Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Hartanah Di Sini
    • Laman Utama
    • Jual & Sewa Hartanah
    • Mencari Hartanah?
    • Senarai Hartanah
    • Kalkulator Pinjaman
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Hartanah Di Sini
    Tips Hartanah

    Membeli Rumah Pertama Anda

    Nasrul HanisBy Nasrul HanisSeptember 16, 201147 Comments4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Jika anda telah menyimpan hasrat untuk membeli rumah anda sendiri dan ini adalah rumah pertama yang anda miliki, ada beberapa perkara yang mesti ada dalam perhatian anda demi memastikan anda dapat melalui prosedur pembelian rumah ini dengan baik.

    Sebelum anda memulakan langkah anda untuk membeli rumah, tetapkan di dalam minda anda yang anda ingin tinggal di rumah tersebut untuk 3-5 tahun akan datang dan anda akan hidup bersama komuniti dan persekitaran rumah tersebut.

    Baiklah, mari kita lihat beberapa tips asas dalam membeli rumah pertama anda.

    1. Semak status kewangan anda

    Kebanyakan dari kita akan membeli rumah melalui kaedah pinjaman kewangan justeru langkah pertama anda ialah dengan menyemak status kewangan anda. Semak kembali aset dan liabiliti anda dan pastikan anda tidak memiliki masalah untuk memohon pinjaman kewangan dari pihak bank.

    Kalau anda beli rumah dengan bayaran tunai, memang tiada masalah 😉

    2. Tentukan anggaran bajet anda

    Setelah yakin anda mampu untuk membeli rumah dengan status kewangan anda, tentukan anggaran bajet anda untuk rumah yang anda akan beli. Masukkan sekali kadar faedah pinjaman dan juga kos-kos tambahan seperti renovasi, cukai dan juga yuran komuniti penduduk ke dalam bajet anda.

    Anda boleh menggunakan kalkulator pinjaman yang kami sediakan untuk memudahkan anda menentukan anggaran bajet anda.

    Apaibla anda sudah dapat menentukan anggaran bajet anda tersebut, fokus perbelanjaan anda pada pembelian rumah untuk memastikan anda dapat membuat pembayaran pinjaman dengan baik.

    3. Bertemu dengan pemberi pinjaman

    Langkah seterusnya ialah dengan bertemu dengan pemberi pinjaman iaitu pihak bank. Terpulang kepada anda untuk memilih dari pihak mana anda ingin membuat pinjaman. Salah satu tips ialah dengan memilih pihak bank yang tidak terlalu memilih dan mempunyai syarat yang longgar.

    4. Bertemu dengan perunding hartanah

    Sekiranya anda sudah cukup yakin yang anda boleh menguruskan urusan jual beli rumah dengan sendiri, anda boleh skip langkah ini namun memandangkan prosedur jual beli rumah bukanlah satu prosedur yang mudah dan anda perlu berurusan dengan pihak kewangan dan juga peguam ditambah pula dengan kesibukan dalam hari-hari anda, bertemu dengan perunding hartanah akan membantu anda untuk mendapatkan rumah yang anda idamkan.

    Ini adalah kerana pemilik rumah yang ingin menjual rumah mereka pada hari ini gemar memilih perunding hartanah untuk memudahkan urusan jual beli rumah mereka dan perunding hartanah boleh mencadangkan rumah-rumah yang terbaik untuk anda.

    5. Melihat kawasan persekitaran rumah

    Setelah mendapat cadangan rumah yang ingin anda miliki ataupun rumah yang telah anda pilih tersebut, cuba lihat dahulu kawasan persekitaran rumah tersebut. Adakah jalan utama yang menghubungkan anda dengan pusat bandar ke kawasan perumah selalunya sesak teruk, adakah kawasan tersebut berdekatan dengan kawasan yang tidak anda suka dan sebagainya. Hal ini penting kerana anda sudah tentu akan tinggal di rumah ini untuk satu jangka masa yang lama.

    6. Membuat pemeriksaan rumah

    Jangan sekali-kali membuat pembelian rumah sebelum anda memeriksa keadaan rumah tersebut sehingga anda puas hati. Setelah bersetuju dengan perunding hartanah untuk membawa anda melihat keadaan dalam rumah tersebut (home viewing), pastikan anda memberiksa keadaan rumah tersebut sepenuhnya. Ruang tamu, bilik tidur, sebarang kebocoran dan sebagainya. Ini adalah kerana selepas anda membayar wang pendahuluan dan booking, sudah terlambat untuk anda menyesal sekiranya anda mendapati ada kecacatan atau kerosakan pada rumah tersebut.

