Nak Jual Rumah? Soalan-soalan Utama Kepada Perunding Hartanah

Anda mungkin ada pengalaman berurusan dengan perunding hartanah (property negotiator) untuk menjual dan menyewakan hartanah anda atau mendapatkan khidmat nasihat berkaitan hartanah.

Sememangnya berurusan dengan perunding hartanah akan memudahkan urusan jual beli hartanah anda, namun sebagai pemilik rumah dan pelanggan anda berhak untuk mengemukakan pertanyaan kepada perunding hartanah apabila bertemu.

Berikut adalah beberapa soalan penting yang perlu anda tanya kepada perunding hartanah ketika berurusan.

Encik/Cik dari syarikat hartanah mana?

Pertanyaan ini amat penting untuk memastikan perunding hartanah tersebut adalah perunding hartanah yang berlesen ataupun berdaftar dengan mana-mana ejen hartanah (real estate agent) yang berdaftar. Ejen hartanah berdaftar akan mempunyai nombor yang bermula dengan VE atau E.

Boleh terangkan prosedur yang terlibat kepada saya?

Kebiasaannya perunding hartanah yang akan memulakan subjek ini tapi tidak salah untuk anda bertanya. Prosedur ini amat penting kerana ia melibatkan urusan jual beli hartanah anda dari saat pembeli membayar booking sehinggalah pembeli tersebut memperoleh kunci rumah dan menjadi pemilik baru rumah tersebut. Tanya kepada perunding hartanah apa-apa maklumat yang anda tidak faham.

Jangkamasa prosedur ini bergantung kepada hartanah anda merangkumi aspek freehold/leasehold, master/individual/strata title, status kewangan bakal pembeli dan sebagainya jadi ambil sedikit masa anda untuk memahami prosedur ini dengan bantuan perunding hartanah.

Kemungkinan anda tertanya-tanya mengenai professional fee untuk perunding hartanah sekiranya jualan terjadi – biasanya fee adalah sebanyak 3% dari harga jualan. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di sini.

Bagaimana dengan harga semasa rumah/hartanah saya?

Kebiasaannya anda sebagai pemilik rumah akan meletakkan harga dahulu dan perunding hartanah akan advice anda untuk naik/turun harga dan sebagainya. Kadang-kadang ada pemilik rumah yang tidak pasti akan harga rumah yang ingin dijual. Walaubagaimanapun penting untuk anda bertanya mengenai harga semasa rumah anda (kadangkala cuma disebut market price) kepada perunding hartanah. Ada kemungkinan perunding hartanah tersebut akan merujuk kepada bank atau penilai hartanah untuk mendapatkan harga yang terbaik untuk hartanah anda tersebut.

Berapa kos yang perlu saya keluarkan?

Satu perkara yang perlu anda tahu ialah pemilik rumah yang ingin menjual rumah juga perlu mengeluarkan sedikit kos dalam prosedur jual beli dan umumnya pihak yang ingin menjual rumah bertanggungjawab terhadap perkara-perkara berikut:

  • Discharge of Charge – Melepaskan gadaian
  • Consent
  • Confirmation of Letter

jadi tanya kepada perunding hartanah tersebut berapakah kos yang perlu anda keluarkan termasuklah Legal cost, Real Property Gain Tax (untuk rumah 5 tahun ke bawah), Government Service Tax (GST) dan sebagainya.

Apa dokumen yang perlu saya tandatangani?

Kemungkinan ada dokumen yang perlu anda tandatangan seperti surat lantikan eksklusif dan sebagainya. Hal mengenai ekslusif, sole dan adhoc dan kelebihannya akan saya kongsikan dalam artikel-artikel selepas ini. Namun dokumen yang pasti akan ada tandatangani ialah S&P sekiranya jualan terjadi.

Sebenarnya ada banyak lagi perkara yang boleh anda bincangkan dengan perunding hartanah mengenai rumah/hartanah yang ingin anda jual namun soalan-soalan yang saya senaraikan adalah utama untuk anda tanyakan. Betulkan saya sekiranya ada kesilapan dan sekiranya ada sebarang pertanyaan/cadangan/tambahan idea, anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen anda di ruangan komen di bawah!

Nasrul Hanis

Seorang Registered Estate Agent (E2578) yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah & Pengurus Harta Malaysia (LPPEH).

Saya kini berkhidmat sebagai Prinsipal di Alam Harta Realty E(3)1687, sebuah firma ejen hartanah yang beroperasi di Shah Alam, Selangor.

Call/SMS/WhatsApp saya di 019-2172330 untuk pertanyaan & bantuan penjualan/pembelian/sewaan hartanah anda di Lembah Klang dan sekitarnya.

Latest posts by Nasrul Hanis (see all)

416 comments… add one
  • Eidrus Mansor

    March 25, 2012, 4:15 am

    Saya jual rumah pada 10hb Ogos 2011(tandatangan S&P).. Soalannya apakah peranan/fungsi S&P? Agent dan Lawyer yang dilantik amat susah untuk dihubungi/mereka menghubungi saya tentang status proses menjual rumah. Sehinggalah pada bulan November 2011 sepatutnya prosesnya sudah selesai,tapi sebaliknya GAGAL. Sehinggalah hari ini 25hb mac 2012 sudah lapan bulan masih belum selesai untuk pembayaran baki kepada saya.
    Bila ditanya mengenai bila wang baki akan dibayar,jawapan Lawyer kena tunggu 3 minggu lagi. Terlalu banyak alasan.
    Tindakkan saya sekarang adalah untuk menyaman Lawyer dan Agent yang saya lantik. Sebab Agent dan Lawyer telah melanggar arahan perjanjian S&P. Macamana pandangan dan nasihat tuan?

    Reply
    • wancai

      July 16, 2012, 4:56 am

      SALAM…
      1)tuan guna 1 lawyer?(wakil bg tuan & pembeli)..
      2)atau cari sendiri..
      maksudnya peguam 1=wakil bg tuan
      peguam 2=wakil pembeli..?

      Reply
    • rasidi

      July 2, 2013, 5:31 pm

      Saya juga mengalami keadaan yg sama…ada kah saudara eidrus mansor selesai penjualan rumah…adakah berjaya menyaman lawyer tersebut..minta kongsi pendapat..terima kasih

      Reply
    • Nasrul Hanis

      January 8, 2014, 6:21 pm

      Terima kasih atas soalan.

      Peranan S&P (Sales & Purchase Agreement) ialah sebagai satu perjanjian bertulis yang mengandungi terma & syarat dalam urusan jual beli rumah. Jika kes dibawa ke mahkamah, apa yang tertulis di dalam perjanjian tersebut yang akan diambil kira. Ini adalah kerana terma & syarat yang terkandung di dalam S&P ditandatangani pihak-pihak yang terlibat di dalam prosedur.

      Mengenai ejen dan lawyer yang dilantik, pada hemat saya seharusnya mereka update status perjalanan jual beli kepada cik sebagai client mereka.

      * Mengikut rules tanggungjawab ejen selesai selepas S&P ditandatangani namun pada hemat saya seharusnya client harus diupdate sekiranya berlaku apa-apa masalah.

      Kelewatan/delay biasa terjadi dalam prosedur. Namun adalah satu perkara yang merunsingkan mana-mana pembeli sekiranya tak tahu apa sebab kelewatan tersebut dan prosedur sudah sampai mana.

      Sekiranya pada ketika pandangan saya ini ditulis – masih belum ada respon dari pihak yang terlibat, cadangan saya:

      1 – Telefon syarikat peguam tersebut

      sekiranya tidak berjaya,

      2 – Hubungi mana-mana firma guaman dan dapatkan nasihat sebelum membuat keputusan untuk apa-apa tindakan.

      Reply
    • Naz

      July 19, 2014, 9:28 am

      Proses jual beli rumah sangat complecated. Sometime ambil masa 3bulan sahaja, jika property Bermasaalah liquidasi OR status leasehold akan ambil masa yg lama. Ada kes setahun setengah. Dalam SPA walaupun setem dah dimatikan dia ada tarikh efektif nya. Kena refer pada spa tersebut. Jika rumah leasehold. Dan dah keluar title ,consent pejabat tanah diperlukan. Consent pejabat tanah adalah 3 bulan atau lebih Jika gagal dapat kebenaran, boleh batalkan pembelian dan diposit dikembalikan. Selepas dapat surat kebenaran land office baru spa effectif ikut tarikh surat kebenaran. So tempoh masa untuk bayar 90% 3bulan + 1 bermula dari tarikh surat kebenaran land office.

      Jika rumah master title , proses hanya terhenti dia bahagian devaloper (akan ada document deed of asignment yg membuktikan kita pemilik terkini rumah tersebut) walaupun proses terhenti di sini, tapi lawyer loan akan disbush full settlement dan kita sudah boleh ambil kunci. Jika selepas beberapa tahun rumah tersebut kuar strata,maka kita kena upah lawyer sekali lagi untuk uruskan proses ni. Lawyer boleh apply untuk mohon direct tranfer..

      Reply
    • Naz

      July 19, 2014, 9:38 am

      In case rumah melihatkan devaloper atau tuan tanah bankrup, proses akan jadi lebih lama. Spa juga dikira efektif selepas dapat surat confirmation. Ada case satu rumah , melihatkan satu devaloper bankrup, pemilik tanah ada tiga nama yg juga bankrup. So urusan jual beli rumah tu melibatkan 4 liquidator. Jika liquidator adalah private liquidator senang sikit sbb cepat sikit mereka buat kerja. Tapi jika melibatkan liquidator pemegang harta,prosesnya tak dapat agak samaada makan masa lebih lama atau tak. Dalam tempoh tunggu surat confirmation kena refer pada SPA yg tertulis samaada mahu terus tunggu atau tarik diiri.. What ever kena refer pada SPA yg ditandatangani . Lawyer yg bagus dia akan explain dulu apa yg kita tak faham sebelum turunkan tandatangan spa.

      Reply
      • Naz

        July 19, 2014, 9:46 am

        Betul tu , agen sepatutnya pantau proses jual beli ni dan up date proses. Bukan lepas tangan..lawyer pun sepatutnya updwte proses tersebut. Nasihat saya buat appointment dengan lawyer. Dan dapatkan penjelasan status terkini .

        Reply
        • Naz

          July 19, 2014, 9:59 am

          Ada satu case tu yg melibatkan 4liquidator tu dlm tempoh 6bulan belum Settle untuk dapatkan letter confirmation..lawyer dah tetapkan 2bulan proclement period dalam spa ( so lepas tempoh tu boleh decide samaada nak cancel atau nak sambung lagi tunggu) spa belum effectif lagi time ni so jika cancel boleh dapat deposit full balik..jika teruskan pun tak ada denda yg perlu bayar oleh pembeli pada penjual. Jika confirmation letter sudah dapat , spa akan effectif dan 3month +,1mont bermula (1mont extention akan dikira interest 8% per annum dikira secara harian ) .selapas spa dikira effectif, jika kedua-pihak gagal bersetuju makan perjanjian spa boleh terbatal dan 10% deposit perlu dikembalikan pada pembeli. Jika salah satu pihak sahaja tak setuju atau tarik diri maka deposit pembeli boleh burn atau penjual kena bayar ganti rugi 10%.

          Reply
    • Naz

      July 19, 2014, 10:06 am

      Jual beli rumah sangat complecated. Penjual dinasihat kan melantik lawyer sendiri. (Pilih lawyer kita kenal atau yg direkomen kwn2). Lebih baik upah lawyer dari upah agen. Sbb lawyer lebih memahami situasi perundangan dalam sale n purchased ni. Lawyer to lawyer talk lebih senang jika melibatkan property yg Bermasaalah. Sebab jika property yg Bermasaalah lawyer pembeli akan bayar 10% downpayment pada lawyer penjual. Lawyer penjual akan jadi stockholder (pegang duit tu sehingga safety time untuk released duit tersebut pada penjual @ time efective SNP

      Reply
      • intan

        February 17, 2016, 6:58 am

        Saya setuju, lebih baik lantik lawyer dpd lantik agen. Saya dah kena dengan agen. Bila dah dapat byer,agen ambil 2% senyap terus. Agen kata loan dah lulus. Bila kita cal tanya status dia kata kerja dia dah selesai suruh tanya lawyer.Lepas 5 lepas tu baru lon lulus. Itupun lulus x penuh. Pembeli kena topup 40K. Saya sebagai penjual hingga kini masuk bulan ke 6 sesen pun belum dapat duit lagi. Agen bila saya cal maki hamun saya macam2 dia ungkit bayaranya ada baki lagi 5%. saya belum bayar lagi. ALASAN AGEN KERJA DIA DAH SELESAI.

        Reply
        • Naz

          February 18, 2016, 4:05 am

          Agen yg bertanggungjawab sepatutnya tak lepas tangan mcm tu aje…sebab kita bayar upah pada dia utk uruskan jual beli tu…Bukan semua agen perangai mcm tu..ada juga agen yg bagus..

          Reply
          • Azman Saadin

            July 16, 2016, 6:02 am

            saya setuju tak semua agen mcm tu saya rasa kena tengok agen hartanah tu dulu mcmana sebab kawan saya juga jual rumah namun tiada masalah malah firma agen hartanah tu sendiri sentiasa memberi malmumbalas tentang proses jual beli hinggalah selesai .

    • hanis

      November 3, 2016, 2:20 am

      saudara Eidrus. saya cadangkan saudra complaint ke Bar Council tentang conduct lawyer tadi.
      saudara juga boleh hubungi tribunal tuntutan pengguna.

      Reply
  • NOORAINI BT ZAKARIA

    April 21, 2012, 1:08 pm

    saya hendak jual rumah di nseremban 2 berapa harga pasaran…rumah teres 2 tingkat.

    Reply
    • SAMAD

      June 12, 2012, 7:00 am

      PN NOORANI,

      HOW TO CONTACT YOU.MY FRIEND INTERESTED TO BUY. THANK YOU.

      Reply
    • firdaus

      April 6, 2016, 10:54 am

      sy berminat nk beli.blh cal or whtapp 0126358592

      Reply
  • jbDaam

    May 22, 2012, 1:45 am

    Saya hendak jual rumah yang baru di beli (still under construction). Rumah dekat area Legoland Nusajaya.

    Rumah saya baru beli awal tahun baru ni. saya baru start bayar interest bulan 3 baru ni.

    Loan UOB Home Intelligent. Lock-in period 3 tahun, early settlement penalty (3 %) – rasanya.

    Bagaimana possible untuk saya let go rumah ni atas sebab2 tertentu.

    Thanks,

    Reply
    • Rokiah bt. Idris

      July 25, 2012, 3:19 am

      saya berminat dan ingin tahu lebih lanjut – nama taman dan kategori rumah serta harganya dari jbDaam, UNTUK RUMAH DI NUSAJAYA.

      Reply
      • jbdaam

        July 25, 2012, 3:42 am

        Puan Rokiah…

        Saya ingin jual rumah saya tu.. masalahnya bila saya tanya lawyer2 lain, diorang kata kena tunggu dapat kunci baru bleh jual.. ada orang buat sampai boleh, tapi saya pun pening mcamana diorang buat sampai boleh jual sebelum siap..

        Reply
      • jbdaam

        July 25, 2012, 3:44 am

        Rumah Teres 2 tingkat – Jenis Rumah = Artemis, Taman = Nusantara Prima.

