Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Hartanah Di Sini
    • Laman Utama
    • Jual & Sewa Hartanah
    • Mencari Hartanah?
    • Senarai Hartanah
    • Kalkulator Pinjaman
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Hartanah Di Sini
    Kerjaya

    Memilih Agensi Hartanah Untuk Memulakan Kerjaya Anda

    Nasrul HanisBy Nasrul HanisJanuary 11, 2019No Comments4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Seorang perunding hartanah atau Real Estate Negotiator (REN) mestilah bernaung di bawah seliaan seorang ejen hartanah berdaftar (REA) dari sebuah agensi hartanah berdaftar untuk menjalani amalan perundingan hartanah secara sah dan direkod di dalam sistem Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah & Pengurus Harta.

    Mungkin ada di antara anda yang ingin memulakan kerjaya sebagai perunding hartanah malah sudah menghadiri Negotiator Certification Course (NCC) namun masih tercari-cari agensi hartanah untuk memulakan kerjaya anda. Mari kita lihat beberapa hal yang perlu anda semak dalam membuat pilihan.

    #1 Status Agensi Hartanah

    Pastikan anda menyemak status agensi hartanah berdaftar tersebut di laman web Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah & Pengurus Harta. Ini adalah kerana adanya agensi hartanah yang mengakui berdaftar secara sah namun hal sebenar adalah sebaliknya dan ada juga agensi hartanah yang statusnya tidak aktif atas sebab-sebab tertentu.

    Anda boleh membuat semakan melalui laman web ini: LPPEH Search kemudian klik “Search for Firm” dan buat carian melalui ruangan yang disediakan.

    #2 Kekosongan Kuota untuk REN

    Ketika artikel ini ditulis, LPPEH membenarkan seorang ejen hartanah berdaftar untuk menyelia dan mendaftarkan 50 orang REN di bawahnya. Ini bermakna setiap agensi hartanah ada jumlah maksimum untuk kuota REN bergantung kepada berapa REA yang bersama dengan agensi tersebut. Setelah kuota dipenuhkan, pendaftaran REN baru tidak dibenarkan melainkan kembali ada kekosongan pada kuota.

    Tanyakan mengenai kekosongan kuota ini kepada staf pentadbiran agensi tersebut untuk memastikan ada kekosongan REN untuk anda isi dan seterusnya memperoleh REN Tag untuk menjalankan amalan perundingan hartanah secara sah.

    #3 Latihan untuk REN & Yuran

    Kebanyakan agensi hartanah menyediakan latihan untuk REN terutama REN yang baru menceburi bidang ini. Namun begitu corak dan kekerapan latihan adalah berbeza di antara agensi hartanah. Ada agensi yang menyediakan latihan secara individu (personal coaching) atau dalam kumpulan dan ada juga yang menyediakan mentor yang bersedia untuk memberi latihan secukupnya untuk anda berjaya di dalam dunia perundingan hartanah.

    Pilih agensi yang menyediakan corak latihan yang sesuai dengan anda termasuklah faktor komunikasi dan masa latihan.

    Mengenai yuran kemasukan ianya adalah berbeza bergantung kepada polisi agensi. Pastikan anda bertanya dulu hal ini sebelum bersetuju untuk menyertai agensi tersebut. Anggap yuran ini sebagai komitmen untuk anda memulakan kerjaya anda sebaga perunding hartanah malah ada agensi sebenarnya menggunakan yuran tersebut untuk anda semula seperti menampung kos tempahan kad bisnes dan banner.

    #4 Lokasi Agensi Hartanah

    Walaupun kebanyakan perunding hartanah pada hari ini bekerja di luar pejabat, ada masanya anda perlu hadir ke agensi hartanah samada untuk menghadiri perjumpaan dan latihan atau menyiapkan tugasan berkaitan perundingan hartanah.

    Justeru anda perlu lihat pada lokasi agensi hartanah tersebut. Tidak semestinya pejabat agensi perlu berdekatan dengan kediaman anda tapi samada lokasi agensi mudah diakses, ada tempat letak kereta mencukupi, perlu naik tangga dan sebagainya. Ini adalah kerana akses ke pejabat juga memainkan peranan dalam motivasi anda sebagai perunding hartanah.

    #5 Pembayaran Komisyen

    Komisyen adalah sumber pendapatan utama bagi seorang perunding hartanah untuk meneruskan kelangsungan hidup & kerjaya. Justeru anda perlu sedia maklum mengenai pembahagian komisyen di antara agensi dan anda dan tempoh pembayaran komisyen.

    Ada agensi yang membuat pembayaran secara berkala dalam seminggu dan ada yang menyediakan pembayaran setiap hari. Begitu juga halnya ada agensi yang menggunakan cek dan ada yang menggunakan online transfer justeru tempoh untuk anda menerimanya pasti berbeza. Hal ini anda boleh tanyakan kepada staf pentadbiran atau perunding hartanah yang bekerja di agensi tersebut.

    Selamat Berkhidmat

    Selain dari isu-isu teknikal yang saya sebutkan ini, kesimpulannya pilihlah agensi yang sesuai dengan jiwa anda. Ini adalah kerana agensi adalah tempat seorang perunding hartanah menimba ilmu dan memperoleh pendapatan justeru buatlah pilihan dengan sebaiknya.

    Bagi yang telah menemui agensi hartanah pilihan anda – saya ucapkan selamat berkhidmat dengan penuh ikhlas & integriti. Semoga menemui kejayaan & mencapai impian yang diidam-idamkan InsyaAllah.

    agensi hartanah berdaftar kuota ren latihan ren lokasi agensi hartanah yuran
    Share. Facebook Twitter LinkedIn Email
    Nasrul Hanis
    • Website

    ⚡Ejen Hartanah Berdaftar (E2578)
    ⚡Prinsipal Alam Harta Realty E(3)1687

    Boleh saya bantu anda?
    ⚡Saya ingin menjual hartanah
    ⚡Saya ingin membeli hartanah

    Related Posts

    Langkah Pertama Menjadi Perunding Hartanah Berdaftar di Kawasan Utara – Sertai Negotiator Certification Course (NCC) di Kedah

    March 9, 2025

    Negotiator Certification Course (NCC) di Putrajaya 8-9 April 2023

    April 2, 2023

    Sijil Agensi Harta Tanah (CEA): Platform Menjadi Ejen Hartanah Berdaftar

    May 26, 2012
    Leave A Reply Cancel Reply

    ⚡︎ Wanita Bijak Mengurus Wang
    ⚡︎ Artikel Terkini

    Langkah Pertama Menjadi Perunding Hartanah Berdaftar di Kawasan Utara – Sertai Negotiator Certification Course (NCC) di Kedah

    March 9, 2025

    Hartanah di Pinggir Bandar Semakin Menjadi Pilihan?

    January 12, 2025

    Hakmilik Sementara (Qualified Title) & Hakmilik Tetap (Final Title)

    September 25, 2024

    Membuat Carian Agensi Hartanah, Ejen Hartanah & Perunding Hartanah Berdaftar Melalui LPPEH Search

    June 21, 2024

    Persediaan Kewangan Untuk Membeli Rumah Pertama

    March 16, 2024
    Facebook X (Twitter) YouTube
    © 2025 Hartanah Di Sini.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.