Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Hartanah Di Sini
    • Laman Utama
    • Jual & Sewa Hartanah
    • Mencari Hartanah?
    • Senarai Hartanah
    • Kalkulator Pinjaman
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Hartanah Di Sini
    Terkini

    Rehda yakin momentum positif hartanah negara

    Abdullah HakimBy Abdullah HakimOctober 2, 20111 Comment1 Min Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA LUMPUR, 26 Sept  — Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REDHA), yakin dengan pasaran hartanah untuk separuh kedua tahun ini, dirangsang oleh tinjauan pertumbuhan positif ekonomi Malaysia. Presidennya, Datuk Seri Michael Yam berkata sektor hartanah itu mempunyai hubungan terus kepada keadaan ekonomi memandangkan permintaan untuk hartanah telah meningkat semasa kerancakan ekonomi. “Melainkan, jika terdapatnya krisis kewangan yang serius ataupun lebih kepada krisis keyakinan, saya lihat pengambilan hartanah yang menggalakkan,” kata beliau kepada pemberita selepas pemakluman terkini hartanah separuh pertama 2011 REDHA di sini Isnin.

    Beliau menambah yang momentum yang memberangsangkan ini dijangka berterusan ke tahun hadapan. Yam berkata sebagaimana yang dijangka persatuan, pelancaran baharu hartanah akan meningkat dalam separuh kedua dan harga hartanah juga dijangka bergerak seiringan. Beliau berkata dalam Kaji Selidik Industri Hartanah bagi separuh pertama 2011, yang dikendalikan oleh REHDA, pemaju hartanah menjangkakan kira-kira 20 peratus kenaikan dalam harga pelancaran baharu pada separuh kedua tahun ini. Unjuran itu mengambilkira kenaikan kos pengeluaran di mana kos buruh dan bahan binaan yang meningkat akan menjadi cabaran utama untuk pemaju hartanah dalam bergerak ke hadapan. Kaji selidik itu dikumpulkan daripada maklum balas 147 pemaju hartanah seluruh Semenanjung Malaysia.

    — BERNAMA

    ekonomi hartanah nilai hartanah malaysia rehda
    Share. Facebook Twitter LinkedIn Email
    Abdullah Hakim

    Pemerhati hal ehwal kewangan semasa dan perkembangan terkini bidang hartanah. Eksekutif pemasaran di NMZ Safety Gears.

    Related Posts

    Hartanah di Pinggir Bandar Semakin Menjadi Pilihan?

    January 12, 2025

    Sinar Harapan Untuk Pasaran Hartanah 2024

    January 24, 2024

    Pengecualian Duti Setem Pembelian Rumah Semasa Kempen HOC

    February 3, 2019

    1 Comment

    1. mohd idris bin kadir on July 6, 2014 9:48 am

      sy berminat nk.beli rumah tp.tidak tahu cara2 proses..boleh bagi pencerahan.dan.nasihat untuk beli rumah prima..0133343700..

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    ⚡︎ Wanita Bijak Mengurus Wang
    ⚡︎ Artikel Terkini

    Langkah Pertama Menjadi Perunding Hartanah Berdaftar di Kawasan Utara – Sertai Negotiator Certification Course (NCC) di Kedah

    March 9, 2025

    Hartanah di Pinggir Bandar Semakin Menjadi Pilihan?

    January 12, 2025

    Hakmilik Sementara (Qualified Title) & Hakmilik Tetap (Final Title)

    September 25, 2024

    Membuat Carian Agensi Hartanah, Ejen Hartanah & Perunding Hartanah Berdaftar Melalui LPPEH Search

    June 21, 2024

    Persediaan Kewangan Untuk Membeli Rumah Pertama

    March 16, 2024
    Facebook X (Twitter) YouTube
    © 2025 Hartanah Di Sini.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.