        Gated = No
        Guarded = Yes

        Reply
        • ROKIAH IDRIS

          August 30, 2012, 1:14 am

          En. jbdaam,

          Bolehkah anda berikan no. telefon anda. Mungkin masalah ni boleh diselesaikan secara tertutup.

          Reply
          • shukor

            December 7, 2014, 6:30 pm

            Sy cadang nk jual Rumah tmn kledang FASA 2 SG siput.. Klu berminat call or Whtapps 0175961379

        • Linda

          September 18, 2012, 3:45 pm

          You still interested to sell your unit? I’m interested to buy..

          Reply
          • daam

            September 19, 2012, 8:23 am

            hi linda and Rokiah,

            Sorry Rokiah, i didnt realize your e-mail..

            Well, yeah i really want to let it go. But then, i spoke with my lawyer then she said better wait for the house to be complete, because there are no use to sell it now since some document wont be valid prior to the completion of house. Once or few month before get the key, then i will sell it as per advise. Sorry guys.. its hard, but then i have no choice, its better for me to wait.. I think its better that way

          • daam

            September 19, 2012, 8:23 am

            Sorry Rokiah, i didnt realize your e-mail..

            Well, yeah i really want to let it go. But then, i spoke with my lawyer then she said better wait for the house to be complete, because there are no use to sell it now since some document wont be valid prior to the completion of house. Once or few month before get the key, then i will sell it as per advise. Sorry guys.. its hard, but then i have no choice, its better for me to wait.. I think its better that way

          • daam

            September 19, 2012, 8:25 am

            it will go around 300k.. not so sure.. but plan, next year then only i can sell..

      • mdnur

        January 18, 2015, 2:31 pm

        taman apa rumah yg nak jual dan berapakah saiz rumah tersebut saya memang tengah cari rumah sekitar area nusajaya.

        Reply
      • Anas

        May 12, 2016, 9:41 pm

        Saya dapat kunci untuk rumah baru… loan SBP. Boleh ker tukar rumah saya kepada rumah second hand dng nilai yang sama?

        Reply
  • mohd

    May 24, 2012, 4:02 pm

    Saya ingin bertanya mengenai title hartanah sebagai knowledge shj.

    1. Apakah maksud sebenar title ni ?

    2. Adakah title sama dgn SPA ?

    3. Adakah title ini satu dokumen berbentuk surat/geran ?

    Terimamakasih

    Reply
    • human

      July 23, 2013, 3:25 am

      1. title = geran tanah @ hakmilik tanah

      2. title tu geran @ hakmilik tnh. SPA adalah perjanjian jual beli tanah. nak jual beli tanah kena ada geran asal tanah.

      3. ya. bentuk geran

      Reply
  • khairul

    July 17, 2012, 10:59 am

    salam tuan,sy nk tanya…sy telah mnjual rumah dgn hargha 79k,telah menandatangi S/P..kata lawyer dlm bulan sept2012 baru dpt baki bayaran…upah lawyer yg dikenakan pada penjual ialah rm1500,soalan saya rumah yg di jual 79k,upah lawyer rm1500,pada pendapat tuan adakah ianya berpatutan?

    Reply
    • jud

      November 21, 2012, 5:33 pm

      kau ni la.dpt 79k x kan 1.5 pun kedekut.

      Reply
      • eddy

        June 24, 2013, 8:47 am

        hahahaha…betul2.Belajar la berkongsi.Lagipun itu kira service charge atau “ang pow” dia…

        Reply
    • human

      July 23, 2013, 3:26 am

      standard lah tu. hadoy.. tu kira murah lah tue.

      Reply
    • Yang Pening Jalani

      July 11, 2014, 7:31 pm

      Agak jauh dari murah.guaman saya pun dikenakan rm2200.00.ala…baru 1.5 blum lagi 2.2…

      Reply
    • maisarah

      May 6, 2015, 10:29 am

      X patut… agak mahal. Rumah 120k lawyer ambil rm1,192.20 je…

      Reply
      • Naz

        July 16, 2016, 1:50 pm

        Kos caj upah lawyer sebenarnya bukan berdasarkan harga rumah semata…ikut jenis kes la…sometime ada kes rumah yg senang Settle …sometime banyak kerenah yg perlukan concent pihak2 tertentu yg membuatkan handling doc jadi lebih complecated n tentunya melibatkan kos lebih tinggi…

        Reply
  • Shikin

    August 31, 2012, 10:23 am

    Salam

    Saya berminat untuk menjual rumah teres 1 tingkat milik saya di Taman Widuri Indah Senawang. Berdekatan dengan Klinik Kesihatan dan Pasaraya serta sekolah.

    Rumah saya telah di renovate. Menurut sahabat saya market value di Tmn Widuri Indah Senawang RM90ribu ke atas.

    Bagaimana untuk saya menjual rumah tersebut. Atau bantulah saya untuk menjual.

    Wasalam

    Reply
  • mss shuk

    September 10, 2012, 11:39 am

    saya hendak jual rumah di tmn sri impian, johor bahru..

    saya beli dalam tahun 2010.

    nak tau harga pasaran sekarang..??

    berapa yang saya perlu bayar balik untuk proses jual ??

    Reply
  • fazrul

    September 27, 2012, 10:12 am

    salam.tuan sy dlm proses umtuk membeli rumh 2hnd berharga 29k.sy telah berunding dengan penjual untuk mark up loan sehingga 45k ttp masalah di sini adalh penjual hanya sanggup memberi shg 35k shj atas alasan terpaksa membayar cukai yg tinggi.bagaimanakah cara u ntuk mengira cukai yg dikenakan kpd pejual?

    Reply
  • zalie

    October 17, 2012, 4:33 am

    Saya bercadang untuk menjual apartment saya di cheras..
    sesiapa ada contact no. lawyer yang effisen dalam penjualan rumah. TQ

    Reply
  • wan

    October 20, 2012, 6:50 pm

    salam sy wan dr pasir gudang saya nak bertanya ? loan rumah 46000 sekarang harga market rumah saya sudah mencecah 65000.saya sudah duduk 3 tahun dan dalam agreement 5 tahun baru boleh di jual saya ingin jual balik rumah saya adakah saya masih ada untung? dan berapa untung saya?

    Reply
    • Naz

      July 19, 2014, 1:52 pm

      Bergantung pada samaada awak ada hutang lagi atau tak dengan bank, kos lawyer untuk penjual, bayaran yg akan dikenakan oleh devaloper OR liquidator dalam proses dapatkan surat letter confirmation. Cukai ckht jika ada. Sometimes tak dapat untung sangat. Sikit2 je. Klu terikat dan masih ada hutang dengan bank concept islamic BBA yg monthly tetap tu, sometime bileh jadi rugi lebih lagi.

      Reply
  • soffian amit

    October 23, 2012, 3:34 pm

    saya dlm masa terdekat ni nk jual rumah.pembeli dah ada.apa yg patut sys buat.ada x bayaran yang saya kena keluar.rumah tu saya dh byar 5 thn.tolong bagi jawapan. lowyer mcm mna.adakah lowyer lama atau si pembeli lantik baru. mcm mna dg harga market.sya letak rm 100 ribu. adakah yg sya letak harga tu ok atau harga rumah lowyer yg tentukan mgikut market.saya nak tau prosuder yg btl takut pla kena tipu.mcm mna dgn loan gov sya ada kah selesai dan bla pla msa tempoh baki bayaran rumah tu sya dapat. berapa lama proses jual beli tu.lps rumah ni kena beli boleh x saya beli rumah baru yg saya rancang.saya kt swk.rumah tu kt miri,tlg bagi maklum balas.

    Reply
    • zainuddin azam

      December 17, 2014, 4:38 am

      asalam ..saya mempunyai soalan yang sama dengan soffian ammit ..apa yang perlu saya buat ..adakah hanya berusan terus dengan lowyer pembeli atau cari lowyer lain ..sebab takut kene tipu ..tolong beri pendapat admin ..

      Reply
      • Naz

        May 15, 2015, 2:17 pm

        Lagi bagus penjual juga lantik lawyer sendiri …pembeli memang wajib lantik lawyer untuk prosess pembelian…penjual tak wajib…tapi lebih bagus penjual juga upah lawyer yg dipercayai untuk selesai kan jual rumah tersebut..

        Reply
        • Naz

          May 15, 2015, 2:19 pm

          Kalau tak nak pening kepala…better upah agen hartanah yg bagus buat kerja…agen akan guide..pasal lawyer n pasal urusan jual beli nir

          Reply
      • Mail

        August 4, 2019, 1:56 am

        Tanah Malay Rezab milik kekal di jual *Jalan Semenyih Kajang*, keluasan 5.5 ekar Harga *rm 3.3juta*. Berminat call *0136557445/01121096737*. Agent jualan di kehendakki komisyen tinggi
        Dropped pin
        Near Semenyih, Selangor
        https://maps.app.goo.gl/G3KDB6Ap7UdDiQA79

        Reply
  • pyuzz

    October 30, 2012, 9:18 am

    rumah di bandar nusa rhu ..under construction ..di jangka siap Dec 2012 … neway camne proses tuk menjualnye ..n market price brp?.. tq

    Reply
  • muhamad azhar

    November 26, 2012, 5:27 am

    rumah teres 1 tingkat taman matahari height senawang n9… Rumah end lot nak jual rm rm 140k sesuai x harganya. Tq

    Reply
  • Haslina

    December 9, 2012, 7:48 am

    Salam saya nak jual rumah jenis teres 2 tingkat di taman matahari indah senawang, berapa harga yang saya boleh tetapkan?

    Reply
  • mohd irtiza

    December 31, 2012, 10:54 am

    Tuan,

    Saya dlm proses menjual rumah dan pembeli telah lulus loan dgn bank dan peringkat S&P.

    1.adakah saya perlu jelaskan tunggakan cukai pintu&tanah terlebih dahulu bagi melicinkan proses setrusnya@boleh kontra sahaja dengan keuntungan jualan nanti.
    2.Saya tidak melantik peguam,apakah kos yang saya perlu sediakan bagi proses jualan ini.(sekiranya ada)

    mohon pandangan dan nasihat tuan.

    Reply
    • Naz

      August 21, 2014, 2:42 am

      Memang ada kos untuk penjual . Kos melepas gadaian bank. Jika ada hutang. Biasa caj dlm rm800 mcm tu, kos untuk dpt confirmation letter dari devaloper OR liquidator biasanya devaloper akan kenakan caj. Caj ni lawyer pun tak tahu cuma devaloper OR liquidator je yg boleh bagi caj tu. . Kos submit ckht jika melibatkan rumah pemilikan 5thn ke bawah.(caj 200-300)
      Memang perlu Settle bil2 terlebih dahulu, sbb bank pembeli perlukan tu dlm keadaan bil di Settle bayaran .
      Klu staata title belum kuar tu je cost awak rasanya. Klu dah keluar , owner belum complete kan,jika devaloper dah terlebih daftarkan nama awak, lawyer tak boleh direct TRANSFER , sbb mesti tukar nama awk dulu. So klu mcm tu ada caj dan denda lagi pada owner. Klu strata atau geran dah nama awak so tak ada kos tu .

      Pembeli tanggung urusan lain2 mcm search title dalam lain yg melibatkan urusa sale purchased tu

      Reply
  • alin

    January 16, 2013, 5:30 pm

    Kami beli rumah loan atas nama kakak… Sy sebagai penama shja…. Sekarang sy nak buat loan baru semula atas nama sy dan suami… Kakak pon dh bersetuju di sebabkan nak beli rumah yg laen… Tp rumah nie baru lagi… Loan bru 1 tahun… Boley ke kami buat loan baru

    Reply
  • Sharudin

    January 29, 2013, 10:37 am

    Asalam.. Tuan saya nak tanya cara yg terbaik untuk menjual rumah low cost di sg besi masalah saya dalam SPA rumah hanya boleh dijual selepah 5th. Apabila saya call loyer rumah dia kata rumah saya tak boleh dijual kerana belum 10th lagi, saya bertanya kepadanya dalam SPA 5th aje loyer kata undang2 baru sekarang mulai 2011. Macam mana nie sesuka hati tukar… Sedangkan persetujuan yg saya sign 5th.
    Tuan boleh ke saya nak jual rumah tu.
    Kalau saya nak jual juga bagaimanakah cara.
    Adakah perlu saya mengambil loyer lain untuk buat perjanjian jualbeli diluar.

    Sekian T.Q tuan

    Reply
  • Nur Adilah

    January 30, 2013, 7:41 am

    Tuan,

    Saya dlm proses menjual rumah.
    1.adakah saya perlu jelaskan tunggakan cukai pintu&tanah terlebih dahulu bagi melicinkan proses setrusnya@boleh kontra sahaja dengan keuntungan jualan nanti.
    2.Saya tidak melantik peguam,apakah kos yang saya perlu sediakan bagi proses jualan ini.(sekiranya ada)

    mohon pandangan dan nasihat tuan

    Reply
  • wawa

    February 14, 2013, 5:11 pm

    Saya ingin tahu berapa harga market value rumah di kawasan sentul…spesifik di sentul utara…735sqf…3r2b…

    Reply
  • fida

    March 21, 2013, 3:50 am

    Salam..

    Saya beli rumah di Nilai pada harga 239k, teres 2 tingkat..
    Valuer bank menilaikan rumah saya pada harga 410k thn 2013..
    Saya terfikir untuk menjualnya.. Tp keliru.. Samada settlement dgn
    bank ikut pada harga selepas interest atau baki harga asal pembelian
    selepas ditolak dgn pembayaran?

    Reply
  • kamizah

    April 9, 2013, 2:48 am

    Tuan…sy nak jual rumah area puncak jalil dan meletakkan harga RM370K…apa prosedur yg perlu dilakukan jika rumah tu dah ada yang nak beli…dan pembeli itu menggunakan ejen yang tidak dilantik oleh saya…apa langkah-langkah yang perlu saya lakukan?? dari segi duit deposit macamana…

    Reply
    • Mail

      August 4, 2019, 1:57 am

      *Tanah tepi pantai* dengan air cantik yg biru hijau dijual di *Pulau Besar Mersing Johor*. Keluasan 4.5 ekar, Malay Rezab milik kekal, sesuai utk resort/perlancungan, masih virgin. Harga *rm 1.6 juta*, call *0136557446* agent di kehendakki.

      Reply
  • Liny

    April 11, 2013, 4:01 am

    Salam En Nasrul,

    Saya dalam proses menjual rumah saya. Ingin bertanya proses sedikit. Saya telah melantik agent. Pembeli dah ada, 3% earnest money dah sign on 15/3/2013. Few days after agent inform loan buyer dah approve so proceed with lawyer request consent letter from developer. Consent letter from developer dah dapat on 5/4/2013 (selepas saya sendiri yang pergi follow up sebab lama sangat. SPA dah print and ready for signing. On 8/4/2013, laywer called tapi kata buyer taknak sign sebab offer letter tak issued by end financier lagi. Tanya agent, kata bank tak sure bila boleh kuarkan and loan mungkin boleh tak approve sbb developer is TALAM.
    My question is :
    i) Loan is between buyer and bank, bukannya developer and bank, this is not bridging loan.
    ii) If agent informed loan dah approved, bolehkan tiba2 jadi tak approve?
    iii) Mula2 agent inform dapat consent letter from developer, proceeed signing and buyer pay balance 10% tu, tp dah hampir sebulan tak sign2 lagi because offer letter dari bank pula tak dapat lagi..normal ke duration ni atau ada something wrong.