    7. Memuktamadkan pembelian anda

    Setelah anda berpuas hati dengan rumah yang ingin anda miliki tersbut, serahkan urusan kepada prunding hartanah untuk menjalankan prosedur jual beli rumah untuk anda. Selalunya anda akan diminta mengisi borang tertentu dan membayar wang booking sebanyak 3%. Pastikan anda membaca borang yang akan anda isi dengan teliti. Kemudian follow up perkembangan prosedur jual beli rumah anda dengan perunding hartanah sekurang-kurangnya 2 minggu sekali. Langkah terakhir di dalam pembelian rumah anda ini sudah pastilah dengan anda akan mendapat kunci rumah dan anda akan memulakan hidup baru di rumah idaman anda itu.

    Selamat berjaya!

    bajet bank booking kunci pemeriksaan pertama perunding hartanah pinjaman kewangan rumah tips
    Share. Facebook Twitter LinkedIn Email
    Nasrul Hanis
    • Website

    ⚡Ejen Hartanah Berdaftar (E2578)
    ⚡Prinsipal Alam Harta Realty E(3)1687

    Boleh saya bantu anda?
    ⚡Saya ingin menjual hartanah
    ⚡Saya ingin membeli hartanah

    Related Posts

    Hakmilik Sementara (Qualified Title) & Hakmilik Tetap (Final Title)

    September 25, 2024

    Rumah Teres 2 tingkat di Albury2 @ Mahkota Hills, Lenggeng N.Sembilan

    February 19, 2020

    [EXTENDED KITCHEN,TABLE TOP] Rumah Teres 2 Tingkat di Taman Sri Gombak Fasa 9

    February 12, 2020

    47 Comments

    1. zul on May 18, 2012 3:47 pm

      salam..en hanafi, kalau ada unit 2stry area klang valley,shah alam,p jaya budget <400k tlg hubungi sy…zul 0172508582..thks

      Reply
    2. anniza aziz on July 11, 2012 7:22 pm

      salam,
      saya sekarang berminat utk membeli rumah. owner nk jual RM 200k. market price is RM270K. bank selalu akan bg 90% loan utk rumah pertama. rakan saya cadanngkan utk mark up loan kepada rm 270k so that kalau bank luluskan 90% =rm 243k. saya akan dapat extra cash dekat situ. saya da check dengan few bank. setakat ni pihak bank boleh luluskan max 350k utk saya. jd boleh tak kongsikan sedikit pengalaman mengenai mark up loan ni?

      Reply
      • jejaka on December 20, 2013 6:36 am

        nak buat apa cash itu.

        Reply
      • Mohd Sukri Ismail on April 8, 2014 8:22 am

        Sy sedang dlm proses beli rmh dgn kaedah mark up ni. situasi saya, owner price is RM250k, so, I need to find a valuer yg boleh kasi higher price e.g RM280k, so that I can get a 100% loan (90%*RM270 is RM252k).

        I need to make a loan RM252 jugak, x make RM250k; but I x rasa kita akan dapat cash tu.

        oh btw, pls be advised that all other related fees (legal & SnP) will be based on RM270k (meaning to say the house is sold at that price).

        Reply
        • siti on March 4, 2015 5:48 am

          salam, sy bekas lawyer conveyancing dan sy juga buat perkara yg sama marked up loan utk guna extra cash for legal fees n disbursement. yg penting ask consent from developer to do so.

          Reply
      • minda-s on July 9, 2015 4:13 am

        Salam Anniza Aziz,

        Kalau nak mark-up price bergantung kepada jumlah wang yang anda perlukan. Sebab jika mark-up price, semua urusan akan berdasarkan jumlah tersebut. Lagipun, semakin tinggi jumlah pinjaman, semakin banyak jumlah bayaran bulanan. Bermakna anda perlu peruntukkan sejumlah bayaran setiap bulan dan harus dibuat secara konsisten. Sekiranya Anniza nak info lanjut boleh email saya.

        Reply
    3. che has on December 20, 2012 2:00 am

      Slm.. Sy bercdg membeli rumah jns townhouse (tingkat ats) scr tunai. Sy cume nk tny prosedur2 yang terlibat setelah selesai bayaran dibuat. Prosedur yg dimaksudkn
      seperti proses penukaran hakmilik dll. Adakah byrn2 lain yg perlu dibayar kpd pemaju @ peguam. Utk pengetahuan encik,sy menggunakan khidmat peguam yg dilantik oleh pihak pemaju. Terima kasih.

