Tersedia
8 September 2026

Teres 1 Tingkat Jalan Sukepi, Jenjarom

Dari RM 382,950.00
Jalan Sukepi, Jenjarom, Selangor
Jenis ListingProjek Baru
Jenis HartanahTeres 1 Tingkat
Pegangan TanahFreehold Rizab Melayu
Luas Binaan1,086 sqft
Luas Tanah1,733 sqft
Bilik Tidur4
Bilik Air2

Maklumat Hartanah

Projek perumahan baru di Jalan Sukepi, Jenjarom menawarkan rumah teres satu tingkat dengan harga bermula dari RM382,950.

Unit kediaman di bawah projek ini adalah berstatus pegangan bebas (freehold) Rizab Melayu dan dibina dalam unit yang sangat terhad iaitu sebanyak 36 unit sahaja.

Setiap kediaman dibina dengan saiz tanah 1,733 kaki persegi berukuran 20'x86.85' serta saiz binaan seluas 1,086 kaki persegi. Rumah ini dilengkapi dengan 4 bilik tidur dan 2 bilik air, manakala tempoh siap sepenuhnya dijangka pada suku kedua tahun 2028.

Kawasan perumahan ini dikelilingi oleh pelbagai kemudahan asas yang lengkap termasuk institusi pendidikan seperti SK Jenjarom, SRA Jenjarom, dan SMK Jenjarom.

Untuk urusan kesihatan dan keperluan harian, penduduk mempunyai akses mudah ke Klinik Kesihatan Jenjarom, Econsave Jenjarom, Lotus’s Jenjarom, Segi Fresh, serta Quayside Mall.

Kemudahan perbankan turut tersedia berhampiran melalui cawangan bank seperti CIMB TPG, RHB, dan Public Bank Jenjarom.

Lokasi projek ini juga sangat strategik dengan rangkaian akses yang menghubungkan penduduk ke beberapa destinasi utama seperti Pekan Jenjarom, Shah Alam, Putrajaya, Cyberjaya, Banting, dan KLIA.

Mobiliti harian dipermudahkan lagi melalui persimpangan tol SKVE Telok Panglima Garang serta lebuhraya utama seperti KESAS, LKSA, dan SKVE. Malah, koridor pengangkutan di kawasan ini akan bertambah baik pada masa hadapan dengan adanya interchange Lebuhraya Pantai Barat (WCE) yang bakal menghubungkan pengguna terus ke SKVE.

Untuk maklumat lanjut, WhatsApp saya.

Nasrul 0192172330
Ejen Hartanah Berdaftar (E2578)
Alam Harta Realty E(3)1687

pic-faiz

Kalkulator Pinjaman

Anggaran ansuran bulananRM 0.00Anggaran sahaja. Kadar sebenar tertakluk kepada bank dan kelayakan peminjam.

Kongsi Listing