    TQ

    Reply
    • Nasrul Hanis

      April 11, 2013, 6:35 am

      Salam Liny,

      Saya juga pernah mengalami kes sebegitu rupa cuma bezanya bank yang pada mulanya boleh bagi loan untuk buyer tiba2 maklumkan ada penukaran polisi di mana kawasan tersebut sudah tidak di”cover” oleh bank tersebut. Dan hal ini berlaku selepas S&P sudah ditandatangani. Akhirnya saya berjaya mendapatkan loan dari bank lain dan meneruskan prosedur sehingga selesai. Alhamdulillah.

      Merujuk kepada soalan2 dari saudari:

      i) Walaupun loan melibatkan urusan buyer dan bank, bank atau mana2 institusi pinjaman akan melihat juga property yang akan dicover. Kalau property ada masalah, kemungkinan loan juga akan ada masalah.

      ii) Pengesahan secara verbal pada asasnya tidak boleh diterima dan diambil kira sebab bila keluar offer letter dari bank – barulah confirm yang loan application buyer tersebut telah approved. Namun kebiasaannya kalau kita check buyer tersebut komitmen dia okay, banker cakap peratusan tinggi untuk lepas dan property pula kita dah check dan tiada masalah – verbal confirmation dari banker dah bolehkan untuk proceed ke earnest deposit. Selepas dapat offer letter untuk loan, barulah buyer akan bayar baki deposit dan sign S&P (menurut kebiasaan saya sendiri).

      iii) Hal ini normal kerana buyer juga risau sekiranya betul bank tak luluskan loan application tersebut tapi dia dah sign S&P, tiada guarantee untuk dia dapatkan lagi 90% dalam masa 3 bulan (atau tempoh yang telah ditetapkan) dan kemungkinan 10% tersebut boleh burn. Untuk mengelakkan masalah ini, kebiasaan yang saya lakukan ialah di dalam Letter of Offer to Purchase (LOF) – ketika bayar buyer 3% earnest deposit – saya akan sertakan “Earnest deposit will be refunded if the loan is not approved”

      Kes saudari ini pada pemahaman saya adalah masalah “developer” tersebut sendiri. Kadang2 mungkin melibatkan Jabatan Insolvensi (untuk kes developer yang bankrupt). Cuba minta agent tersebut bantu buyer untuk cari bank atau mana2 institusi pinjaman yang lain sebagai alternatif kepada bank yang digunakan sekarang.

      Harap jawapan saya sedikit sebanyak membantu dan saya doakan kes saudari dapat diselesaikan dengan baik walaupun akan memakan masa. InsyaAllah.

      Reply
      • Liny

        April 11, 2013, 6:55 am

        Wsalam En Nasrul,

        Terima kasih atas penjelasan yang diberikan.
        Walau bagaimanapun, agent ada menerangkan dia sudah cuba hantar ke beberapa bank dan buyer pula komitmen ok dan sebagainya. Tetapi, takpe, sekurang-kurangnya saya tahu apa yang patut dibincangkan dengan agent tersebut. Masalahnya, agent tidak menerangkan secara terperinci jadi kami suami isteri jadi agak keliru.
        Saya juga bekerja di pejabat developer namun bukan di jabatan jual beli, tetapi bila saya check, proses untuk peringkat awal subsales, selalunya paling lama pun 2 minggu sahaja. Ini yang menjadikan saya tertanya-tanya.

        Reply
        • Nasrul Hanis

          September 5, 2013, 12:57 pm

          Sama-sama.

          Tempoh prosedur dari segi asasnya memang begitu namun boleh berubah-ubah mengikut kes atau sekiranya ada masalah tertentu yang perlu diselesaikan dalam peringkat tertentu.

          Selalulah berhubung dengan agent dalam tempoh tertentu (2 minggu sekali) untuk memantau prosedur tersebut + tanya sekiranya ada masalah tertentu.

          Reply
  • Ms Rose

    April 20, 2013, 4:55 pm

    Asalamualaikum En Nasrul ,
    Saya teruja dengan ruangan ini dan ingin bertanya beberapa soalan.
    Saya bercadang ingin menjual apartment/condo (masa tu bumi status) tapi didlm SAP tiada pula dicatit bumi status. Utk pengetahuan tuan apmnt saya telah menjangkau 24thaun dari tarikh saya membeli iaitu sekitar 1989. Boleh kah saya menjual kepada nonbumi?
    Saya ada buyer non bumi, apakah yang harus saya lakukan utk mengelakkan dr di tipu atau di permainkan memandangkan saya personally menjualnya? Saya tidak ada hutang apa apa dengan bank, apartment sudah habis bayar. Cuma saya belum lagi mendapatkan strata title dr pemaju. Bolehkah saya menjual dahulu kemudian peroleh Strata tersebut? Iniadalah kerana untuk mendapatkan surat Strata tersebut memakan masa 6-12 bulan. Boleh kah saya perolehnya dengan cepat? Perlukah saya mengupah peguam bagi pihak saya (penjual) agar tidak ada penipuan kelak? Sekian . Wasallam. Untuk pengetahuan tuan, pembeli ini merupakan kakitangan bekerja dengan institusi bank. Beliau memberi jaminan yang urusan lebih mudah kerana beliau bekerja di situ. Maksudnya dari segi loan, pembayaran tidak perlu khuatir.

    Reply
    • Nasrul Hanis

      September 5, 2013, 1:00 pm

      Waalaikumusalam Ms Rose,

      Mengenai status bumi atau non-bumi, rujuk kepada peguam untuk pastikan boleh atau tidak jual kepada non-bumi. Jangan proceed dahulu dan pastikan dahulu statusnya.

      Sekiranya tidak yakin atau risau ditipu oleh pihak pembeli dan sebagainya, lantik juga peguam untuk mewakili puan dari pihak penjual di dalam prosedur jual beli tersebut.

      Reply
  • zatu

    May 14, 2013, 6:51 am

    saya dh apply loan utk beli rumah, tp rumah tu geran induk..menyukarkan proses permohonan beli rumah, ap yg sepatutnya tuan rumah buat?

    Reply
    • Nasrul Hanis

      September 5, 2013, 1:04 pm

      Rujuk kepada peguam untuk memastikan status geran atau rumah tersebut. Boleh proceed, hold atau sebaliknya.

      Minta kerjasama juga dari pihak penjual untuk check status hartanah tersebut dengan pejabat tanah/pihak bank dan tunjukkan komitmen dari pihak pembeli. InsyaAllah akan dimudahkan proses.

      Namun sekiranya pihak peguam juga tidak menggalakkan untuk meneruskan proses, elakkan dari proceed sehinggalah masalah tersebut ada peluang untuk diselesaikan. Kecuali pihak pembeli ingin juga meneruskan prosedur tersebut & sanggup menunggu sekiranya ada masalah mendatang.

      Semoga urusan dimudahkan. Amin ūüôā

      Reply
  • Zarima Ramli

    May 18, 2013, 12:49 pm

    As Salam….. Condo kepunyaan kami adalah atas nama bersama (Suami/Isteri). Pembeli telah membayar 3% earnest deposit. Menurut Pembeli bank loannya telah pun approved dan balance 7% cash akan dibayar dlm waktu terdekat. Soalan saya : Setelah Pihak Bank Pembeli membuat full settlement kepada Bank Penjual dan balance bayaran adakah dibayar kepada nama pertama (Suami) atau 2 nama berasingan (iaitu nama suami dan isteri) ataupun saya harus membuat surat pada pihak bank agar issue 2 cheques 1 atas nama suami dan 1 lagi atas nama isteri. Mohon bantuan….

    Reply
    • hapizah osman

      June 4, 2013, 10:07 am

      Nak tau apakah bank pembeli minta strata title kpd penjual …

      Reply
  • mad

    June 17, 2013, 4:25 pm

    Betul ke project talam xbole nk beli sbb xder bank bole bg loan???? Minta pencerahan sbb sy ader nk beli di puchong area.

    Reply
    • Nasrul Hanis

      September 5, 2013, 1:08 pm

      Dari pengalaman saya – saya juga pernah merujuk kepada pihak bank. Benar – ada bank yang tidak cover kawasan tertentu kerana masalah pemajunya. Sekiranya boleh – elakkan dan cari kawasan lain yang tidak terlibat dengan masalah tersebut. Ini adalah kerana pada masa akan datang encik mungkin ingin menjual rumah tersebut dan menghadapi masalah untuk menjualnya.

      Namun sekiranya encik memang benar-benar berminat dan jatuh hati dengan rumah tersebut, survey mana2 institusi kewangan yang boleh cover area tersebut.

      Ada kes sebegini yang berjaya diselesaikan melalui Jabatan Insolvensi cuma agak memakan masa.

      Reply
    • finiey

      June 6, 2014, 9:49 am

      Salam Encik mad,

      Sekadar berkongsi pengalaman..last year sy ada beli rumah under talam projek juga…after evertything da half setel..cuma tunggu bank disburse loan..ttbe bank ckp xboleh disburse…sbb projek talam…jadi sy ada mntk pendapat lawyer dsbgnya…tapi mcm tiada yg boleh bantu sgt….dan jwpn yg sy terima adalh..10% yg telah sy keluarkan itu…hangus…bank atau lawyer tidak akan tanggung…+ owner asal jugak tidak akan pulang kan balik..memandangkan ia adalah pengalaman pertama sy membeli rumah sy agak kaget juga…

      sbrnya…bagi sy…bank yang bermalasah kerana tidak membuat semakan terlebih dahulu sebelum keluarkan surat tawaran…somemore….surat tawaran semua sudah ditandatangani….jd pihak bank memnpengaruhi sy supaya withdraw….tp dlm perjanjian ada nyatakan..jika sy withdraw…sy perlu byr sejumlah wang..kalau x silap sy rm 2k…

      jadi sy ambil keputusan untuk teruskan jugak..sbb sy xnk rugi…segala perbelanjaan yang telah sy keluarkan…tapi pihak bank delay…dan tak buat apa2 update…sy juga noted ldm s&p…jika sy tidak disburse kpd owner asal…dlm masa yg ditetaoajn…sy akan di charge 8% drpd harga uma/ daily cahrges…

      maka…disebabkan delay yg terlalu lama…dan masa yg ditetapkan makin hampir tamat…sy kemukakan laporan kepada bank negara…bersama semua attachment….dan tak sampai semnggu bank disburse ke semuanya…

      cuma proses jual beli di masa hadapan sy xpasti jika masih ada effect atau tak..harap segalanya berjalan baik….

      sekadar perkongsian pengalaman sy…..

      Reply
      • Firdaus

        October 21, 2015, 9:10 am

        HEBAT. Terima kasih atas perkongsian.

        Reply
  • mohd ariffin

    June 17, 2013, 4:33 pm

    salam…betul ke kat johor ni bermula dari esok permohonan utk consent akan dibekukan? Lps 5thn baru blh mohon consent?

    Reply
  • nur

    July 8, 2013, 6:09 am

    Salam,

    1.Bolehkah saya menukar strata title selepas mendapat 3% earnest deposit dari pembeli? Atau memang perlu saya tukar strata title terlebih dahulu sebelum proses membayaran 3% earnest deposit dari pembeli kepada saya (penjual).
    2. Adakah caj-caj lain yang perlu saya tahu.

    Terima kasih

    Reply
  • nurul izzatey

    July 9, 2013, 11:26 am

    Assalamualaikum..
    Sy nak Tanya,sy ada beli rumah Di Bandar gua musang,kelantan.sy byr menggunakan duit simpanan sendiri secara berperingkat mengikut jumlah yg tertera Di dalam Surat yg diterima.mengikut pemaju rumah ini akan siap dlm masa terdekat.pada masa sy tanda tangan s&p (oktober 2011) harga rumah rm158000,mengikut pemaju nilai sekarang (julai 2013) rm210000.
    Soalan sy:apakah kesan jika sy jual rumah apabila sudah dpt kunci,maksud sy kesan yg sy kena tanggung Dan adakah cadangan yg lebih bagus.

    Reply
    • Nasrul Hanis

      September 5, 2013, 1:13 pm

      Waalaikumusalam.

      Kesan utama yang akan ditanggung ialah Cukai Keuntungan Harga Tanah (CKHT) atau Real Property Gain Tax (RPGT). Ini adalah kerana hartanah yang dijual baru hampir 2 tahun.

      Sila rujuk pada laman web ini: http://www.hasil.gov.my/goindex.php?kump=5&skum=5&posi=2&unit=1&sequ=1

      Cadangan saya: Sekiranya ingin elak cukai, simpan dahulu rumah tersebut. Ada kemungkinan valuenya boleh naik lagi. Sekiranya terdesak, rujuk pada ejen hartanah berdaftar di kawasan tersebut untuk bantuan jualan rumah.

      Reply
  • Saril

    July 17, 2013, 9:05 pm

    Location : Penang..Saya ada satu kekusutan mengenai S&p : diringkas cerita, s&p masih nama 1st owner walaupun dijual kepada 2nd owner ..rasanya mungkin tiada dikeluarkan lagi strata title(atau apa-apa yang lain berkemungkinan) …sekarang 2nd owner ingin menjual rumah kepada saya..dan saya menghubungi pihak developer menanyakan strata title…ok…dah dikeluarkan…loan disummit dan skrg bank telah meluluskan permohonan saya..Masalah nya sekarang…semasa proses permohonan loan,1st owner telah meninggal dunia (wanita)…apa yang perlu saya buat?Saya buntu..

    Info : Loan 2nd owner(lelaki) mengandungi nama kami semua (1st owner,2nd Owner,Saya)…cuma insuran (MRTA ) hanya atas nama 2nd
    owner..Skrg saya hanya ingin semua hal hal berkaitan hanya berpindah atas nama saya sahaja…Sebelum 1st owner meninggal,dah
    diberitahu rumah akan berpindah milik kepada saya…dan arwah sedia berkerjasama dan disaksikan oleh 2nd owner..keluarga kepada
    arwah pun bersedia membantu…cuma ingin sangat tahu bagaimana caranya?apakah perlu ke pejabat agama?

    Tolong Bantu saya

    Reply
    • Rahimi hassan

      January 8, 2016, 11:02 am

      Saya ada jual rumah, loyer kata semua documen dah beri pada loyer bank, masalah sekarang 1 bulan dah berlalu, masih belom ada apa2 pembayaran, soalannya…berapa lama loyer bank pegang dokumen tersebut sebelum menyerahkan kepada bank pembeli..

      Reply
  • hafizzah mat saad

    August 19, 2013, 7:42 am

    saya dapat rumah mesra dari tanah yang diberi kebenaran oleh tuan tanah iaitu bapa saya bagi membina rumah tanpa ditukar nama. masalah saya sekarang adik beradik saya berebut untuk mendapatkan tanah yang saya duduki. soalan saya bolehkan saya ingin membuat permohonan pecah tanah tetapi geran masih pada bank???dan berapa kos yang diperlukan untuk pecah tanah.

    Reply
  • sahha abdul

    August 24, 2013, 4:35 pm

    Salam, boleh kah saya nk jual rumah saya (loankerajaan) kepada isteri saya (dia nk buat loan bank).

    Reply
  • sahha abdul

    August 24, 2013, 4:36 pm

    Baki hutang loan kerajaan masih banyak lagi. Baru 3 tahun beli. Saya sanggup jual kepadanya melalui snp baru.

