Berdasarkan artikel asal Go for cheaper ‘second-hand’ houses instead, house buyers told oleh Free Malaysia Today
Pakar dalam pasaran hartanah menasihatkan mereka yang ingin membeli hartanah untuk membeli hartanah dari pasaran sekunder berbanding hartanah dari projek baru. Mereka juga menyatakan bahawa rumah yang dijual di pasaran sekunder lebih sesuai untuk golongan muda yang baru bekerja, terutamanya mereka yang tinggal di dalam kawasan bandar.
Ini adalah kerana harga hartanah kini meningkat melebihi kemampuan kebanyakan pembeli rumah. Fakta ini disokong oleh Buletin Suku Tahunan Bank Negara Malaysia berdasarkan sebuah artikel dari Bernama.
Dr Azizul Azli Ahmad seorang penulis hartanah dan pelaburan menyatakan bahawa hartanah pasaran sekunder dijual dengan harga yang lebih rendah dari hartanah pembangunan baru.
Beliau mengambil contoh unit kondominium di Bangsar yang dijual pada RM600 dan RM1,000 sekaki persegi dibandingkan dengan unit kondominium pembangunan baru yang dijual pada lingkungan RM1,500 – RM2,200 kaki persegi.
Beliau juga berkata laman web hartanah juga menunjukkan bahawa masih ada banyak rumah dari pasaran sekunder di Kuala Lumpur yang dijual pada harga kurang dari RM200,000.
Katanya lagi, kediaman yang dijual di pasaran sekunder telah sedia untuk diduduki dan ada akses ke fasiliti seperti kedai.