Bidang Hartanah Pelaburan Terbaik

Setiap insan pastinya mengimpikan pelaburan yang menguntungkan dan menjana pendapatan 24 jam untuk mereka dan apabila kita menyebut mengenai pelaburan, sudah tentunya ia melibatkan modal, pendapatan, untung dan rugi. Dan tidak perlu rasanya bagi saya untuk berkias lagi untuk menyatakan yang pelaburan terbaik untuk kita hari ini adalah perlaburan hartanah.

Hartanah adalah pilihan pelaburan yang hebat di mana ia mampu untuk menjana sumber pendapatan yang berterusan untuk anda. Walau bagaimanapun adalah penting untuk anda memastikan bahawa anda sudah bersedia untuk mula melabur dalam bidang hartanah.

Penasihat kewangan seringkali memberi peringatan mengenai kaedah pinjaman untuk anda melabur di dalam portfolio hartanah ini. Peringatan ini bukanlah bermakna anda perlu mengabaikan terus kaedah pinjaman cuma sebagai peringatan oleh kerana jika ada tersilap langkah dalam merancang kewangan anda, buruk padahnya. Harus diingat yang portfolio pelaburan bernilai tinggi sudah tentunya berisiko tinggi juga jika salah caranya.

Cara terbaik untuk mengelakkan risiko pinjaman ini ialah dengan membayar tunai untuk membeli rumah ataupun hartanah. Sekurang-kurangnya apabila anda menyelesaikan pembayaran ke atas hartanah tersebut dan hartanah itu sah menjadi milik anda, anda dapat mengelakkan hartanah itu dari menjadi beban dan seterusnya membina kekayaan untuk anda dalam masa mendatang.

Sudah tentu anda perlu mengambil kira pelbagai aspek dalam melakukan pelaburan hartanah seperti kos cukai, kos untuk prosedur pembelian, kos ejen hartanah, penambahbaikan dan sebagainya namun jika anda berjaya mengimbangi aspek ini dalam pelaburan anda, lebih mudah untuk anda membina kekayaan di dalam bidang hartanah ini.

Buat kajian dahulu sebelum anda membuat keputusan untuk memilih mana-mana hartanah. Pastikan anda membuat keputusan yang tepat agar tidak menyesal di kemudian hari kerana di dalam pelaburan hartanah ini – keputusan anda akan menentukan segalanya!

Nasrul Hanis

Seorang Registered Estate Agent (E2578) yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah & Pengurus Harta Malaysia (LPPEH).

Saya kini berkhidmat sebagai Prinsipal di Alam Harta Realty E(3)1687, sebuah firma ejen hartanah yang beroperasi di Shah Alam, Selangor.

Call/SMS/WhatsApp saya di 019-2172330 untuk pertanyaan & bantuan penjualan/pembelian/sewaan hartanah anda di Lembah Klang dan sekitarnya.

Latest posts by Nasrul Hanis (see all)

7 comments… add one
  • NOHD KHAIROL NIZAM

    March 29, 2013, 10:18 am

    Salam. Nak tanya tentang pelaburan hartanah. Boleh ke saya beli 3 rumah secara serentak dan mohon loan bank yang berbeza? adakah bank boleh kesan permohonan di bank yang lain?Jika saya sudah sign surat tawaran loan, adakah bank boleh tarik semula kelulusan loan tersebut? Harap dapat bagi pandangan dalam hal ini. Terimna kasih.

    Reply
  • jamaludin

    September 29, 2013, 7:40 pm

    adakah berbaloi membeli rumah dikawasan kurang penduduk seperti pekan kecil dan kuota bumi pula?

    Reply
    • muthusamy

      July 8, 2014, 4:17 am

      kawasan perumahan yang paling menguntungkan adalah sebelah tanah perkuburan…di mana kita akan sentiasa ingat mati…siap boleh tempah lagi nak kubur conner lot lagi..bawah pokok..

      Reply
  • jamaludin

    September 29, 2013, 7:40 pm

    adakah berbaloi beli rumah teres sewa pula rendah

    Reply
  • gkerjaya jawatan kosong terkini

    August 21, 2016, 11:31 pm

    terima kasih saya berminat untuk melabur dalam pelaburan hartanah

    Reply
  • orang utara

    May 16, 2017, 7:19 am

    info hartanah ini sangat bagus. terima kasih atas pencerahan

    Reply
Cancel reply

Leave a Comment