Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Hartanah Di Sini
    • Laman Utama
    • Jual & Sewa Hartanah
    • Mencari Hartanah?
    • Senarai Hartanah
    • Kalkulator Pinjaman
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Hartanah Di Sini
    Terkini

    IJN, SELGATE Bina Hospital Pakar di Shah Alam

    Nasrul HanisBy Nasrul HanisNovember 1, 2017No Comments3 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    SHAH ALAM: Sebuah pusat perubatan pakar dalam perawatan jantung dan penjagaan kesihatan dijangka mula beroperasi di Seksyen 13 di sini, menjelang 2020.

    Pusat perubatan pakar itu bakal dibina dalam kerangka pembangunan Bandar Perubatan SELGATE di atas tanah seluas 4.6 hektar dengan kos pembangunan sekitar RM250 juta.

    Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IJN Holdings Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Mohd Azhari Yakub, berkata IJN Holdings bekerjasama dengan SELGATE Corporation Sdn Bhd iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), melebarkan kepakarannya menerusi pembangunan Hospital Pakar IJN-SELGATE.

    “IJN Holdings akan bekerjasama dengan SELGATE menerusi pemindahan teknologi dan kepakaran di dalam aspek operasi, pengurusan hospital, sistem maklumat kesihatan, latihan sumber manusia dan jaminan kualiti.

    “Ia adalah sebuah hospital pelbagai disiplin dengan pusat kardiologi yang akan dibangunkan dalam beberapa fasa dengan jumlah 259 katil.

    “Ia juga direka bentuk sebagai sebuah bangunan hijau dan pengurusan sumber efisyen yang akan membantu meningkatkan tahap kesihatan, keselesaan pesakit, pengunjung dan warga kerja,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman dengan SELGATE yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Noor Hisham Mohd Ghouth, dengan disaksikan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

    Sementara itu, Noor Hisham berkata, Hospital Pakar IJN-SELGATE juga menawarkan perkhidmatan pada kos berpatutan dengan mensasarkan masyarakat berpendapatan sederhana dan rendah.

    “Hospital Pakar IJN-SELGATE mempunyai pelbagai disiplin utama penjagaan kesihatan seperti Pediatrik, Ortopedik, Obstretrik dan Ginekologi serta Pusat Kardiologi.

    “Hospital ini akan menggabungkan kepakaran dan pengalaman IJN dengan dinamisme SELGATE untuk memacu pertumbuhan dan menjana pendapatan yang sihat.

    “Kami yakin kerjasama SELGATE dengan IJN akan menghasilkan sebuah hospital yang akan menjadi peneraju kesihatan termasuk rawatan penyakit jantung serta vaskular di Selangor dan seluruh negara,” katanya.

    Beliau berkata, hospital pakar di Bandar Perubatan SELGATE ini akan menjadi sebuah pembangunan ikonik yang bakal meningkatkan daya saing Selangor dalam industri penjagaan kesihatan.

    “Bandar Perubatan SELGATE akan mempunyai komponen yang menyokong hospital lengkap dengan bilik perubatan mewah, kediaman penjagaan warga emas dan hotel,” katanya.

    Sumber: IJN, SELGATE bina hospital pakar di Shah Alam oleh Ruwaida Md Zain. Foto oleh Roslin Mat Tahir – BH Online

    Kewujudan Institusi Kesihatan Beri Kesan Positif Kepada Pasaran Hartanah
    Kewujudan insitusi tertentu di dalam sesuatu kawasan menunjukkan ianya mengalami perkembangan tertentu. Pembinaan hospital baru menunjukkan ada permintaan perkhidmatan kesihatan dan peningkatan populasi di kawasan tersebut.

    Selain memberi perkhidmatan kesihatan, institusi kesihatan juga menawarkan pekerjaan dalam pelbagai bidang berkaitan kesihatan justeru mewujudkan permintaan terhadap rumah kediaman untuk tujuan kediaman tetap dan penyewaan di kawasan berdekatan.

    Namun begitu hospital hanyalah salah satu dari faktor keadaan pasaran hartanah. Perlu diperhatikan juga faktor-faktor yang lain termasuklah infrastruktur/latar belakang pemaju/kawasan komersial di kawasan tersebut.

    2020 hartanah hospital ijn jualan pakar rawatan jantung penjagaan kesihatan pusat perubatan seksyen 13 selgate sewaan shah alam
    Share. Facebook Twitter LinkedIn Email
    Nasrul Hanis
    • Website

    ⚡Ejen Hartanah Berdaftar (E2578)
    ⚡Prinsipal Alam Harta Realty E(3)1687

    Boleh saya bantu anda?
    ⚡Saya ingin menjual hartanah
    ⚡Saya ingin membeli hartanah

    Related Posts

    Hartanah di Pinggir Bandar Semakin Menjadi Pilihan?

    January 12, 2025

    Sinar Harapan Untuk Pasaran Hartanah 2024

    January 24, 2024

    [RENOVATED] Rumah Teres 2 Tingkat Taman Mutiara Subang, Shah Alam

    October 21, 2019
    Leave A Reply Cancel Reply

    ⚡︎ Wanita Bijak Mengurus Wang
    ⚡︎ Artikel Terkini

    Langkah Pertama Menjadi Perunding Hartanah Berdaftar di Kawasan Utara – Sertai Negotiator Certification Course (NCC) di Kedah

    March 9, 2025

    Hartanah di Pinggir Bandar Semakin Menjadi Pilihan?

    January 12, 2025

    Hakmilik Sementara (Qualified Title) & Hakmilik Tetap (Final Title)

    September 25, 2024

    Membuat Carian Agensi Hartanah, Ejen Hartanah & Perunding Hartanah Berdaftar Melalui LPPEH Search

    June 21, 2024

    Persediaan Kewangan Untuk Membeli Rumah Pertama

    March 16, 2024
    Facebook X (Twitter) YouTube
    © 2025 Hartanah Di Sini.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.