Untuk Dijual
Untuk Dijual Flat Teratai Taman Bukit Subang (Tingkat 4)
Maklumat Hartanah
Flat Teratai di Taman Bukit Subang U16 Shah Alam ditawarkan pada harga jualan RM128,000 sahaja.
Hartanah Freehold (bumi lot) ini merupakan sebuah hartanah kos rendah dengan keluasan 650 kaki persegi yang dilengkapi 3 bilik tidur, 1 bilik air dan 1 tandas.
Unit yang terletak di tingkat 4 ini telah diubah suai dengan lantai dan koridor berjubin sepenuhnya serta kemudahan parkir terbuka dalam kawasan kejiranan yang tenang dan selesa.
Lokasi hartanah ini sangat strategik dengan kemudahan berjalan kaki ke Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Subang dan Surau Al-Mahdi. Penduduk juga menikmati kemudahan tadika di tingkat bawah, kedai runcit, mini market, kedai dobi dan stesen minyak, serta hanya mengambil masa lima minit pemanduan ke Elmina Lakeside Mall.
Kawasan ini mempunyai akses mudah ke Lebuhraya Guthrie, Lebuhraya NKVE dan Lapangan Terbang Subang, serta berdekatan dengan kawasan utama seperti Denai Alam, Elmina, Bukit Subang, U5 Shah Alam, Mutiara Subang, Kampung Melayu Subang, Alam Budiman dan Bandar Saujana Utama.
Unit ini amat sesuai untuk pembeli rumah pertama atau pelaburan sewaan, namun pembelian tertakluk kepada syarat kelayakan rumah kos rendah yang ditetapkan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.
Berminat? WhatsApp saya.
Nasrul 0192172330
Ejen Hartanah Berdaftar (E2578)
Alam Harta Realty E(3)1687
coa-azman