Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Hartanah Di Sini
    • Laman Utama
    • Jual & Sewa Hartanah
    • Mencari Hartanah?
    • Senarai Hartanah
    • Kalkulator Pinjaman
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Hartanah Di Sini
    Kewangan

    Memahami Konsep Aset & Liabiliti

    Abdullah HakimBy Abdullah HakimSeptember 14, 20119 Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Apabila anda terlibat dengan urusan hartanah terutamanya yang melibatkan urusan jual beli, sudah tentu kebanyakan dari kita akan melalui proses pinjaman kewangan. Urusan untuk melengkapkan proses pinjaman kewangan ini pula akan melibatkan profil anda sebagai peminjam termasuklah perihal aset dan liabiliti.

    Aset dan liabiliti akan menentukan status kewangan anda justeru konsep aset dan liabiliti ini mestilah difahami dengan sebaik mungkin tidak kiralah anda seorang pembeli, penjual ataupun perunding hartanah.

    Jadi apakah aset dan liabiliti ini?

    Ringkasnya aset sesuatu yang anda sendiri miliki manakala liabiliti adalah sesuatu yang menjadi tanggungan anda dan kepadanya anda berhutang.

    Memahami Aset

    Aset dikategorikan kepada aset pelaburan dan aset bukan pelaburan. Aset pelaburan adalah aset yang menjana aliran wang, dan memberi pulangan kepada anda dalam bentuk dividen, keuntungan modal, sewa atau pendapatan. Contoh aset pelaburan ialah simpanan, deposit tetap, saham, pelaburan unit amanah, KWSP, pelaburan hartanah serta perniagaan anda yang anda miliki.

    Aset bukan pelaburan pula adalah aset yang tidak menjana sebarang aliran wang. Contoh aset bukan pelaburan adalah seperti rumah yang anda tiadak gunakan untuk pelaburan dan kenderaan anda. Walaupun memiliki aset-aset ini telah menjadi sebahagian daripada milik anda namun aset ini sebenarnya tidak cukup untuk menjana pendapatan dan aliran wang tunai untuk anda.

    Memahami Liabiliti

    Seperti yang disebutkan di atas, liabiliti merupakan sesuatu yang anda berhutang padanya seperti pembayaran kad kredit yang belum dijelaskan, pinjaman untuk pembayaran kenderaan dan perumahan. Liabiliti mengurangkan pendapatan anda untuk setiap bulan dan tahun. Semakin lama anda ‘memegang’ liabiliti ini, anda hanya akan mampu untuk memfokuskan hidup dan khidmat anda untuk ‘menanggung’ mereka.

    Menilai Status Kewangan Anda

    Untuk menilai status kewangan anda, kira jumlah aset anda apabila anda menolak semua jumlah yang perlu anda bayar untuk liabiliti yang anda tanggung. Hal ini adalah penting kerana di mata pihak bank mereka akan melihat status kewangan anda melalui aset dan liabiliti anda. Dan inilah punca utama mengapa anda perlu berusaha menyelesaikan liabiliti anda dengan sebijak mungkin dan seterusnya menambah aset yang anda miliki demi kesenangan di kemudian hari.

    aset bank hartanah kewangan konsep liabiliti pelaburan pembeli penjual perunding hartanah
    Share. Facebook Twitter LinkedIn Email
    Abdullah Hakim

    Pemerhati hal ehwal kewangan semasa dan perkembangan terkini bidang hartanah. Eksekutif pemasaran di NMZ Safety Gears.

    Related Posts

    Persediaan Kewangan Untuk Membeli Rumah Pertama

    March 16, 2024

    BNM Dijangka Kekal OPR Meskipun Inflasi Berisiko Meningkat

    January 21, 2024

    Meneliti Kesan Peningkatan OPR Pada Permintaan Hartanah

    May 23, 2023

    9 Comments

    1. Tan on February 17, 2012 11:08 am

      saya di sini nak bertanya bagaimana kita boleh tahu secara ringkas tentang pinjaman bank lulus atau tidak…sebagai contoh,pendapatan saya ialah RM3500,belum kahwin,tidak ada apa-apa pinjaman bank,bolehkah saya loan rumah tersebut dengan bayaran tiap tiap bulan RM1800 untuk 30 tahun??

      Reply
    2. edmund chua on June 14, 2012 6:01 am

      Pendapatan RM3,500 sepatutnya pendapatan bersih ie. Selepas tolak epf socso dan cukai pendapatan

      Kalau anda tidak ada pinjaman lain ie. Kereta, bayaran balik RM1,800 tak jadi masalah. 30 tahun bergantung kpd umur anda, selagi umur anda tambah dgn tahun pinjaman tidak melebihi 65 atau 70 tahun, anda boleh mendapatkannya.

      Edmund Chua

      Reply
    3. Me on June 21, 2012 2:55 am

      Saya nak beli rumah flat keluasan 650sqft. Rumah tu sejak tahun 2005. Terletak di Kajang. Bolehkah tuan beri anggaran berapakah nilainya sekarang?

      Reply
    4. ramlah on March 7, 2013 6:48 am

      Saya nak beli rumah dengan harga RM 240,000.00, umur saya sekarang sudah 39 tahun.adakah saya masih layak mendapat loan bank? Jika dapat berapa loan yang saya boleh dapat, dan berapa anggaran bulanan yang perlu saya bayar.

      Reply
    5. Lina on August 13, 2013 3:32 am

      Saya berhasrat membeli sebuah rumah teres. Pendapatan hakiki saya RM3670. Caruman kwsp sebanyak RM405. Liabiliti sebulan sebanyak RM498. Berapakah nilai ansuran bayaran bulanan rumah yang mampu saya tanggung?

      -Terima kasih-

      Reply
    6. Albert Agong on January 19, 2015 7:48 am

      Saya berhasrat ingin membeli 1 unit apartment berharga rm220000 di bintulu,sarawak,dengan gaji bersih rm2600setelah dipotong epf,dapatkah say membuat pinjaman bank?

      Reply
    7. suzeehartanah on June 7, 2015 11:03 pm

      Infomasi yang sangat membantu dalam menjaga status kewangan kita.

      Reply
    8. mas on July 20, 2016 7:11 am

      untuk submit rumah menjadi individu adakah perlu menggunakan peguam….rumah yang sya duduk dah 7 tahun memandangkan devel. dah bengkrap yg bertukar ker devel. baru… mohon pencerahan

      Reply
    9. Pingback: Membeli Rumah Pertama Anda – Rumah Pertama 2U

    Leave A Reply Cancel Reply

    ⚡︎ Wanita Bijak Mengurus Wang
    ⚡︎ Artikel Terkini

    Langkah Pertama Menjadi Perunding Hartanah Berdaftar di Kawasan Utara – Sertai Negotiator Certification Course (NCC) di Kedah

    March 9, 2025

    Hartanah di Pinggir Bandar Semakin Menjadi Pilihan?

    January 12, 2025

    Hakmilik Sementara (Qualified Title) & Hakmilik Tetap (Final Title)

    September 25, 2024

    Membuat Carian Agensi Hartanah, Ejen Hartanah & Perunding Hartanah Berdaftar Melalui LPPEH Search

    June 21, 2024

    Persediaan Kewangan Untuk Membeli Rumah Pertama

    March 16, 2024
    Facebook X (Twitter) YouTube
    © 2025 Hartanah Di Sini.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.