    Reply
  • safar

    September 3, 2013, 8:28 am

    saya ada buat perjanjian dgn ejen rumah FB team management dan status companynyer adalah tidak berdaftar dibawah http://www.lppeh.gov.my….tapi saya pernah melawat rumah yg hendak dibeli dgn ejen tersebut…mmg sy sgt berminat dgn rumah tersebut….patutkah saya teruskan jualbeli ngn ejen tersebut….pls need opinion/advise…

    Reply
    • Nasrul Hanis

      September 5, 2013, 1:16 pm

      Pada saya sebagai perunding hartanah berdaftar, prosedur jual beli dengan mana-mana pihak yang menguruskan jual beli hartanah yang tidak berdaftar ada risikonya dan saya tidak menggalakkannya.

      Namun sebagai pihak pembeli, sekiranya en safar benar-benar berminat dengan rumah tersebut dan tak ada lagi hartanah lain dalam masa terdekat.. dan encik perlu beli rumah segera.. kaji dahulu segala kemungkinan dan rujuk pada peguam untuk memastikan tiada masalah yang boleh menyebabkan kerugian di kemudian hari.

      Semoga urusan encik dimudahkan.. InsyaAllah. Amin ūüôā

      Reply
      • noraini ismail

        October 30, 2013, 6:31 am

        Salam sejahtera kepada semua,. maaf jika menggangu ruangan ini. Just nak bagi pandangan. saya adalah antara ribuan agent hartanah yang berregister dengan agensi hartanah. Pengalaman saya dalam bidang real estate ni, saya melihat masih ramai lagi di luar sana tidak tahu proses penjualan rumah yang betul. saya Pernah mendapat pembeli yang ditipu oleh agent, duit deposit hangus (sedangkan perlu dapat balik) dan sebagainya. kes penjualan jual beli rumah ni, kalau silap gaya boleh masuk court juga,.. berhati-hati dalam proses penjualan dan pembelian rumah, seeloknya lantiklah agent yang berdaftar supaya memudahkan urusan di kemudian hari..

        Reply
        • HAIRIL

          May 20, 2014, 2:44 am

          As salam..Pn. Noraini
          saya hairil…
          Boleh tahu macamana proses yang betul untuk jual rumah…boleh bantu

          Reply
  • syamsul

    September 13, 2013, 4:12 am

    saya ingin membeli rumah lot banglo area serendah.leashold 4000 sqt.masalahnya market value hanya rm160k tapi penjual ingin menjual harga rm315 k itu pun selepas diminta kurang.apa yg perlu dilakukan.

    Reply
    • irfansyafwan

      February 9, 2015, 7:07 am

      kalau en syamsul still nak tanah lot tersebut boleh la bayar kat owner..nasihat saya carilah yang lain..kite sbagai buyer kadang2 kene paham perasaan owner (seolah2 kite owner)beli properties nak jual msti nak untung..tapi kalau owner nak untng besar,abaikan sahaja..kecuali da memang xda tnah tsbut boleh la byar..tpi klau buat loan ngn bank..bank hnya bagi loan MV shj,slbihnye buyer byar undertable..

      kite cume boleh nego/pujuk owner untk krangkan harga,tapi nak paksa die memang xbleh dsbabkan harta tsbut dia yang punya..BARANG AWAK,HAK AWAK..

      Reply
  • luna

    September 17, 2013, 3:33 pm

    salam. sy nk tanya sekiranya sy tidak melantik agen utk jual rumah, bolehkah sy minta booking kepada pembeli?
    Boleh beri contoh surat yg sy perlu sediakan utk deposit tersebut? tq

    Reply
    • Naz

      July 19, 2014, 4:28 pm

      Dari segi undang2. Hanya agen berdaftar dan lawyer sahaja yg boleh pegang deposit pembeli. Jika nak jual rumah tanpa agen cik boleh bagi snp COPY pada pembeli untuk apply loan . Tak perlu ambil booking dari pembeli lagi. Boleh tulis surat intent letter yg dalamnya terkandung harga yg dipersetujui. Tapi dalam tu kena tulis surat tu untuk tujuan loan sahaja.

      Selepas loan approve terus attend lawyer untuk prepared spa. And lebih bagus lawyer pegang dulu duit 10% tu sampai secure time lawyer akan bagi pada penjual selepas confirm property tersebut tak Bermasaalah .

      Reply
  • azman

    September 19, 2013, 2:07 pm

    Salam sejahtera. Nak tanya, saya ada membeli sebuah rumah di kawasan salak tinggi/dengkil. Rumah still under construction, jadi soalan saya macam mana saya nk jual rumah tersebut? Saya terpaksa menjual rumah tersebut atas sebab2 tertentu. Harap dapat membantu. Tq.

    Reply
  • Noor Aishah Ayub

    September 23, 2013, 5:10 am

    Tuan, saya ada kemusykilan saya mahu tanya selalunya peguam yang menguruskan penjualan rumah akan mengenakan sebanyak berapa persent dari kos jualan bersih atau dah ditolak dengan loan yang masih ada contohnmya:

    harga rumah dijual RM450k, tolak loan yang masih ada RM80k
    Baki bersih rm370k, berapakah kos persent adakah sebanyak 1% atau 2%

    Reply
  • zatu

    October 11, 2013, 6:09 am

    status pembelian rumah sy skg ni, lawyer snp tugaskan kami dptkan surat developer..tuan rumah xd duit nk byr rm1800++ utk kuarkan surat developer. jika sy buat pembayaran utk keluarkan surat developer (guna dr baki 4k utk dibayar pd owner)biasanya brp lama tempoh untuk menunggu lg?

    Reply
    • Naz

      July 19, 2014, 2:49 pm

      Sepatutnya lawyer uruskan untuk dapatkan surat ni. Bukan tugas pembeli untuk dapatkan letter confirmation tu. Tapi penjual. Lawyer perlu buat arahan pada owner untuk bayar duit tu. Boleh bincang dengan lawyer untuk guna baki deposit untuk Settle duit yg devaloper Mintak tu. Lepas bayar duit tu devaloper akan keluarkan surat letter confirmation. Then next step jika ada concent pejabat tanah perlu concent tu dulu sebelum efectif SNP. Jika owner masih tak nak bayar pada devaloper rm1800 maka boleh terbatal spa jika gagal dapat surat tu (deposit akan dikembalikan pada pembeli) what ever please refer pada SPA

      Reply
      • Naz

        July 19, 2014, 10:14 pm

        Sory, ada pembetulan sikit dlm proses ni. Actualy biasanya lawyer tu boleh apply kan letter confirmation tu pada pemaju semasa dalam proses lepas sign spa. (Untuk proses ni akan ada caj pada penjual selepas siap urusan jual beli ni)

        Prosesnya macam ni, mula andaikan awak dah bayar 2% earnest deposit pada agen dan submit loan. Bila loan approve attend lawyer untuk prepared Spa. Masa hari sign SPA AWAK bayar 8% balance downpayment melalui lawyer dan lawyer tu boleh hold dulu duit tu sebagai stalkholder . Duit tu hanya akan direlease pada penjual setelah dapat letter confirmation dari devaloper. So bila dah dapat surat dari devaloper maka lawyer boleh release duit tu pada penjual. Dalam masa 14hari penjual perlu bayar duit rm1800 tu pada devaloper (ini perlu ditulis dalam spa tu) . Sebab rumah tu tak melibatkan liquidator atau masaalah besar maka lawyer mungkin tak letak kan syarat efective date bermula dari tarikh dpt letter confirmation tu. (So effectif date nya mungkin start dari tarikh setem snp dimatikan. Dalam tempoh untuk dapatkan letter confirmation tu lawyer boleh letak syarat jika penjual gagal dapat letter confirmation dari pemaju dalam masa 14hari OR sebulan OR 3bulan, maka pembeli atau penjual boleh batalkan perjanjian dan duit deposit akan full refund pada pembeli. (Tapi ini semua kena jelas tertulis dalam Spa.) sebagai pembeli dan penjual, mereka berhak mendapatkan draf spa terlebih dahulu untuk dibaca. Boleh samaada suruh lawyer emeil draf tersebut atau ambil sendiri untuk masing baca dan fahamkan dan boleh buat perbetulan spa tersebut jika dirasakan tidak sesuai.Jika tak faham boleh minta lawyer explain balik.. Then set satu hari untuk tandatangani spa tersebut.

        Reply
  • adek wahab

    November 1, 2013, 4:27 pm

    Biasanya berapa lama duit baki jualan rumah saya lepas bank buyer keluar cek ttup hutang di bank yg sy buat loan…?

    Reply
  • mohamad najib

    November 6, 2013, 4:57 am

    Sy nak jual rumah area tMN universiti skudai johor… rumah berhadapan jalan besar, bersebelahan dgn masjid taman universiti.. rumah low cost single storey 2bilik…. boleh tolong sy check kan market price x utk rumah ni?.. tq

    Reply
    • zanita hamid

      June 20, 2016, 4:18 am

      Asalamualaikum
      saya telah menjual rumah
      persoalan nyer adakah lawyer yg dilantik kena fail kan ke LHDN untuk mengelakan cukai dikena kan keatas saya .sbb rumah yg sy jual sudah melebihi dari 5 tahun

      Reply
  • nabawi

    November 8, 2013, 11:31 pm

    assalamualaikum..
    Minta pendapat rakan2 sekalian… sy ada membeli rumah full-loan yang belum siap di pulau indah pada tahun 2008 dan rumah tersebut sepatutnye siap pada Nov 2010 seperti di dalam surat jual beli rumah. tetapi sehingga kini Nov 2013 masih tidak siap.. bayaran loan sudah mula dibayar secara penuh pada Nov 2010 sehingga hari ini..

    1) Mengikut surat jual beli.. sy terbaca ada mengatakan bahawa sy berhak mendapat gantirugi atas kelewatan pemaju menyerahkan kunci rumah tersebut ianya dikira mengikut berapa hari lewat siap.. masalah sy adalah.. bagaimana utk sy mendapatkan gantirugi tersebut..

    sy telah berjumpa dengan pemaju.. pemaju hanya mahu membayar gantirugi sebanyak rm5k sahaja..sedangkan dalam surat peguam tertulis

    1. Tarikh S&P ditandatangani (Bayaran 10% deposit) 1 jan 2008
    2. Tarikh serahan sepatutnya dalam S&P 1 ogos 2010
    3. Tarikh serahan sebenar Milikan Kosong oleh Pemaju 1 Nov 2010
    * (Kiraan hari lewat. kalau kire dari 1 Nov 2010 – 1 Nov 2013 = 790hari lewat)

    Pengiraan Kelewatan Serahan Milikan Kosong :-
    = 10 % x (Harga Rumah) x (Bilangan Hari Kelewatan) / 365
    Hari
    = 10% x RM 140,000 x 790 hari / 365 hari
    = RM 30301.36
    Pengiraan Kelewatan COMMON FACILITY (KEMUDAHAN MASYARAKAT)
    :-
    = 10 % x (20% daripada Harga Rumah) x (Bilangan Hari
    Kelewatan) / 365 Hari
    = 10% x (RM 28,000) x 790 hari / 365 hari
    = RM 6060.27
    Lain-lain kos yang difikirkan sesuai :-
    a) Kos Penginapan/ Lojing & Pengangkutan (Tol, Petrol &
    Parking)= RM 100.00
    b) Kos Pemfailan & Perhubungan dan lain-lain = RM 30.00

    semua ni kite boleh claim jugak ke kt pemaju?

    2) berapa tuntutan gantirugi yang boleh sy buat dan bagaimana untuk saya mendapatkan gantirugi tersebut? lokasi rumah di pulau indah, pelabuhan klang, selangor.

    3) apa yang perlu sy buat, perlukah melantik peguam baru, atau gune peguam lama? berapa lame masa yang diambil utk mendapatkan gantirugi tersebut?

    Reply
  • farid

    November 11, 2013, 6:22 am

    Assalam..

    Sy bru beli rumah lelong bulan novmber tahun lepas n start bayar ansuran bulan febuari tahun ni, tp owner lame xnk kluar n die nk beli blik rumah tu..
    1-adekah proses jualbeli same mcm rumah bukan lelong
    2-klau sy letak harge rumah bukan harge semase n pembeli setuju, adkh bank boleh lluskan..ktekn market price 260k tp sy jual 290k..
    3-lame x proses jualbeli ni smpai sy dapat semua baki y spatutnya sy dpt, sb sy nk beli rumah lain scepat mgkin..

    Mntak pndapat otai2, trime kasih

    Reply
    • Naz

      July 19, 2014, 2:00 pm

      Macam mana owner lama nak beli balik rumah tu. Sedangkan ada mesti ada masaalah kewangan atau bankrup ,blacklist atau apa. Jika awak jual pada dia, awak akan dikenakan cukai ckht/rpgt nanti. Tapi klu masih nak jual pada dia atau Wife dia, awak boleh pilih pengecualian cukai sekali seumur hidup . Tapi syarat nya ada lah pemilikan sekurang-kurangnya 6bulan degan bukti bill utiliti 6bulan yg bukan pada tahap bill penggunaan minima.

      Reply
    • Naz

      July 19, 2014, 2:04 pm

      Jika owner asal tak nak pindah keluar juga, last penyelesaian ialah dapatkan surat perintah mahkamah untuk kosongkan rumah tu. But makan masa juga untuk dapat surat tu. Refer pada lawyer.

      Reply
  • Idayu

    November 19, 2013, 8:14 am

    As Salam..

    Bagaimana cara kira late charges 8 % per annum yang ada dinyatakan dalam SAP tu? please help. let say harga baki yg belum dilunaskan RM315000. kalau dah pyment dah due dr completion date, lambat 95 hari.
    TQ

    Reply
    • Naz

      July 19, 2014, 2:32 pm

      Bergantung pada effectif data yg tertulis dlm spa. Klu perlu concent pejabat tanah makan effectif date lepas 3 bulan . 3= tempoh untuk dapatkan concent . Dah dapat kelulusan pejabat tanah . Spa effectif dan 3bulan tu proses untuk Settle full payment.. Jika belum Settle juga maka automatik + 1month lagi (1month ni dah ada interest 8%per annum dikira dari 90% baki yg belum bayar . Perkiraan adalah secara harian. Sebelum lawyer loan pembeli releasekan duit 90% pada lawyer snp ni , lawyer loan akan minta bukti pembeli Settle bayaran 10% downpayment include penalty interest yg pembeli kena bayar . (Kalau tak lawyer loan takkan disbush duit ke lawyer snp. Lawyer kena ikut garis panduan yg ditetapkan.

      Reply
  • nadzri

    November 21, 2013, 4:15 am

    Asbsalam saya dah jual rumah bayaran deposit telah dapat.bayaran utk agent dan lawyer semua dah.setleakaun pimjam pun dah tutup.sy tanya.lawyer bila.dpat payment dr bank.lawyer bgantung pad bank hantar surat ke land utk tukar nma.le.wner baru.berapa lama temp9h bank nak bayar payment kepada saya

    Reply
  • badrul

    November 27, 2013, 9:35 am

    Salam semua,

    Sekadar bertanya, saya ingin membeli apartment (dah sign s&p). masalahnya rumah tu start develop dri tahun 2002 tpi bru siap then baru dapat CF oct 2013. owner rumah nak jual tapi developer pulak dah bankrupt. so saya still boleh beli ke rumah tu?ada suggest mana bank yang boleh bagi loan? rumah still master tittle

    mintak tolong sangat

    Reply
    • Naz

      July 19, 2014, 12:32 am

      Ada. Bank cimb and public bank. But tengok kawasan kot. Loan sye pun dah approve juga. Devaloper dah bankrup..pemilik tanah pun baru bangkrup. So kena owner kene dpt confirmation letter dari liquidator dengan mengikut arahan yg ditetapkan. (Akan ada caj pada owner nanti. Lepas je dapat confirmation letter owner kena Settle bayaran pada liquidator dlm masa 14hari ) walau pun dan sign spa lebih awal.Spa tu hanya akan efective pada tarikh letter confirmation tu) jika ada bayar downpayment 10% dan dah sign spa, lawyer pembeli/penjual berhak pegang dulu duit tu as stalkholder pihak owner. Downpayment tu akan direlease lepas dapat surat confirmation.) spa boleh terbatal jika letter confirmation gagal diperolehi. Dan duit downpayment akan dikembalikan pada pembeli.