      Reply
    4. hazir mohd pilus on January 4, 2013 9:26 pm

      salam…sya bercadang beli rumah pertama…nama sy tk clear..sekarang ni sy berminat dgn sebuah rmah d taman sya tinggal blh ke say buat perjanjian s&p dgn owner lama dahulu sementara saya bersihkan nama saya.untk pengetahuan en rumah ni ni terpaksa say booking supaya x terlepas keran kwsan amat strategik .adakah sya memrlukan peguam …ataupun minta tlg en beri pandangan sewajarnya…

      Reply
    5. hidayat on February 8, 2013 4:03 am

      salam en hanafi.. saya sedang mencari rumah untuk dibeli di kawasan nilai, bangi. saya seorang penjawat awam. mohon pandangan dan sekiranya ada pilihan, saya berhasrat untuk membeli rumah yang berharga dalam lingkungan RM300k-RM350k….

      harap dapat beri nasihat dan pandangan. tQ

      Reply
    6. zuraidah on March 2, 2013 6:13 pm

      as’kum en hanafi,

      saya bercadang unntuk membeli rumah. saya ingin bertanya, adakah jika saya tiada simpanan tetap..saya xmampu untuk mendapatkan loan bank untuk membeli rumah??

      Reply
      • Najwa Naema on September 14, 2014 3:28 am

        Bank akan tengok bank statement and income tax.

        Reply
    7. ramlah on March 7, 2013 7:11 am

      Salam en hanafi,
      Saya bercadang utk membeli rumah dengan harga RM 240,000.00, berapa cost pendahuluan yang perlu sy sediakan untuk proses membeli rumah ini. spt byran utk deposit, peguam dsbnya.

      harap en dpt memberi pandangan…tq

      Reply
    8. ISMAIL BIN MATIN on April 8, 2013 2:28 am

      Saya nak bertanya macam mana cara memohon rumah pertama ku . ada kah perojek perumahan di kawasan apin-apin keningau

      Reply
    9. zaharatul aini on April 8, 2013 12:27 pm

      salam. saya nak beli rumah yang masih belum dibina saya dapat tau daripada laman web pemaju tersebut. saya pernah pergi ke pejabat pemaju – plan untuk perumahan tersebut bru saja diluluskan. pemaju mempunyai reputasi yang baik. saya masih ragu-ragu samada nak booking sekarang atau setelah siap rumah contoh sbb takut kes tipu. yela ada tanah je rumah x naik lagi. apa pandangan encik? terima kasih

      Reply
    10. Zaharman Subari on April 30, 2013 11:31 pm

      As salam tuan

      Mohon pendapat tuan diantara pembelian rumah yang baru dengan rumah yang telah siap. Diantara dua faktor ada perbezaannya. Rumah baru ditakuti projek tersebut terbengkalai dan akhirnya kita berhutang dengan bank. Rumah sudah siap pula harga yang sudah tinggi kerana mengikut harga pasaran dan untuk sebahagian pendapat mengatakan rumah “Second hand”. Terimakasih

      Reply
    11. nani on May 8, 2013 10:03 am

      salam…saya berminat tuk beli rumah area seremban @ senawang.. bajet dalam bawah 140k.. tapi yg saya rasa pening skrg , saya bekeja dia agensi swasta..so ,saya x tau dgn sape saya nak mntk pinjaman perumahan ni..pernah jgk apply bank rakyat, alih2 dia kata , company kami bukan panel..so ,xdapat la pnjam… encik , kalo blh saya mmg nak tau lbh lnjut ape yg perlu sya buat…

      Reply
    12. jennifer on July 7, 2013 10:18 am

      hai,sy teringin nak membeli rumah pertama sy dekat kwsn permyjaya miri sini,kalau ada rumah baru tolong bgtau saya..thanks

      Reply
    13. azean on July 10, 2013 3:16 am

      salam..apa yang saya perlu lakukan sekiranya saya sudah dapat kunci rumah dari pihak pemaju tetapi sijil CF belum dapat lagi.Dengan siapa yang perlu saya rujuk.

      Reply
    14. Nurul on September 6, 2013 2:43 pm

      Saya belum berkawin, tetepi ingin membeli rumah atas name bersame dengan bakal suami… Perlukah sijil Nikah dalam pembelian rumah???

      Reply
      • minda-s on July 9, 2015 4:04 am

        Salam nurul.

        Tak perlu sijil nikah kecuali untuk rumah kos rendah sahaja.

