan hartanah? Bagi mereka yang sering atau biasa menggunakan aplikasi Geolokasi (GPS), pastinya dapat meneka kerana terdapat perkaitan disitu.

Secara ringkasnya, GIS adalah sebuah sistem maklumat yang digunakan untuk menyimpan, memapar, menganalisis dan memanipulasi yang berkaitan dengan reruangan. Sebagai contoh mudah, dapat dilihat dengan memaksimumkan penggunaan data dengan mengabungkan segala data berkaitan hartanah iaitu nama pemilik, keluasan, anggaran harga terkini, maklumat kejiranan, penghampiran dan sebagainya dapat dilakukan dengan melakukan integrasi reruangan menggunakan aplikasi GIS yang sesuai.

Ikhwan Jamaludin

Jurugambar hartanah dan penggemar industri IT. Kini segalanya lebih mudah dengan adanya teknologi.
4 comments… add one
  • EIRA SYAHIRA

    April 2, 2012, 11:08 am

    Salam..boleh x if sya nk dowlnd cntoh2 atau software gis dimna ia menfokuskan vis iaitu Valuation Information System untuk membuat pnlaian hartanah..sebb sy ader bt tesis mengenai sistm gis nie..

    Reply
    • norr ella

      December 8, 2016, 2:11 am

      assalamualaikum eira syahira.. salam perkenalan dri sy 🙂
      boleh saya dpatkan contoh thesis awk sebagai rujukan utk sy??

      Reply
      • Mohamad Hazim

        November 22, 2017, 9:11 am

        salam era syahira, saya sedang menyiapkan thesis mengenai sistem GIS , boleh saya dptkan contoh thesis awk sbg rujukan? terima kasih

        Reply
    • Mohamad Hazim

      November 22, 2017, 9:11 am

      salam era syahira, saya sedang menyiapkan thesis mengenai sistem GIS , boleh saya dptkan contoh thesis awk sbg rujukan? terima kasih

      Reply
Cancel reply

Leave a Comment