      Reply
      • Su

        November 19, 2014, 12:21 pm

        Assalamualaikum En. Naz,
        Saya nk bertanya dan penjelasan masalah saya ini. Loan suami dh approved. Tp, masalah skrg ni developer tak dpt dikesan. Lawyer owner dan lawyer sya dh cuba utk cari developer tu. Bila check, belum lg bankrap. Masih ada dan dh tukar managemnt baru tp mcm tak nk bg kerjasama. Selalu reject call dan tak bls sms. Masalahnya, rumah yg nk dibeli ni 848sqt tp dlm s&p owner dgn bank 820sqt. So, kira ada dua masalah kat sini. Boleh ke saya dan suami proceed beli rumah ni? Mohon bantuan, terima kasih.

        Reply
        • Naz

          May 15, 2015, 2:29 pm

          Mcm pernah terdengar kes mcm nie..susah juga klu devaloper nie tak dpt dikesan…pihak management pun kadang2 memang tak tahu apa2 maklumat ,,apatah lagi kalau yg baru ambil alih…Maybe awak sendiri boleh cuba pergi ke ssm ..try lah dapat kan maklumat pasal devaloper tu kat pejabat ssm tu,,,klu tak sikap kena bayar rm10 kot..lawyer sye dulu mcm pernah bagitahu sye dulu..entah file apa yg dia nak cari.passl surat devaloper ..merata tempat tanya …last2 dapat jumpa bila upah runner buat carian kat ssm…awk try lah sendiri pergi sana…tak perlu tunggu lawyer tu…risau gak kot dpt lawyer yg jenis cincai..
          Klu pasal keluasan rumah tu…yg dalam snp owner pertama tu lah yg dikira betul…

          Reply
  • Maya

    December 6, 2013, 5:20 am

    Assalamualaikum,

    Encik Nasrul, usually berapa lama bank ambil untuk approve pinjaman pembeli rumah. Saya menjual rumah kepada anak dengan baki tunggakkan rumah 25k. Everytime anak saya call mesti dalam proses. Tak tahulah sama ada “proses” itu bermaksud anak saya berkelayakan ke tidak atau urusan itu sedang diproses. Nak perlukan duit sesgtlah ni.

    Reply
  • puan yati

    December 8, 2013, 5:51 am

    Suami saya ada rumah sebuah di pasir genda klntan yg d beli pd thn 2004 tp rmh tu tidak pernah di duduki… kmi bercadang nak jual rumah tersebut tp tak dpt urus sb kmi berada d sabah…apa yg perlu kmi buat?

    Reply
  • THILAGAVATHY

    December 27, 2013, 5:51 am

    Saya yang bernama seperti di atas mempunyai sebuah rumah yang dimiliki oleh suami saya tetapi rumah itu tidak kami duduki dan kami bercadang ingin menjual rumah tersebut. Harga pasaran sekarang rumah tersebut adalah RM100,000.00. Saya ingin menjual rumah tersebut tetapi penjual yang ingin membeli rumah perlulah membuat renovation sendiri. Harga rumah boleh dirunding dan kedudukan kami adalah di ipoh, perak.

    Reply
  • kyroJB

    December 27, 2013, 5:50 pm

    bolehkah saya menjual rumah low cost saya? apakah yg saya patot buat jika sudah ade pembeli?

    Reply
    • Nasrul Hanis

      January 8, 2014, 6:24 pm

      Penjualan bergantung kepada hartanah yang ingin dijual.

      Sekiranya sudah ada pembeli namun masih tertanya-tanya mengenai prosedur dan maklumat berkaitan jual beli, boleh menghubungi mana-mana ejen hartanah untuk bantuan.

      Reply
    • Naz

      July 19, 2014, 8:50 am

      Rumah low cost boleh dijual. Tapi pembeli baru kena menepati syarat kelayakan membeli rumah tersebut mengikut negeri. Kriteria untuk pembeli baru ada lah, jika kerja sendiri tak layak beli low cost. Jika kerja makan gaji, gaji mesti ada takat maximumnya

      Reply
  • norasikin

    January 4, 2014, 11:07 pm

    Saya jual rumah, s&p sign 13.10.2012, sekarang sudah 5.1.2014, proses tak selesai lagi,1 tahun 2 bulan

    Reply
  • norasikin

    January 4, 2014, 11:08 pm

    Saya jual rumah, s&p sign 13.10.2012, sekarang sudah 5.1.2014, proses tak selesai lagi,1 tahun 2 bulan , bole tak saya saman lawyer dgn agen sbb tak mengikut perjanjian

    Reply
    • Nasrul Hanis

      January 8, 2014, 6:41 pm

      Terima kasih atas soalan.

      Pandangan saya, sekiranya berlaku kelewatan dalam prosedur jualan rumah:

      Refer kepada ejen & lawyer mengapa kelewatan tersebut berlaku. Kadangkala masalah hanya diketahui ketika prosedur berjalan in term of masalah pada hartanah tersebut, proses disbursement & sebagainya.

      Sekiranya tiada respon langsung dari lawyer atau ejen, saya nasihatkan bertemu (bersama dokumen) dengan mana-mana peguam untuk nasihat & langkah seterusnya.

      Reply
    • Naz

      July 19, 2014, 2:36 pm

      Contact lawyer anda. Better minta penjelasan detail . Tanya di mana tersangkut proses tu. Lebih baik anda datang ke office lawyer berbincang terperinci. Tengok bagaimana complecated masaalah awak sekarang

      Reply
  • Kak ita

    January 21, 2014, 3:01 pm

    Salam, saya dan suami telah menjual rumah yg sdg kami duduki. Diringkaskan cerita, pembeli telah mengarahkan kami utk keluar dari rumah kerana loan mereka sudah approve dan hakmilik telah bertukar nama kpd pembeli. Masalahnya, kami sbg penjual masih belum mendapat bayaran baki sebyk 90% lagi dari perbendaharaan malaysia. Saya dan suami telah dinasihatkan oleh seorg yg pernah mengalami masalah hampir sama utk tidak keluar dari rumah sehingga selesai bayaran dilakukan. Di samping itu juga, kami disuruh membayar sewa selepas rumah bertukar nama mereka. So, sebenarnya apakah yg patut pembeli dan penjual lakukan jika keadaan ini berlaku, dari segi hukum islam dan undang2 dunia.? Mohon pencerahan dari pihak tuan. Terima kasih.

    Reply
    • Naz

      July 19, 2014, 8:55 am

      Boleh tengok terma dan syarat yg terkandung dlm snp. Klu ikut prosedur, dah dapat baki full settlement penjual bagi kunci pada pembeli..

      Reply
  • Nor Aini

    January 23, 2014, 3:21 am

    Salam, saya dalam process membeli rumah berharga RM230k.. brapekah lawyer fee yang harus saya tanggung untuk settle semua process jualbeli. Dan apa kos yang harus penjual tanggung diatas penjualan rumah tersebut kerana rumah tersebut masih dlm pembiayaan loan kerajaan dan rumah tersebut telah melebihi 10 usia rumah.Ada kah penjual kena bayar kos untuk penukaran geran tanah. Berapakah Discharge of Charge dan Confirmation of letter yang harus penjual bayar. Terima kasih atas maklumbalas.

    Reply
    • Naz

      July 20, 2014, 1:22 am

      Caj untuk dapat confirmation letter ni di luar kawalan mana2 lawyer atau agent. Mereka pun tak tahu. Hanya devaloper atau liquidator sahaja yg tahu. Lebih baik anda hubungi dan bertanya pemaju sebelum buat proses jual rumah. Nanti mereka akan bagi tahu.

      Cost penjual memang ada tapi tak semahal kos pembeli jika penjual tak lantik lawyer, tetap ada kos yg dikenakan tapi kos lebih rendah dari pembeli, antara kos nya adalah dlm proses lawyer snp pembeli dapatkan letter confirmation, kos pelepasan gadaian bank, semua tu melibatkan document fee. Kos penukaran geran tanah tu akan dicaj dari pembeli. Melain kan jika geran individu atau strata title yg dah keluar tapi belum ada nama anda dalam nya, maka direct tranfer tak boleh dilakukan dan akan ada kos lagi kat situ.

      Untuk loan anda dengan bank anda kena tengok jenis plan loan anda. Islamic pun ada bayak jenis . Ada jenis yg bank dah siap kira keuntungan yg dia nak (jenis yg ada harga siling rate) .kalau concent conventional senang sikit kira. Anda boleh tengok baki prinsipal loan anda, baki prinsipal tulah status hutang anda sekarang. Sekarang islamic loan ada consep yg menepati syariah but lebih kurang sama dengan conventional tapi tak ada siling rate. But anda boleh tahu prinsipal loan anda. Concept baru yg sya maksudkan ada lah konsep musharakah mutanaqisah .public bank ada offer ni = home equity financing i . (Konsep loan jenis ni sangat melindungi peminjam sekiranya rumah yg dibeli masih dalam proses pembinaan. Sebab sekiranya pemaju bankrup atau lari, terbengkalalai, peminjam boleh cancel pembelian. Berbanding pinjaman jenis lain include conventional, anda akan terpaksa membeli rumah tersebut walaupun rumah terbengkalai. Konsep jenis ini juga akan mengambil masa sekiranya anda Bermasaalah dalam bayaran rumah tersebut. (Akan ambil masa untuk lelong rumah tersebut)

      Konsepnya adalah berdasarkan pegangan syer .syer anda 10% dan syer bank 90% dalam tempoh tertentu anda beli syer bank. Dalam masa yg sama consep ijazah atau sewa dipraktikkan yg mana anda dikira bayar sewa rumah tersebut pada bank . Sewa tersebut adalah berdasarkan nilai bfr = blr yg ditetapkan BNM.

      Macam pbank offer (redraw facility) maksud nya jika anda perlukan duit dalam tempoh tertentu anda boleh apply untuk buat redra

      Reply
  • hilmi

    January 23, 2014, 4:40 am

    Salam en. nak bertanya, mcmna jika saya hendakan mendapatkan lesen individu utk menjadi ejen hartanah tanpa bergantong pd mana2 syarikat?

    Reply
  • idawati

    January 23, 2014, 6:40 am

    nk jual tanah 2 ekar

    Reply
  • Zul

    February 4, 2014, 3:59 am

    Salam,

    Saya ingin cari pembeli dan agen untuk jual rumah under construction di Bandar Dato’ Onn, Johor. Rumah jenis teres 22×70 intermediate di Perjiranan 12. Rumah dijangka siap pada Ogos 2015.

    Sebenarnya saya sendiri tak pasti adakah boleh untuk jual rumah under construction. Boleh sesiapa yg arif tolong jelaskan?

    Reply
    • amy

      September 1, 2015, 6:59 am

      salam En zul dah jualkan ke rumah under construction tu? Sebab sy pun dalam planning nak menjual rmh sy yg dlm construction lg.

      Reply
  • aladin

    February 6, 2014, 5:05 am

    salam En. saya nak jual rumah di kota masai (rumah kos sederhana rendah) tahun 1997 dah tak ada hutang dengan bank lagi. tapi hak milik semetara lagi (tak tukar nama lagi). saya nak jual pada anak . macam mana cara nya.

    Reply
  • kilip bajin

    February 13, 2014, 5:08 am

    Saya bercadang untuk jual apertman saya di permai jaya, sandakan tapi tidak tau prosedur
    Menjual rumah. Mohon bantuan info apa yg perlu saya buat. Terimakasih

    Reply
  • Shasha

    February 18, 2014, 4:20 am

    saya adalah seorang berketurunan india muslim(Asal Islam),adakah saya layak membeli rumah bumi lot?
    saya ada persoalan, jika loan dah approved tapi saya tidak layak memiliki rumah bumi lot. bolehkah saya cancel loan saya itu? atau Bank tidak akan approve jika bumi lot kepada non bumi lot.

    Reply
  • jeni

    March 7, 2014, 2:28 pm

    saya nak beli rumah berstatus leasehold dan pembelian secara tunai. Boleh ka kalau saya tidak melantik peguam. bagaimana dengan urusan tukarnama milik hartanh. boleh kah saya lakukan sendiri.

    Reply
    • Naz

      July 19, 2014, 8:57 am

      Walaupun pembelian secara tunai. Tetap kena lantik lawyer dalam urusan sale and purchased. Urusan rumah sangat complecated. Melihatkan lhdn, devaloper dan mcm macam lagi.

      Reply
    • Naz

      July 19, 2014, 9:10 am

      Jika beli rumah melalui cash.. Hanya melihatkan upah lawyer Snp. Kos tak semahal beli rumah secara loan bank

      Reply
  • Mohd Shah

    March 12, 2014, 7:56 am

    Saya sedang dalam urusan membeli rumah (2nd), Perjanjian jualbeli (S&P) telah ditandatangani oleh penjual dan pembeli melalui Peguam, tiba tiba penjual tak jadi untuk menjualnya. Apa yang perlu saya lakukan,,,, siapakah yang membatalkan S&P itu, keuntungan dan kerugian di pihak mana dan lain lain lagi…. Mohon nasihat Tuan, Tkasih.

    Reply
    • Naz

      July 19, 2014, 9:05 am

      Refer pada SPA yg telah ditandatangani. Dalam tu dah tertulis term and condition yg penting. Walaupun spa dah ditandatangani tapi spa tersebut ada tarikh efektif nya juga tak semestinya mengikut tarikh setem dimatikan atau tarikh kedua2 pihak tandatangani. Selepas Tarikh SPA dikira efektif , jika salah satu pihak tarik diri kena bayar ganti rugi. Dlm kes anda ni, klu tarikh spa dikira efektif and anda dah bayar 10% deposit, deposit tersebut perlu dikembalikan beserta dengan gantirugi 10% . So penjual kena bayar 20%. But kena refer Spa yg ditandatangani.

      Reply
  • hisham

    April 22, 2014, 9:02 am

    saya nak jual rumah di taman munsyi ibrahim johor..rumah 2tingkat low kos..ade sesape berminat?..call 019-7050955

    Reply
  • Lokman

    April 25, 2014, 3:55 pm

    Tuan,

    Adakah boleh jika sebuah rumah yang baru dibayar 10% deposit dijual kembali kepada orang lain sebelum bayaran 90% dilangsaikan.

    Jika boleh apakah prosedur yang perlu diikuti.

