Pengecualian Duti Setem Pembelian Rumah Semasa Kempen HOC

Isu lambakan unit kediaman tidak terjual adalah satu masalah yang masih membelenggu sektor pasaran hartanah di negara kita. Justeru Kerajaan Malaysia bersama Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) akan mengumumkan Kempen Pemilikan Rumah atau Home Ownership Campaign (HOC).

Melalui kempen ini pihak pemaju akan menyediakan diskaun sekurang-kuragnya 10% ke atas rumah yang sedia dibina manakala Kerajaan pula menawarkan pengecualian duti setem.

Penerangan mengenai inisiatif terkini dari Kerajaan ini adalah seperti lampiran Siaran Media Kementerian Kewangan Malaysia yang berikut.

Semoga dengan inisiatif terbaru dari Kerajaan ini dapat sedikit sebanyak mengatasi isu lambakan unit kediaman tidak terjual di Malaysia seterusnya memberi impak positif kepada pasaran hartanah dan ekonomi di negara kita.

Buat para pembeli hartanah, ini mungkin peluang yang baik untuk anda. Sentiasa mengambil langkah untuk menyelidik dan membuat pengiraan yang sepatutnya untuk memastikan hartanah yang dibeli menjadi aset yang baik dan bukan menambah liabiliti anda.

Nasrul Hanis

Seorang Registered Estate Agent (E2578) yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah & Pengurus Harta Malaysia (LPPEH).

Saya kini berkhidmat sebagai Prinsipal di Alam Harta Realty E(3)1687, sebuah firma ejen hartanah yang beroperasi di Shah Alam, Selangor.

Call/SMS/WhatsApp saya di 019-2172330 untuk pertanyaan & bantuan penjualan/pembelian/sewaan hartanah anda di Lembah Klang dan sekitarnya.

Latest posts by Nasrul Hanis (see all)

0 comments… add one

Leave a Comment