        Reply
    15. arief rahman on September 12, 2013 5:44 am

      terima kasih untuk infonya….. saya sudah ada rencana membeli rumah,

      Reply
    16. grosse on October 14, 2013 4:53 am

      sangat bermanfaat,, saya bercadang nak beli rumah

      Reply
    17. nurul on November 4, 2013 8:21 pm

      salam,sy serba slh sgt skrg ni..sy nk bl umh 2nd hand.teres crner lot 263mpsegi.umh 2 dh renovate tp usianya dh 18thn.dgn harga 145k..skrg teres br corner dh 180-190k..patut x sy bl?pening sgt bl pk psl usia umh.nk byr lg 35thn.50thn dh usia umh nt..bbaloi x?

      Reply
    18. Pingback: Tips Menghubungi Ejen Hartanah untuk Membeli Rumah - Hartanah Di Sini

    19. aizat on November 27, 2013 5:04 pm

      Saya ingin membeli rumah.. andai kata saya tidak mempunyai duit simpanan langsung untuk membeli rumah, bagaimana? Dan ada x cara lain untuk membeli rumah tanpa duit deposit dari saya sendiri.. Dan berapa anggaran harga rumah yang saya layak untuk membeli…

      Reply
    20. dinsblog on February 7, 2014 11:07 pm

      anda boleh gunakan akaun 2 kwsp untuk pembelian rumah pertama kali bagi pembayaran pendahuluan 10% … caranya – lepas sign SNP ..cepat2 buat permohonan pengeluaran pembelian perumahan ke kwsp ..biasanya approval cepat 2-3 minggu mcm tu…maklumkan kepada penjual / developer yang anda ingin mengeluarkan duit kwsp…tapi biasa kena juga keluarkan sedikit duit untuk sebagai bayaran booking dlm RM500-RM1,000.

      Reply
    21. siti. norma on February 17, 2014 11:45 pm

      saya berminat utk membeli rumah skin pertamaku… bagaimana procedurenya?

      Reply
    22. pijol on March 26, 2014 7:22 pm

      Salam Tuan,

      Di manakah tempat rujukan yg paling tepat dlm proses jual beli rumah secara lelong atau rumah second hand atau rumah baru. “Proses2” yg saya maksudkan di sini ialah:-

      1. Org2 yg terlibat.
      2. Dokumen2 yg terlibat,
      3. Risiko2 yg terlibat,
      4. Kos2 yg terlibat.
      5. Jangka masa yg terlibat dlm proses jual beli rumah, sampailah kunci diserahkan pada pemilik baru atau pembeli…

      Tlg bagi pencerahan. TQVM

      Reply
      • minda-s on July 9, 2015 4:03 am

        Salam Pijol.

        Boleh semak atau rujuk dengan peguam atau bank.

        Reply
    23. solah on August 3, 2014 5:31 am

      Sy berhjt nk beli rumah hrga rm102.000 trus dr owner…slain byr 10% deposit..apa lg kos byran yg kna tgungg n brpe ribu lg anggaran kasar perlu sya sediakn..tQ

      Reply
      • minda-s on July 9, 2015 4:00 am

        Salam Solah,

        Kena tengok keadaan hartanah tersebut. Baru boleh dapatkan anggaran kos perlu dibayar. Kos juga tertakluk kepada cara belian hartanah sama ada secara tunai atau melalui pinjaman daripada bank.

        Reply
    24. Mohamad Faruqi on January 8, 2015 8:14 am

      Salam,

      Saya berkerja dan menetap di Abu Dhabi ingin membeli rumah kedua dengan harga RM457000. Rumah 70% dalam pembinaan dan bolehkan berikan sedikit panduan berkenaan persoalan berikut:

      1. Adakah bank tempatan mengenakan kadar faedah yang berbeza kepada mereka yang berkerja dan menetap di luar Negara?

      2. Pendapatan bulanan saya RM14300 dan ansuran bulanan kereta dan rumah di Malaysia hanyalah RM1500. Berapakah had maksimum pinjaman perumahan yang layak diperolehi?

      3. Bolehkah urusan jual beli rumah (urusan dengan pemaju & bank) dilakukan melalui email dimana saya akan menandatangani segala dokumen dan dihantar secara elektronik sahaja?

      Maklum balas pihak tuan amat dihargai.

      Mohamad Faruqi,
      Al Ain
      Abu Dhabi UAE

      Reply
    25. noradilla on February 25, 2015 5:51 pm

      Assalamualaikum
      En sy nak buat pertanyaan,sy ingin membeli rumah berharga 170k.gaji sy sebulan rm2.5k.tetapi sy ada membuat loan kereta
      monthly bayar rm670.suami turut embeli kereta monthly rm500 mslhnya sekarang suami punya kwsp dulu ada tapi sekarang tiada.kerana syarikat tidak membuat caruman.boleh mtk pandangan en

      Reply
    26. megala on March 3, 2015 4:02 am

      saya dan kawan saya nak kongsi beli rumah jadi saya nak tahu jikalau kami hadapi salahfaham pada masa hadapan bolehkah salah seorang jual rumah ini tanpa kebenaraan kami berdua ataupu kena ada kedua-dua orang iaitu saya dan kawan saya baru boleh jual rumah ini tlg beri panduan kepada saya tuan t.kasih

      Reply
      • minda-s on July 9, 2015 3:56 am

        Hai Megala,

        Kena ada kedua-dua pemilik baru boleh buat sebarang urusan.