    Terima kasih

    Reply
    • Naz

      July 19, 2014, 9:13 am

      Selagi proses jual beli belum complete, tak boleh jual pada org lain. After complete dan sah jadi milik ada baru boleh jual pada orang lain. Then rumah yg dijual tidak lebih 5thn tertakluk CKHT

      Reply
  • roziah

    May 15, 2014, 4:54 am

    Maaf saya nak tanya saya telah memiliki sebuah rumah kos murah RM25 K,,, geran diatas nama saya dan suami s,,persoalananya boleh kah saya membeli rumah lain yang berharga RM50K,,,,

    Reply
    • Naz

      July 19, 2014, 9:14 am

      Tak ada masaalah

      Reply
  • krymed

    June 6, 2014, 3:14 am

    boleh

    Reply
  • che azizun

    June 25, 2014, 1:04 pm

    saya mahu jual rumah di Labok Machang Kelantan….boleh tolong cari pembeli

    Reply
  • Yang Pening Jalani

    July 11, 2014, 6:30 pm

    Saya sedang mengalami masalah dari pihak insolvensi disebabkan saya jadi penjamin kepada keluarga diatas pembelian kereta berjumlah rm50k termasuk interest bank.disebabkan itu nama saya telah disenarai hitam oleh pihak bank.oleh sebab saya ingin jelaskan segera hutang bank, saya mengambil keputusan untuk menjual rumah saya di Taman Scientex Kulai Johor.lokasi rumah saya berdekatan dengan lebuhraya dan beberapa pusat membeli belah.Harga asal beli rumah berharga rm150k.soalannya:-

    -adakah ia berbaloi sekiranya saya menjual harga rm250k?
    -adakah rumah saya masih boleh dijual walaupun nama saya telah disenarai hitam dari pihak insolvensi?
    -apa perlu saya buat sekiranya rumah itu tidak boleh dijual?adakah saya perlu meneruskan bayaran rumah pada pihak bank?

    Yang pening,Jalani.

    Reply
    • Naz

      July 19, 2014, 2:21 pm

      Kalau rumah tu masih ada hutang bank, dan anda diistiharkan bankrup. Segala account bank anda akan dibekukan. Termasuk account loan rumah, time tu jika anda buat monthly payment rumah pun tak akan masuk ke account tu, ibarat anda tak bayar loan rumah. Lebih baik segera Settle masaalah tu, rujuk pihak insolvensi segera untuk Settle hutang tu, jika anda belum diistihar bankrup, dan dalam prosiding bankrup (proses jual rumah akan terganggu kerana dalam ctos akan keluar status anda time tu). Buat masa sekarang anda kena chek status ctos anda. Boleh buat self cek kat internet online. Klu and dalam prosiding ke arah diistiharkan bankrup, maka dah tak sempat jual rumah tu…sila rujuk segera pihak insolvensi atau akpk ke, untuk cari jalan penyelesaian. Jangan dibiar begitu sahaja. Risau mengganggu loan rumah anda. Sbb ada case loan rumah terganggu . Duit instalment yg dibayar tak boleh masuk ke account, so bank ambil tindakan melelong. Term loan rumah tu juga kena tengok samaada concept islamit bayaran bulanan tetap jenis BBA. Concept tu akan membuatkan anda berhutang melebihi harga asal pembelian rumah. .

      Reply
  • Dzhul

    July 22, 2014, 6:50 am

    Saya nak tanya, Jika pemaju dah di declared bankrupt.Rumah berkenaan sudah 6 tahun. Strata title belum diperoleh melainkan deed of mutual. Saya ingin menjual rumah.masalah berlaku dipihak bank sukar lulus pinjaman pembeli baru diatas alasan developer bankrupt. Kepada siapa perlu saya semak untuk meneruskan urusniaga jual beli rumah ini.

    Reply
    • Naz

      July 28, 2014, 11:48 am

      Devaloper bankrup tak ada masaalah, bank boleh bagi loan, master title pun tak ada masaalah.tapi jika rumah tak dapat cf , tu kira masaalah besar. Bank akan tarik balik loan jika tak ada sijil layak duduk. Cuma rumah yg bankrup ni jika melibatkan goverment liquidator, case dia susah nak cakap lambat atau sangat lambat untuk dapat surat letter confirmation tu. Lawyer perlu kejar dan owner pun perlu kejar juga supaya mereka cepat sikit. But if private liquidator ,mereka ni cepat sikit buat kerja (kata lawyer saya)

      Reply
    • Naz

      August 21, 2014, 5:22 am

      Untuk meneruskan penjualan rumah yg bankrup.perkara pertama anda perlu hubungi pihak devaloper dulu, tanya pihak liquidasi mana yg ambil file kes untuk devaloper tu. Samaada gov OR private. Kekadand jawapan dari devaloper susah nak dapat sbb devaloper dah gulung tikar, so pergi ke JMB juga untuk tanya hal tersebut. Jika JMB pun tak tahu, cuma lawyer yg boleh buat carian (search) . Lepas dah jumpa pihak liquidator yg pegang ke tu . Kena dapatkan letter confirmation dri liquidator (akan ada caj kat situ) dan kena follow step2 OR surat2 penting yg liquidator nak.

      Reply
  • Naz

    July 28, 2014, 11:43 am

    Try apply loan dengan bank cimb dan public. Bank lain tak terima..hubungi pihak JMB ,,tanya nama liquidator yg ambil case file area situ.jika JMB tak tahu boleh call pejabat devaloper tanya, jika tak tahu juga kena appoint lawyer. Lawyer boleh buat carian.. Untuk jual rumah yg masih master title ni. Prosesnya just terhenti dengan document. Deed of asignment . Cuma bila loan pembeli dah approve, selepas sign snp, bank akan bagi date pada lawyer bank untuk serahkan document yg mereka nak, snp baru, sijil cf rumah, bill cukai tanah yg dibayar,agreement loang yg dah ditandatangani di pejabat llawyer, dan letter confirmation dari devaloper atau dari liquidator jika devaloper bankrup. (Jika tak bank tak terima document tersebut bank akan tarik balik loan pembeli)

    Reply
  • Naz

    July 28, 2014, 12:05 pm

    Untuk rumah yg masih master tittle. Strata title belum keluar. So lawyer pembeli akan buat deed of assigment document yg mengesahkan pembeli tersebut adalah pemilik baru yg berhak ke atas rumah tersebut. Walaupun proses terhenti di situ, bank akan disbush loan pembeli kepada lawyer snp, then lawyer akan bayar pada penjual. Then penjual serahkan kunci. Katakan dua tahun lepas tu rumah tu keluar strata title, maka pembeli kena appoint lawyer untuk dapatkan strata title, (then terpulang pada pemaju samaada setuju direct tranfer atau tidak, tapi lawyer boleh buat permohonan untuk buat direct TRANSFER)

    Reply
    • naquien

      February 24, 2015, 4:45 pm

      Salam. Saya ada satu masalah. Saya hendak menjual rumah saya di jb. Pembeli telah membayar 10% direct kpd saya dan saya telah menggunakannya kerana yakin rumah saya dapat dijual. Persoalannya sekarang, lawyer lama (semasa sy beli rumah tersebut) telah bankrap dan mereka telah pass segala dokumen pada lawyer lain. Masalah apabila bank sy ingin disburse duit saya tidak boleh kerana dokumen dari lawyer lama tidak dapat ditemui. Perkara ini telah berlanjutan dari bulan november 2014 hingga kini (feb 2015) dan pembeli saya telah marah dan melantik lawyer (sy tidak pasti samada dia ingin withdraw atau tindakan lain). Apakah tindakan yg harus saya lakukan kerana ini bukanla silap pihak saya. Bahkan sy puas mengejar lawyer lama tersebut? Harap dapat feedback dari soalan ini. Terima kasih.

      Reply
      • Naz

        February 25, 2015, 12:41 pm

        Document apa tu ya ? Status property tu mcm mana dah ada geran ke? Actualy awak dah tandatangan spa atau belum ya? Actualy klu berlaku masaalah yg macam tu, pembeli boleh tarik Balik sbb masaalah tu tetap dikira berpunca dari belah pihak penjual…dalam spa pun standart ada tulis term n condition macam nie..rumah yg sye baru beli haritu pun berlaku masalah lawyer lama susah nak cari balik document lama surat-surat penting …klu tak de surat tu memang proses jual beli tu jadi sangkut.sbb lawyer lama tak complete kan proses jual beli yg 2tahun dulu patut buat…kata lawyer sye nasib baik baru 2tahun beli owner dah jual klu tak maybe dia pun x boleh nak buat nak Settle proses jual beli tu…actualy memang ada kes mcm …deposit ambil…then sangkut tengah jalan…so klu berpunca dari belah pihak penjual, so pembeli boleh batalkan pembelian dan tuntut semula duit 10% tu..

        Reply
        • naquien

          February 25, 2015, 2:20 pm

          Salam..
          document penting tu ialah power of attorney. Lawyer dulu tak pernah langsung bg saya.
          Rumah tu masih master title. Sebab tu kena ada power of attorney tu..

          Reply
          • Naz

            February 26, 2015, 1:00 pm

            Surat power of attorney tu..sye pun tak dapat..sebab bank yg pegang as security document…surat tu pun lawyer bank yg apply kan …sye pun dah cek balik document chek list bank yg lawyer cc kat sye dulu…and untuk memang ada dlm cek list lawyer bank dah serahkan surat tu pada bank…tak tahulah kot kes umah awak nie berbeza,,,sbb setahu sye surat power attorney ni untuk make sure kan bank ada kuasa selagi duit hutang kita belum Settle ngan bank…

  • man

    August 4, 2014, 1:04 am

    salam,

    Macamne nak dapatkan agen hartanah berdaftar?saya nak jual tanah di sg sering ukay perdana keluasan 60×40 (leasehold) geran individu. Selalunya berapa fee penilai hartanah dikenakan? Mintak pendapat.

    Reply
    • Naz

      August 4, 2014, 1:55 pm

      Untuk tahu market value and boleh emeil atau whatsapp atau call penilai hartanah . Just buat evaluation dulu berapa harga maxima boleh bagi.. Then kalau nak lebih tepat lagi boleh suruh mereka keluarkan valuation report. If keluarkan valuation report caj lebih mahal rasanya,, so sye suggest kan buat evaluation dulu tanpa buat valuation report.. Dan yg paling penting kena bagitahu tujuan valuation tu untuk loan jenis bank mana, sebab setiap bank ada control piawaian harga.. Jangan buat valuation yg umum sbb nanti valuation report akan bagi harga yg tinggi , tapi akhirnya bila harga market value tersebut diguna untuk tujuan loan bank, akan jadi sangkut..untuk cek market value boleh lawati website jonathan lee & jaafar . Kat situ boleh dapat contact number org yg boleh cek databese market value

      Reply
      • man

        August 5, 2014, 2:11 am

        terima kasih atas info yg sgt berguna. Selamat Hari Raya

        Reply
  • Naz

    August 5, 2014, 9:58 am

    Sory silap taip. Bukan jonathan lee,, tapi jordan lee & jaafar. Web dia http://www.jlj.com.my .
    Lepas masuk web tu, boleh klik pada bahagian paling atas sebelah kanan perkataan “contact” , then klic Pulak perkataan “contact person”. Lepas tu akan keluarlah contact number person valuer yg boleh anda hubungi.

    Reply
  • sya

    August 13, 2014, 4:17 am

    salam,

    nak tanye kalo sy dah byr booking 10% and dah sign snp tp xjd beli rumah mcamane ye? coz sy bkenan nak beli rumah yg lain. adakah semua tu burn and ada apa2 bayaran lagi yg sy perlu bayar? atau ada cara lain yg dapat membantu sy?

    Reply
  • Naz

    August 13, 2014, 2:06 pm

    Kalau dah sign spa 10% memang akan burn . Baca lah document snp tu, jika salah satu pihak yg cancel kan . Pihak yg cancel kena bayar gantirugi.. Tapi jika kedua2 pihak gagal bersetuju , maka 10% tu kena pulangkan balik.. (Biasa nya dalam spa ada Point penting tu)

    Saye sendiri pun ada dalam proses beli rumah kedua sekarang. Dah sign snp, tapi spa yg sye sign tu dah tertulis akan efectif selepas dapat surat letter confirmation liquidator. Dalam tu juga tulis jika dalam masa 2bulan masih gagal dapatkan letter confirmation tu, salah satu pihak boleh cancel kan pembelian atau nak sambung lagi untuk tunggu surat tu keluar. Jika cancel peguam akan serahkan balik 10% pada pembeli. Sekarang lawyer tu bertindak sebagai pemegang taruhan iaitu pemegang duit 10% tu bagi pihak penjual. Jika confirmation letter dah dapat dari liquidator (pegawai penerima ) maka spa tarik effectif SPA bermula..dan lawyer akan bagi 10% pada penjual.
    Allhamdulillah dapat jumpa penjual yg baik hati dan sangat memahami. Lawyer sye bagi draf spa kepada owner lebih awal dan explain detail dulu pada penjual sebelum penjual bersetuju untuk sign spa tersebut sebab kes rumah tersebut agak complecated. Devaloper rumah tu tad bankrup sejak 2004, pemilik tanah baru je bankrup Mac 2014. Rumah masih master title lepas 20thn. Liquidator untuk pemilik tanah adalah private dam senang lawyer berurusan. Liquidator devaloper adalah melibatkan gov (pegawai penerima. ) sampai sekarang dah nak masuk sebulan dari tarikh sign spa, belum ada maklum balas lagi..lawyer ada bagitahu dia kena suruh penjual pergi ke pejabat pegawai penerima memandangkan belum ada jawapan .

    Reply
  • Naz

    August 13, 2014, 2:29 pm

    Sya, i think better u baca betul2 SPA tu dulu, then tanya lawyer u betul2 kesannya jika u cancelkan pembelian tu. Pada fikiran sye, jika awak cancel pembelian atas alasan berkenan rumah lain, penjual berhak tuntut gantirugi 10% (so downpayment burn semua) . Lagi jika loan awak dah approve, mesti awak kena cancelkan loan tu, dan bank akan kenakan sedikit caj . Dan awak juga kena bayar caj lawyer (setakat mana tahap servis lawyer yg awak dah guna)
    Jika awak cancel kan pembelian atas sebab sebab munasabah mcm ada kaveat ke, ada halangan pejabat tanah ke, halangan SUK ke, atau penjual bakal bankrup ke, maka duit tu boleh dapat full Balik.

    Memandangkan awak cakap awak dah sign Spa, so sye andaikan anda dah melepasi proses lulus pinjaman bank. Sebab biasanya spa ditandatangani lepas loan luluskan pinjaman. Standard prosedur bayar 2% earnest deposit (earnest deposit mesti diumumkan sebagai deposit dan bukan booking, jika booking duit tu boleh burn walaupun loan x approve, and boleh letakkan syarat “full refund deposit if loan not approve 90%”. sebab jika tak letak 90% , jika just letak ayat “full refund is loan not approve” maknanya jika loan anda lulus 70% OR 80% anda kena teruskan pembelian rumah tu atau hilang downpayment 2% tu. So after loan approve, maka tandatangani SPA Dan bagi pada lawyer 8% downpayment untuk lawyer serahkan pada penjual.

    Semasa deal berurusan dengan penjual mesti berbincang detail apa2 syarat apa persetujuan yg perlu. Agar tak timbul salah faham dimasa akan datang. Samaada dari segi harga, dari segi cara pembayaran yg dipersetujui dan macam2 lagi lah.

