Antara perkara yang teramat penting bagi sesuatu hartanah ialah nilainya atau yang selalu kita sebut Market Value (MV). Bagi anda yang ingin menjual hartanah anda atau membuat pelaburan pada hartanah anda seperti rumah yang ingin anda sewakan, sudah tentunya anda mahu meningkatkan nilai hartanah anda untuk memperoleh keuntungan dari hartanah tersebut.
Mari kita lihat beberapa cara untuk meningkatkan nilai hartanah anda.
Sebelum anda melakukan apa-apa renovation, kaji dahulu penambahbaikan yang bagaimanakah yang boleh meningkatkan nilai hartanah anda. Secara kasarnya, nilai hartanah boleh ditambah dengan penambahbaikan yang kekal dan “melekat” pada struktur. Bermakna perabot yang boleh diangkut seperti sofa, rak TV, kerusi, peti sejuk dan perabot yang boleh dialih tidak akan dikira untuk menaikkan nilai hartanah. Aircond kadangkala dihitung juga dalam kiraan nilai hartanah – terpulang kepada valuer yang memeriksa hartanah anda.
Namun agak berbeza bagi anda yang ingin membuat pelaburan dengan menyewakan rumah anda di mana anda boleh menaikkan harga sewa dengan menyediakan perabot dan kemudahan yang serba lengkap seperti aircond, TV, peti sejuk dan perabot lain kepada penyewa anda. Masuk boleh duduk terus. Paling kurang cat semula dinding rumah sebelum anda membuka hartanah tersebut untuk disewakan.
Salah satu cara yang menguntungkan ialah dengan membeli perabot esklusif yang dijual dengan harga murah. Perabot-perabot ini selalunya perabot recycle yang digunakan di hotel-hotel dan bila mereka nak jual perabot-perabot tersebut untuk gantikan dengan perabot yang baru di premis mereka, anda boleh beli perabot-perabot ini dengan harga murah dan sediakan kepada penyewa-penyewa anda. Berbaloi.
Berikut adalah beberapa elemen yang boleh anda masukkan dalam pemerhatian untuk anda lakukan penambahbaikan dan menaikkan nilai hartanah anda.
- Decorate halaman rumah
- Cat semula dinding rumah
- Renovate pagar rumah
- Balkoni rumah
- Parking
- Lampu interior rumah
- Struktur tingkap yang lebih esklusif
- Kitchen cabinet
- Optimumkan penggunaan ruangan yang belum diguna seperti loteng
- Alamari yang melekat pada struktur
- Pintu rumah
Namun harus diingat ada jenis penambahbaikan tertentu terutamanya yang melibatkan luaran rumah (exterior) yang memerlukan anda memohon kebenaran (approval) dari pihak berkuasa tempatan. Pastikan anda memeriksa prosedur dengan mereka sekiranya penambahbaikan yang anda lakukan melibatkan struktur luaran rumah.
6 Comments
Di mana kita boleh dapatkan makumat ‘perabot recycle yang digunakan di hotel-hotel’?
Boleh Google.. dan saya juga jumpa beberapa kedai perabot recycle yang boleh bagi perabot mewah dengan harga yang berpatutan seperti:
http://www.melakapages.com/recycle-furniture/
asalamualaikum.. saya ingin bertanya.adakah menguntungkan sekiranya rumah teres 2 bilik kos rendah.Saya jadikan perusahaan Homestay.. memandangkn dikawasan perumahan berkenaan belum ada lg perusahaan homestaty di kawasan perumahan majoriti melayu.justeru itu tentu banyak majlis kenduri kahwin.adakah ia lebih memberi pulangan yang lumayan berbanding memberi sewa bulanan.homestay dikira 1mlm..manakala sewa bulan ..bayaran bulanan. terima kasih kerana memberi maklumat pada saya..
Waalaikumusalam.
Sewaan & Homestay kedua-duanya berpotensi memberikan pulangan yang baik dengan syarat ada positive cashflow.
Hasil sewaan – bayaran bulanan bank = Positif
Dalam hal ini, mungkin boleh cuba dengan tengok hasil dari homestay.. kalau xjalan.. tumpu pada sewaan. Yang penting promosi mesti tepat dan servis mestilah bagus.
Selamat berjaya 🙂
Asalamualaikum…..saya mempunyai rumah jenis kos sederhana di permatang badak kuantan. Rumah tersebut saya telah sewakan kepada penyewa sejak tahun 2006 lg dengan harga RM350/bln..memandangkan harga tersebut terlalu rendah, saya bercadang untuk menaikkan harga sewa berdasarkan kepada harga semasa iaitu sekitar RM550.00/bln.Soalan saya,bagaimana saya hendak maklumkan kepada penyewa tersebut tentang kenaikan sewa kerana saya dengan penyewa tersebut tiada perjanjian dibuat berkenaan persetujuan sewa tersebut.Sekian terima kasih.
Asalamualaikum…..
Saya mempunyai sebuah rumah jenis kos sederhana yang berada di Permatang Badak,Kuantan.Harga rumah tersebut semasa saya beli rumah tersebut adalah RM98300
pada awal tahun 2006. Saya bercadang untuk menjual rumah tersebut. Untuk pengetahuan tuan rumah tersebut telah disewa sejak tahun 2006 lg. Rumah tersebut berada dalam keadaan asal dan tiada pengubahsuai dibuat. Berapakah harga yang saya boleh jual berdasarkan pada harga semasa dan bagaimana untuk saya menjualnya dan apakah prosedur yang perlu saya ikuti.Sekian terima kasih.