        Reply
    27. marlin on March 29, 2015 1:08 pm

      Assalamualaikum,,saya nak tanya dan minta pendapat..
      Boleh ka beli rumah terus bayar habis..
      ada rakan saya dari uk mahu menetap d sabah dan dia sdh sediakan peruntukan beli rumah..apa kah prosediurnya?
      Terima kasih.

      Reply
      • minda-s on July 9, 2015 3:55 am

        Salam Marlin.

        Boleh beli rumah macam tu. Perlu dapatkan peguam untuk sediakan Perjanjian Jual Beli. Kalau berminat, saya boleh tolong uruskan.

        Reply
    28. hafz on November 11, 2015 6:59 am

      salam,

      saya dalam proses hendak membeli rumah subsale. apakah syarat untuk membei rumah pd bulan november 2015..sbb saya baru tanya CIMB td, kalau rumah bawah 650sf CIMB approve loan tetapi kalau hrga RM150k ke atas untuk rumah dibawah keluasan 650sf baru dorg akan luluskan. saya hendak tanya bank mana yg plg senang luluskan loan rumah untuk rumah yg berharga dlm RM125k

      Reply
    29. mudahtakaful.com on December 24, 2015 8:46 am

      Jika anda merancang untuk membeli rumah, ambil tahu apakah yang dimaksudkan dengan MRTT dan MLTT. Ketahui apakah keperluannya dan apakah perbezaannya. Hubungi kami di mudahtakaful.com untun nasihat perundingan percuma.

      Reply
    30. Eita on March 29, 2016 8:24 am

      Salam ada sapa2 boleh bantu sy untuk beli rumah yg berstatus bankrup masih nama pemaju. dh usaha bank banyak tolak mcm RHB. Boleh wasap saya 012-2671720
      Harga rumah owner nk jual 130k (harga pasaran 150k)

      Reply
    31. nazura on April 7, 2016 1:02 pm

      Salam tuan,
      Saya bercadang nak beli rumah tapi caruman kwsp sgt teruk. Dah 9 bulan syarikat tak carum. Rasa2nya bank mana yang mudah bagi approval?

      Reply
      • zarul on June 28, 2016 11:28 pm

        setahu sy caruman kwsp takde kena mengena, yg penting kena jaga ccriss/ctos/….dan penting juga kalau ada saving yg lain sbg supports docs…kwsp ni hanya utk keluarkan duit yg kebiasaan utk topup baki 7% deposit…minta betul kan jika silap.

        Reply
    32. Mior Haris on March 22, 2017 4:16 am

      Assalamualaikum, saya dah berumur 44 tahun. Saya berniat nak beli rumah teres tetapi saya tiada wang deposit 10% . Bagaimana caranya saya nak beli rumah. Diharap tuan dapat membantu saya, terima kasih.

      Reply
    33. Pingback: Tips Menghubungi Ejen Hartanah untuk Membeli Rumah Idaman Anda – Get Rumah

    34. Pingback: Membeli Rumah Pertama Anda – Rumah Pertama 2U

    35. Jamesseria on September 17, 2020 10:43 pm

      Please sent all ads and promo information by E-mail:ekonomika@ndsmi.by

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    ⚡︎ Wanita Bijak Mengurus Wang
    ⚡︎ Artikel Terkini

    Langkah Pertama Menjadi Perunding Hartanah Berdaftar di Kawasan Utara – Sertai Negotiator Certification Course (NCC) di Kedah

    March 9, 2025

    Hartanah di Pinggir Bandar Semakin Menjadi Pilihan?

    January 12, 2025

    Hakmilik Sementara (Qualified Title) & Hakmilik Tetap (Final Title)

    September 25, 2024

    Membuat Carian Agensi Hartanah, Ejen Hartanah & Perunding Hartanah Berdaftar Melalui LPPEH Search

    June 21, 2024

    Persediaan Kewangan Untuk Membeli Rumah Pertama

    March 16, 2024
    Facebook X (Twitter) YouTube
    © 2025 Hartanah Di Sini.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.