    Reply
  • kohmala

    August 15, 2014, 5:51 am

    Saya ingin bertanya berkenaan penjualan rumah .Saya ingin menjual rumah baru saya di Bandar Baru Sri Klebang dan ia adalah kurang daripada 2 tahun.Rumah baru yang baru dapat kunci.Saya dapat tahu bahawa perlu bayar real Property Gain Tax 30%.Boleh tak saya nak tahu berapa saya perlu bayar dan apa yang dimaksudkan 30%.Jika saya membeli rumah tersebut dengan harga 258000 dan market price kat sana rm330000 berapa saya perlu bayar ?mohon bantuan.

    Reply
    • Naz

      August 20, 2014, 12:51 am

      Kohmala, awak nanti bila pembeli upah lawyer utk beli rumah awak. Awak boleh decide samaada nak upah lawyer sendiri untuk mewakili awak atau hanya pembeli yg ambil lawyer. Jika hanya pembeli yg guna lawyer, awak boleh bagi tahu lawyer pembeli yg awak nak apply permohonan pengecualian cukai ckht.. (Just boleh guna sekali seumur hidup, dan anda yg tentukan bila nak guna) . Biasanya caj lawyer untuk urus ckht dlm rm200-300. Jika awak masih ada hutang ngan bank utk rumah tu. Nanti lawyer pembeli akan buat pelepasan gadaian bank utk awak, dah kos ini pun awak kena byr juga dlm 8ratus

      Reply
      • zarra

        February 9, 2016, 4:28 am

        Assalamualaikum En Naz.

        Pohon pendapat berkenaan proses penjualan rumah dan pohon sekiranya dpt private msg.. Bnyk soalan yg nak diutarakan. Tq

        Reply
    • Naz

      August 20, 2014, 6:41 am

      Kohmala, ada cara pengiraan untuk kira 30% cukai ckht tu.. Nak terangkan pun sye dah tak ingat.. Awak boleh search kat Google cara pengiraan ckht. Kalau awak tak nak suruh lawyer apply, awak nak apply sendiri kat lhdn pun boleh, tapi kena isi borang tu betul2. Awak pergi kat lhdn OR download borang kat lhdn. Borang ckht 1a, borang ckht 3 , dan borang lampiran permohonan cukai yg ada dlm borang ckht 1a kena isi..juga kena bagi kat lhdn bukti bill api air yg ada caj bukan tahap minima (Yg menunjukkan awak duduk disitu) . Semua document tu perlu di submit selepas stem snp dimatikan (submit dalam masa 60hqri atau kalau gagal kena denda)
      Borang ckht yg diisi perlu dibuat salinan dan diberi pada pembeli OR lawyer pembeli. (Jika tak bagi kena denda)
      Jika awak tak nak apply pengecualian tu, 2% dari 10% downpayment pendahuluan akan dipegang lawyer ,sbb lhdn dah tetap kan bayaran 2% tu jika tak ada pengecualian dibuat.
      Ckht 3 tu lah bukti bahawa awak sah kan awak apply pengecualian dan awak menghalang lawyer dari ambil 2% downpayment pembeli untuk diserahkan ke lhdn.
      Jika awak suruh lawyer proses ni, lebih senang rasanya. Kot tersalah isi borang nanti

      Reply
      • Naz

        August 20, 2014, 10:20 am

        Kohmala…rumah tu awak dapat kunci kan?. Salah satu syarat lhdn untuk mohon pengecualian ckht adalah. Mesti tinggal di rumah tersebut sekurang-kurangnya 6bulan dan dibuktikan dengan menghantar bil air/tnb 6bulan punya salinan ke lhdn. Bill tu tu pula mesti menunjukkan caj rm yg membuktikan ada org guna bil api air tu, klu bil just bil minima rm2 je tnb hantar. So tak leh apply pengecualian tu

        Reply
      • Naz

        August 21, 2014, 2:27 am

        PEMBETULAN AYAT ” borang ckht yg diisi perlu dibuat salinan dan diberi kepada pembeli OR lawyer pembeli. (Jika tak bagi kena denda)

        AYAT YG BETUL ” borang CKHT 3 yg diisi perlu dibuat salinan dan diberi kepada pembeli OR lawyer pembeli (jika tak kena denda)

        Reply
    • Naz

      August 20, 2014, 11:09 am

      Sye bru semak Balik. Cara kira ckht awak jika x dapat claim pengecualian.

      Rm330000-rm258000 = rm72000 (jumlah keuntungan ni belum sye buat penolakan kos renovation, kos lawyer masa awak beli rumah tu, jika ada boleh buat penolakan dengan bukti resit dihantar ke lhdn)

      (Lhdn bagi discount pengecualian individu rm10k OR 10% ,yg mana nilai lebih tinggi dari jumlah keuntungan)
      Discount = 10% x. Rm72000 = rm7200 (sebab rm10k lebih tinggi so discount awak boleh tuntut. Rm10k

      So keuntungan yg dikenakan cukai =. Rm72000-rm10k. = 62k

      So cukai yg awak kena bayar (sbb 2thn =30% rate semasa)
      = rm62000 x 30% = rm18600 (so lebih kurang ni lah ckht yg awak kena bayar.

      Reply
  • nazri

    August 18, 2014, 1:39 am

    Salam tuan..sy tertarik pada ruangan ini,saya dlm proses akhir menjual rumah,setelah proses pertukaran nama geran rumah selesaidi pejabat tanah oleh pihak lawyer ,berapakah jangkamasa pihak bank akan membayar baki pinjaman perumahan bagI pihak pembeli kepada lawyer s&p?

    Reply
    • Naz

      August 20, 2014, 1:49 pm

      Klu ikut kan dah tak lama lagi tu. Awak boleh pergi ke blog lawyer salsalim

      Reply
      • Naz

        August 20, 2014, 1:53 pm

        Awak boleh emeil. Pertanyaan pada lawyer tu OR awak boleh baca article thn 2010. Rasa nya dia ada tulis proses tu. Sangat bagus dah ikhlas lawyer tu.

        Reply
      • nazri

        September 2, 2014, 3:52 pm

        masih mnunggu final disburse dr bank..mggu lps buyer baru setel lwyer fees

        Reply
        • Naz

          September 3, 2014, 12:49 am

          Jemput lah datang ke blog sye. Baru start tulis .. Adikchiek.blogspot

          Reply
          • nazri

            September 3, 2014, 1:56 am

            tq..moga dpt info dr blog itu

    • Naz

      August 20, 2014, 1:55 pm

      Salsalim.blogspot dia mmg ikhlas berkongsi ilmu dan insyaalah dia akan reply emeil pertanyaan awk

      Reply
  • Naz

    August 20, 2014, 6:46 am

    Jemput lah dtg ke blog sye : adikchiek.blogspot. Saya baru start tulis blog mengenai pengalaman beli rumah pertama (baru part 1)
    Insyaalah sye akan ceritakan lebih detail bila sampai cerita rumah kedua yg dlm proses lawyer ni. Sye lebih bayak belajar dlm beli rumah kedua.. Sbb lawyer yg Handle rumah kedua ada lah org yg agak rapat dengan sye. Tunjuk ajar beliaudan dari sumber2 lain membuatkan sye lebih faham soal jual beli yg kadang kala merumitkan ni.. Tq

    Reply
  • Naz

    August 20, 2014, 6:48 am

    Pada saper2 yg nak jual rumah better hire tuan blogger hartanah disini..ni sye rasa. . Sebab jika jual beli melalui agen, biarlah agen yg baik dan boleh dipercayai

    Reply
    • Nasrul Hanis

      December 30, 2014, 4:08 pm

      Terima kasih atas recommendation, en Naz.

      InsyaAllah saya akan bantu sebaiknya untuk anda yang memerlukan belian/jualan/sewaan hartanah atau info2 terlibat ūüôā

      Reply
  • Naz

    August 20, 2014, 6:52 am

    Sye pun just tumpang lalu je kat sini, share my experiance setakat yg sye tahu, agar berguna untuk semua. (Sbb nak share pengetahuan tersebut, sye gagahi juga start tulis blog this week, walaupun tak pandai nak tulis ayat2 power dlm blog ni)

    Reply
  • azrin

    August 30, 2014, 7:32 am

    assalamualaikum,tumpang tanya,sya nk jual rumah yg sya beli di taman merbau indah,triang,pahang daerah bera,rumah bru siap dlm thn 2011,sya tak prnah duduk lagi di situ,boleh ke sya jual rumah trsebut mmandangkn sya masih lagi dlm potongan bulan2 rumah tu,blum habis bayar lagi (cntct no azrin-0173185645)
    ,

    Reply
  • husna

    August 30, 2014, 2:42 pm

    assalamualaikum… Tuan, saya dalam proses ingin menjual rumah di kuala kangsar di taman puncak boiganvilla.sekiranya saya menjual rumah tersebut dengan pembeli .apakah terlalu rumit .saya tak berapa nak faham tentang prosedur yang perlu saya lalui untuk menjual rumah tersebut..minta tuan balas email saya ini..

    Reply
  • Nazir

    August 31, 2014, 10:48 am

    Assalam.. saya ingin bertanyakan di sini, apakah kebaikan dan keburukan ‘redraw facility’ ?
    T.kasih.

    Reply
  • Naz

    August 31, 2014, 12:38 pm

    Redraw facility ni ada baiknya juga. Klu saat perlukan duit tak yah lah refinance lagi. . Just apply redraw je. .time kita memerlukan duit kita boleh mohon keluarkan balik sedikit jumlah yg kita dah bayar tu..(baca lah dalam letter offer loan OR boleh pergi tengok kat public ba website tu , . Tapi loan rumah kita akan bertambah tahun

    Reply
  • Naz

    August 31, 2014, 12:40 pm

    Nak tahun prosedur jual rumah. Pergi ke salsalim.blogspot.
    Tak susah sebenarnya.. Klu guna agen, agen akan guide. Klu nak jual direct owner. .just tulis surat intend letter to purchased untuk tujuan submit loan ke bank . .

    Reply
  • Farid Laham

    September 4, 2014, 8:36 am

    Salam..terima kasih tuan kerana bg info yang sangat berguna pada kami newbie ini…insyaAllah teruskan berkongsi tips

    Reply
    • Nasrul Hanis

      December 30, 2014, 4:04 pm

      Waalaikumusalam.. sama2 tuan dan terima kasih atas komen.

      Semoga ilmu yang dikongsikan bermanfaat InsyaAllah.

      Reply
  • zamri

    September 9, 2014, 7:35 am

    hai naz….sory sy bukan agent insurance….
    sy bekerja di bahagian finance…

    Reply
  • Naz

    September 9, 2014, 1:55 pm

    Zamri , if awak lantik agen, agent akan guide awak untuk proses jual beli rumah tu, but if awak jual nak jual direct owner. Awak kena tulis intend letter to purchased untuk tujuan submit loan sahaja. Klu melalui agent agen akan keluarkan letter offer to purchased. Dulu sye pernah tulis satu surat perjanjian jual beli tujuan nak submit loan bank. But lawyer bagitahu bahaya sebenarnya kalau tersilap tulis sebab apa yang kita tulis tu akan membuat kita terikat .

    Reply
  • Naz

    September 9, 2014, 1:58 pm

    But at the end lawyer tu yang tolong buatkan untuk saya letter offer to purchased (dan segala syarat yang selamat untuk ke2 dua pihak dia dah masukkan dalam tu).

    Reply
  • Naz

    September 9, 2014, 2:00 pm

    Sebab rumah ke2 sye sye beli direct owner . And owner tu bersetuju untuk saya submit loan dahulu tanpa ambil earnest deposit.

    Reply
  • Naz

    September 9, 2014, 2:02 pm

    Yang mengenai intend letter to purchased tu pula, manager bank yg bagitahu saya. Intend letter to purchased tu mengandungi maklumat harga jualan rumah yang dipersetujui , dan ayat terakhirnya ditulis untuk tujuan permohonan pinjaman bank sahaja.

    Reply
  • Naz

    September 9, 2014, 2:07 pm

    And next time if awk nak tahu branch bank mana yg bagus .just info me. . Recommand berdasarkan pengalaman sye baru2 ni. Apa yang sye rasa, banker tu sangat baik, dan ikhlas memberi panduan pada saya. And pegawai atasan yg Handle bahagian loan pun memang friendly…tu pengalaman sye la.. Berurusan dengan branch tu.

    Reply
  • anih

    September 10, 2014, 3:04 am

    sy berhajat menjual rumah yg baru dibeli dengan mnggunakan pinjaman perumahan kerajaan. Soalan sy, macam mana penggiraan baki hutang yang perlu dilunaskan.

    contohnya : harga rumah masa beli :rm260,000
    potongan bulanan ; rm1300.00
    tempoh pinjaman : 30tahun

    rm1300.00X12bulan=rm15600.00
    rm15600.00X30tahun= RM468000.00

    Adakah RM468,000.00 jumlah yg sy perlu bayar tuk jual semula rumah tersebut?

    Reply
  • Naz

    September 11, 2014, 5:43 am

    Baca semula kontrak pinjaman yg awak dah sign tu, klu pinjaman melalui bank senang je nak congak, kalu yg conventional just kira pokok je..klu yg islamic ada banyak jenis . Baca balik kontrak pinjaman tu, awk boleh tahu . .

    Reply
  • Naz

    September 11, 2014, 5:46 am

    Kalau consep pinjaman islamic yg instalment tetap tak ikut blr tu…klu tak silap sye consep BBA tu.. Betul lah cara pengiraan mcm kat atas tu. . Kena bayar balik banyak tu juga..cuma dia akan bagi Hibah sebab Settle awal bayaran,..

    Reply
  • puan yati

    October 18, 2014, 3:25 pm

    Salam…sekiranya saya ingin meminta agen jual rumah utk menjual rmh saya d kelantan apakah yang perlu saya lakukan…

    Reply
    • ira

      December 17, 2014, 4:34 am

      salam puan yati boleh saya tahu rumah puan dikawasan mana di kelantan,

      Reply
      • puan yati

        December 17, 2014, 7:33 am

        Kat area tanah merah… klu bleh nak tau nilai rumah kat sana skrg…

        Reply
        • puan yati

          December 17, 2014, 8:20 am

          Rumah banglo sebuah kat mukim pasir genda daerah kusial

          Reply
  • FREDDY BELAJA

    November 4, 2014, 4:05 am

    Smt pg…sy dr taiping tp bli rmh di daerah klang,selangor melalui pinjaman kerajaan disebabkan sy bertugas ngan kerajaan..(perdana villa apartment)..6 tahun dah di bayar ansuran..jd sy nak jual balik sbb nak bli perumahan yg lain..cam mana tu en.

    Reply
    • Nasrul Hanis

      December 30, 2014, 4:02 pm

      Dari komen encik, saya nampak tiada masalah untuk jualan cuma cik kena berurusan dengan BPP untuk kelulusan menjual harta.

      Dalam masa yang sama, En Freddy boleh hubungi perunding hartanah untuk bantu dalam prosedur jualan.

      Semoga dipermudahkan urusan.

      Reply
      • Nasip Amdas

        February 14, 2016, 2:43 am

        Assalam, saya dlm proses nak jual rumah (load gov) dan saya da bayar dr thn 2006-hingga skrg melalui potongan gaji. harga Rumah RM9200. Pembeli da ada, dan saya jual dgn pembeli pun harga yg sama. saya da check baki pinjaman tahunan kat SPPB, iyanya melebihi harga rumah tersebut..lebih kurang RM 120000. ni klu tak silap, termasuk interest 3% betul. masalahnya skrg adakah Interest Rumah Penjual yang kena bayar.

