Sebagai seorang yang terlibat dalam bidang hartanah, saya sering ditanya tentang cara terbaik untuk memulakan kerjaya sebagai Perunding Hartanah (Real Estate Negotiator – REN). Jawapan saya mudah – langkah pertama adalah mendapatkan sijil kelayakan melalui Negotiator Certification Course (NCC). Tanpa sijil ini, anda tidak boleh berdaftar secara sah dengan mana-mana agensi hartanah berdaftar.
Bagi mereka yang berada di Utara Semenanjung Malaysia, ini peluang terbaik untuk anda! Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM) akan menganjurkan Negotiator Certification Course (NCC) di Sungai Petani, Kedah pada 12 & 13 April 2025 (Sabtu & Ahad).
Mengapa Memilih Kerjaya Sebagai Perunding Hartanah?
Bidang perejenan hartanah adalah salah satu industri yang menawarkan pendapatan tanpa had dan kebebasan masa. Dengan permintaan terhadap hartanah yang semakin meningkat, ramai yang mula melihat kerjaya ini sebagai satu peluang bisnes yang menguntungkan. Antara kelebihan utama menjadi seorang Perunding Hartanah Berdaftar ialah:
- Pendapatan berdasarkan usaha – Tiada had tetap, bergantung kepada jumlah jualan hartanah.
- Fleksibiliti masa – Anda boleh bekerja mengikut jadual sendiri tanpa terikat dengan waktu pejabat.
- Industri yang stabil – Hartanah adalah aset jangka panjang dan sentiasa mempunyai permintaan.
- Peluang membina reputasi sendiri – Selain bekerja dengan agensi, anda boleh membina reputasi sendiri dalam industri ini.
- Modal permulaan rendah – Berbanding bisnes lain, bidang ini tidak memerlukan modal besar untuk bermula.
Apa Itu Negotiator Certification Course (NCC)?
NCC adalah kursus wajib bagi sesiapa yang ingin bergelar Perunding Hartanah Berdaftar (REN). Tanpa kursus ini, anda tidak boleh mendapatkan REN Tag yang dikeluarkan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah & Pengurus Harta (LPEPH).
Dalam kursus ini, peserta akan belajar mengenai undang-undang hartanah, etika profesional, teknik pemasaran, dan strategi jualan yang efektif. Ini adalah persediaan penting untuk memastikan anda memahami industri ini sebelum terjun ke dalam dunia hartanah secara profesional.
Siapa Yang Akan Membimbing Anda?
Kursus ini dikendalikan oleh dua pakar industri yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang penilaian, jual beli, dan pengurusan hartanah. PMgr Sr Haji Ishak bin Ismail, Pengasas dan Pengarah Urusan IM Global Property Consultants Sdn. Bhd., adalah seorang Registered Valuer, Registered Estate Agent & Registered Property Manager yang telah lama berkecimpung dalam dunia hartanah. Bersama beliau ialah Sr Mahadzir bin Rahim, yang juga berpengalaman dalam bidang hartanah di syarikat yang sama, dengan kelayakan sebagai Registered Valuer, Registered Estate Agent & Registered Property Manager.
Mereka bukan sahaja mempunyai pengalaman luas dalam industri hartanah, tetapi juga memahami cabaran dan peluang yang ada dalam bidang ini. Bimbingan mereka akan membantu andamemahami selok-belok industri hartanah dengan lebih mendalam.
Keistimewaan NCC Anjuran PEHAM
- Kursus sepenuhnya dalam Bahasa Melayu – Memudahkan pemahaman peserta.
- Nota dan bahan rujukan terkini – Menyediakan maklumat yang relevan dengan perkembangan semasa.
- Sijil diiktiraf oleh LPEPH – Melayakkan peserta untuk berdaftar sebagai REN dengan mana-mana agensi hartanah berdaftar di Malaysia.
Mulakan Langkah Anda Sekarang!
Jika anda benar-benar serius mahu membina kerjaya dalam industri hartanah, ini adalah peluang terbaik untuk bermula. Negotiator Certification Course (NCC) di Sungai Petani, Kedah ini adalah langkah pertama anda ke arah menjadi Perunding Hartanah Berdaftar yang profesional.
Daftar segera melalui pautan di bawah:
Jangan tunggu lama, mulakan perjalanan anda dalam industri hartanah hari ini!