Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Hartanah Di Sini
    • Laman Utama
    • Jual & Sewa Hartanah
    • Mencari Hartanah?
    • Senarai Hartanah
    • Kalkulator Pinjaman
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Hartanah Di Sini
    Lokasi Hartanah

    Pangsapuri Sentosa, Setia Alam

    Hartanah Di SiniBy Hartanah Di SiniJanuary 27, 2024No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Pangsapuri Sentosa ialah rumah pangsa berstatus pegangan bebas (freehold) yang terletak di Setia Alam, Seksyen U13 Shah Alam, Selangor.

    Terletak di bawah kategori pangsapuri kos rendah, Pangsapuri Sentosa adalah di antara kediaman dengan harga yang berpatutan dengan alamat Setia Alam – kawasan yang diminati pencari hartanah dan mempunyai reputasi baik oleh SP Setia.

    Pangsapuri Sentosa terdiri dari 8 blok pangsapuri 5 tingkat walkup dan dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk tempat letaj kereta, taman permainan, surau dan gelanggang sukan.

    Selain berdekatan pelbagai institusi pendidikan dan kesihatan seperti Sekolah Rendah & Menengah Setia Alam, Tenby School Setia Eco Park & National Institute of Health; Penduduk Pangsapuri Sentosa mempunyai pelbagai pilihan destinasi membeli-belah untuk keperluan seperti Setia City Mall, Lotus’s Setia Alam, NSK Setia Alam dan juga kawasan komersial Setia Taipan 1 & 2.

    Terletak di bahagian utara Setia Alam, penduduk menikmati akses mudah ke Persiaran Setia Perdana dan juga destinasi rekreasi seperti lereng hijau Bukit Setia Alam dan juga kawasan Meru yang berdekatan.

    Pangsapuri Sentosa boleh diakses melalui Jalan Meru, Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE), Lebuhraya Shapadu, Lebuhraya Persekutuan & Lebuhraya LATAR selain Lebuhraya Guthrie dan Persiaran Mokhtar Dahari untuk memasuki Setia Alam dari utara luar bandar.

    Memandangkan lokasi Sentosa di pinggir Setia Alam dan dekat dengan perbandaran berdekatan Denai Alam, penduduk Sentosa Apartments mempunyai pilihan tambahan untuk memintas kesesakan di Jalan Meru dan Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) – sebaliknya bergantung padaGuthrie Corridor Expressway (GCE) dan Persiaran Mokhtar Dahari untuk memasuki Setia Alam dari bahagian utara luar bandar.

    Perlukan Bantuan?

    Borang Lokasi

    Senarai Hartanah di Pangsapuri Sentosa, Setia Alam

    Pangsapuri Sentosa, Setia Alam (Tingkat 5)

    January 26, 2024

    Pangsapuri Sentosa, Setia Alam (Tingkat 2)

    January 15, 2024
    pangsapuri sentosa seksyen u13 shah alam setia alam setia city mall
    Share. Facebook Twitter LinkedIn Email
    Hartanah Di Sini

    Isi borang Jual/Sewa Hartanah untuk menjual/menyewakan hartanah atau isi borang Carian Hartanah untuk mencari hartanah untuk dijual atau disewakan.

    Related Posts

    Pangsapuri Sentosa, Setia Alam (Tingkat 5)

    January 26, 2024

    Pangsapuri Sentosa, Setia Alam (Tingkat 2)

    January 15, 2024

    Taman Sri Gombak

    December 22, 2018

    Comments are closed.

    ⚡︎ Wanita Bijak Mengurus Wang
    ⚡︎ Artikel Terkini

    Langkah Pertama Menjadi Perunding Hartanah Berdaftar di Kawasan Utara – Sertai Negotiator Certification Course (NCC) di Kedah

    March 9, 2025

    Hartanah di Pinggir Bandar Semakin Menjadi Pilihan?

    January 12, 2025

    Hakmilik Sementara (Qualified Title) & Hakmilik Tetap (Final Title)

    September 25, 2024

    Membuat Carian Agensi Hartanah, Ejen Hartanah & Perunding Hartanah Berdaftar Melalui LPPEH Search

    June 21, 2024

    Persediaan Kewangan Untuk Membeli Rumah Pertama

    March 16, 2024
    Facebook X (Twitter) YouTube
    © 2025 Hartanah Di Sini.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.