        Reply
  • Aziz

    November 9, 2014, 1:19 am

    Assalam,

    Saya bercadang nak jual rumah saya yang masih ada hutang dengan pihak bank.Saya bercadang untuk menjual terus kepada pembeli tanpa guna khidmat agen hartanah.

    Masalah saya, semua “bakal” pembeli yang menghubungi saya mahukan saliran geran rumah yang saya tidak simpan ( ada di bank ).

    Soalan saya,

    1.Adakah betul untuk “bakal” pembeli meminta salinan geran rumah sedangkan duit booking belum dibayar?

    2.Bagaimana cara terbaik dan selamat untuk membuat urusan penerimaan duit booking?
    Adakah di firma guaman ATAU pesuruh jaya sumpah ATAU saya sendiri boleh keluarkan resit penerimaan duit booking kepada “bakal” pembeli tanpa kehadiran lawyer atau pesuruh jaya sumpah?

    3.Apa dokumen2 yang diperlukan untuk urusan penerimaan duit booking yang perlu disediakan kepada “bakal” pembeli? Adakah salinan geran rumah? ( Salinan geran rumah tiada dalam simpanan saya )

    Terima Kasih.

    Reply
    • Nasrul Hanis

      December 30, 2014, 4:00 pm

      Waalaikumusalam en. Aziz,

      1. Sebaiknya bakal pembeli bayar booking dahulu.

      2. Mengenai urusan penerimaan duit booking.. sebaiknya melalui Laywer yang terlibat atau satu surat yang ditandatangani bersama sebagai bukti yang en Aziz telah pun menerima bayaran booking tersebut.

      3. Dokumen2 yang disediakan adalah bertujuan untuk Lawyer pembeli memulakan prosedur jualan rumah seperti carian dan sebagainya.

      Biasanya dokumen yang diperlukan:
      – Salinan IC pemilik
      – Salinan S&P
      – Balance loan statement
      – Bil2 utility
      – Resit maintenance (jika ada)
      * Dokumen2 lain bergantung kepada kes

      Semoga dipermudahkan urusan juala InsyaAllah

      Reply
  • AZMAN

    November 10, 2014, 3:21 am

    saya bercadang untuk menjual aparment carribean bay resort di bukit gambang city resort. masalahnya saya ialah berapa harga pasaran dan saya terikat dengan perjanjian sewaan selama 5 tahun dgn pemaju tp bakal pembeli baru kna sambung je baki perjanjian sewaan

    Reply
    • Nasrul Hanis

      December 30, 2014, 3:54 pm

      En. Azman,

      Sebaiknya semak dahulu agreement yang telah ditandatangani dengan pemaju untuk elak masalah mendatang.

      Mengenai harga pasaran, cuba contact perunding hartanah yang cover kawasan encik untuk dapatkan gambaran market value semasa.

      Semoga dipermudahkan urusan InsyaAllah.

      Reply
  • Mohd Rizal Ridzuan

    November 27, 2014, 5:34 am

    ingin ketahui status tanah..(ada isi tanaman kebun atau tanah kosong)
    alamat tersebut :kg,menunggang,KUALA PENYU,SABAH
    NO GERAN TANAH
    NT 183316172

    Reply
    • Nasrul Hanis

      December 30, 2014, 3:53 pm

      En. Rizal,

      Cuba semak status tanah tersebut dengan Pejabat Tanah yang terlibat. Terima kasih.

      Reply
  • asnie

    December 1, 2014, 7:03 am

    sy bercadang nak mejual rumah sy di Bandar Sri Dmansara (Low Cost Appt). berbaloi ke klu nak pakai agent?

    Reply
    • Nasrul Hanis

      December 30, 2014, 3:52 pm

      Cik asnie,

      Boleh buat kira-kira dulu sebelum buat keputusan nak pakai agent.

      Biasanya fee agensi hartanah adalah 3% dari harga rumah jadi boleh kira dari situ termasuklah tolah balance loan, tunggakan, legal fee (bergantung kepada kes) dan sebagainya.

      Atau boleh call perunding hartanah untuk tanya dahulu prosedur sebelum bersetuju melantik perunding untuk jualan rumah.

      Semoga dipermudahkan urusan jualan InsyaAllah.

      Reply
  • rosdi ali

    December 8, 2014, 2:29 am

    saya bercadang untuk menjual rumah di MIRI, namun saya tiada maklumat mengenai harga terkini..
    Alamat rumah:
    Lot 7872, Desa Viana Jalan Bakam 98000 Miri

    Mohon bantuan semua

    Reply
    • Nasrul Hanis

      December 30, 2014, 3:50 pm

      Untuk jualan rumah di Miri – cuba hubungi Borneo Realty.

      Semoga urusan jualan dipermudahkan InsyaAllah.

      Reply
  • roslinda

    December 8, 2014, 10:47 am

    saya ada rumah tapi nak jual kepada suami loan kerajaan bagaimana caranya rah.ni dah habis byr rumah wasiat nak jual sbb nak cash utk bahagi duit ikut bahagian boleh.ke suami mohon loan kerajaan dan rumah ni.kami nak jual ikut ihsan tak ikut market value

    Reply
    • Nasrul Hanis

      December 30, 2014, 3:49 pm

      Puan boleh lakukan sendiri urusan pindahmilik hartanah kpd waris (spt isteri, suami, anak, ibu bapa,dsbg) tanpa perlu menggunakan khidmat peguam DENGAN SYARAT:-

      1. Pemberi Pindah Milik (PPM) adalah tuan punya berdaftar hartanah tersebut. Dalam erti kata lain, dalam geran tertulis nama PPM sebagai tuan punya berdaftar. Sekiranya dlm geran masih lagi nama org lain dan bukannya nama PPM maka khidmat nasihat peguam adalah diperlukan.

      2. Hartanah tersebut bebas drpd sebarang halangan (free from all encumbrances). Misalnya Hartanah tersebut tidak digadaikan kpd mana2 bank atau bebas drpd sebarang kaveat oleh mana-mana pihak. Jika hartanah tersebut terdapat sebarang halangan, maka sila dapatkan nasihat dan khidmat peguam utk menyelesaikannya.

      3 Urusan pindah milik tersebut tidak melibatkan transaksi jual beli di antara PPM dan Penerima Pindah Milik (PNPM). Jika melibatkan urusan jual beli, satu perjanjian jual beli perlulah disediakan. Dan adalah digalakkan perjanjian itu disediakan oleh peguam.

      4. Balasan pindah milik adalah atas dasar ‚Äúbalasan kasih sayang‚ÄĚ semata2 dan tidak melibatkan balasan wang ringgit.

      Boleh baca lebih lanjut di: http://loyarkita.blogspot.com/2014/01/pindah-milik-hartanah-kepada-waris.html

      Mengenai loan kerajaan.. suami Puan perlu rujuk kepada Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP).

      Reply
  • Aya

    December 18, 2014, 3:55 am

    Salam,

    Saya nak berkongsi perihal saya membeli rumah pangsapuri freehold di ampang.

    1. Dari July 2014, loan telah approve tetapi sehingga kini saya masih tak dapat rumah. Alasan lawyer, offer loan dari bank terdapat kesalahan address. Jadi dua minggu yang lalu baru bank selesaikan masalah tersebut. Kini loan masih dalam proses. Saya nak tahu bagaimana kita nak track loan kita. Sama ada masih dalam proses atau tergendala. Dan macam mana bank buat disbursement kerana owner lama masih ada loan.

    2. Agent rumah benarkan saya dapat kunci selepas bayar 10%. Tetapi dia dan owner lama mengenakan sewa sehingga loan disbursed. Berapakah harga sewa yang sewajarnya. Setahu saya 50% dari harga asal sewa. Betul ke?

    3. Lawyer dan agen rumah yang saya upah tidak efisyen. Stress kerana asyik kena kejar mereka.

    Tolong nasihat.

    Terima kasih.

    Reply
    • Nasrul Hanis

      December 30, 2014, 3:44 pm

      Waalaikumusalam.

      1. Saya juga pernah mengalami kes sedemikian untuk client saya beberapa tahun lalu. Memang akan ada kelewatan sekiranya berlaku kesilapan teknikal seperti alamat hartanah. Untuk track, kena berhubung dengan banker yang menguruskan kes Puan. Biasanya untuk disbursement, bank pembeli akan selesaikan dahulu baki loan kepada bank penjual. Jika ada lebihan, akan diserahkan kepadanya melalui Lawyer dan prosedur selesai.

      2. Ya memang ada praktis sebegitu terutamanya untuk rumah yang kosong. Offer to Rent.

      Harga sewa yang sewajarnya adalah terpulang kepada persetujuan kedua2 pihak. Biasanya saya sebagai perunding akan bantu kedua2 pihak untuk negotiate kadar sewaan ini supaya kedua-dua pihak puas hati.
      Tidak semestinya 50% dari harga asal sewa, rate sewa semasa dan sebagainya. Fleksibel kepada persetujuan kedua2 pihak. Pastikan ada perjanjian sewa untuk tujuan ini.

      3. Efisyen ini agak subjektif kerana lain Lawyer dan ejen.. lain caranya. Namun jika Puan tidak berpuas hati dengan servis yang ditawarkan.. boleh adukan kepada majikan Lawyer berkenaan dan juga pejabat agensi hartanah yang terlibat. Saya pasti nombor pejabat ada pada kad bisnes mereka.

      Semoga dengan aduan Puan, mereka akan improve servis dan bantu Puan sebaiknya InsyaAllah.

      Reply
  • amira

    January 6, 2015, 2:39 am

    Saya berhasrat ingin menjual rumah yg baru diduduki bln 10 thn 2012.sy menggunakan loan gov..apakah prosedur yg sy perlu tahu dlm urusan jual beli ini sblm sy melantik agen utk mengurusknnya.lokasi bandar sri sendayan.tq

    Reply
    • Nasrul Hanis

      January 6, 2015, 4:09 pm

      Untuk menjual rumah yang dibeli menggunakan loan gov biasanya melibatkan urusan di antara pihak penjual dengan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) seperti kebenaran pindahmilik harta dan sebagainya.

      Boleh jumpa perunding hartanah dulu untuk bincang mengenai prosedur, tempoh yang terlibat dan seterusnya lantikan.

      Boleh hubungi saya di 0192172330 untuk jualan rumah Puan ini. InsyaAllah saya boleh bantu.

      Reply
  • eza

    January 8, 2015, 4:06 am

    Salam ,

    Saya ingin menjual condominium yg telah dpt stata title melalui agent. Cuma saya ingin tahu prosedure yg sebenar dan terdapat beberapa soalan yg ingin saya tanya :

    1)Bilakah saya akan dpt duit 3% earnest deposit?. Dan juga bilakah saya akan dpt duit balance 7% deposit tu?. Juga bilakan saya akan dpt balance 90% tu?.
    Bagaimanakan proses ini boleh dipercepatkan?.

    Reply
    • Nasrul Hanis

      January 10, 2015, 4:14 pm

      Waalaikumusalam

      Jika jualan hartanah berlaku melalui ejen:

      3% booking fee (ini adalah agent’s fee dan masuk dalam akaun agensi hartanah)
      – apabila pembeli setuju untuk book dan sign Letter Offer to Purchase (atau letter seumpamanya)

      7% balance deposit
      – selepas pembeli sign S&P dan biasanya setelah loan buyer approved. dalam 14 hari bekerja atau lebih tertakluk kepada conditions di dalam Offer to Purchase

      90%
      – setelah selesai disbursement (jika ada baki loan, bank pembeli akan selesaikan dengan bank puan dulu)
      – jika ikut standard dalam 90 hari bekerja (3 bulan) tapi tempoh ini berbeza mengikut kes.

      Proses boleh dipercepatkan dengan sediakan dokumen dari pihak Puan sebagai penjual selengkap mungkin. begitu juga dengan pembeli. Dokumentasi yang lengkap akan bantu cepatkan proses.

      Mengenai prosedur selepas itu.. ada beberapa prosedur yang kita kena follow the procedure tapi sebaiknya ejen yang terlibat sentiasa bantu follow up dengan Lawyer untuk kes ini.

      Semoga urusan jualan rumah Puan dipermudahkan. Amin.

      Reply
  • zuraidah

    January 19, 2015, 9:56 am

    Salam Tuan,

    Saya ade soalan berkenaan penjualan rumah. begini abang saya telah membeli rumah di bandar tasik puteri rawang. abang saya telah menandatangani S&P tapi owner rumah xsign lagi …bila call lawyer, lawyer cakap tunggu owner datang dan sign tapi owner xdatang sign then owner bagi alasan tak dpt lagi surat dari bank sbb rumah tu dibeli oleh owner ketika lelong. .. sampai sekarang xtahu ape status sebenar…bila call lawyer, asyik kate sibuk then tgu owner sign…abang saya rasa di tipu oleh owner dan lawyer tu sndri…ape yang patut di buat…abang saya nk report polis atas tuduhan menipu sebab pihak2 berikut tidak memberikan status yang jelas. Panda pandangan tuan apa yang patut di buat?

    terima kasih

    Reply
    • Nasrul Hanis

      January 19, 2015, 4:58 pm

      Waalaikumusalam Puan.

      Adakah abang Puan membeli rumah tersebut melalui agensi hartanah atau terus dengan owner?

      Dan yang kedua – adakah abang Puan yang melantik Lawyer tersebut? Atau abang Puan dan penjual melantik dua Lawyer yanf berbeza untuk pihak masing-masing?

      Di dalam hal ini biasanya perlu merujuk kepada perjanjian (Letter Offer to Purchase atau Offer to Purchase/Booking Form jika ada) kerana sepatutnya pihak penjual tidak sepatutnya melengahkan prosedur tanpa sebab munasabah.

      Jika tiada sebarang booking form.. cadangan saya – bertemu terus dengan Lawyer tersebut face to face. Minta penjelasan sebenar dan sekiranya pihak abang Puan nampak prosedur dilewatkan tanpa sebab munasabah, cuba runding untuk batalkan pembelian tersebut dan dapatkan semula deposit.

      Namun yang sebaiknya ialah runding dengan Lawyer dan cari cara sebaiknya untuk teruskan prosedur tersebut.

      Report polis/tribunal bagi saya – adalah jalan terakhir sekiranya pihak2 yang terlibat mengelak dari bertemu apabila dihubungi dan sebagainya.

      Semoga urusan abang Puan dipermudahkan. Amin.

      Reply
      • zuraidah

        January 20, 2015, 12:33 am

        salam tuan,

        terima kasih atas feedback yang diberikan..

        Abang saya membeli melalui agent & lawyer yang dipakai adlah sama dengan owner tersebut, bermakna hanya satu lawyer untuk kedua belah pihak.

        abang saya juga telah membayar lawyer fee. abang saya telah menelefon dan alasan nyer adlh tunggu owner sign, dan tiada penjelasan yang di berikan.

        Reply
  • aliea

    February 7, 2015, 7:59 am

    salam..saya nk jual rumah tp xtaw bagaimanakah caranye n bimbang tertipu..melalui komen2 di atas jd takut plk…harap dapat membantu saya.

    Reply
  • Zixia

    February 23, 2015, 4:34 pm

    Salam ..Saya berhasrat nak jual rumah saya di Taman universiti , skudai kos rendah , yang berminat sila whatupps saya 0149896058…kalau pakai agent macamana ? berapa percen bayaran untuk agent..

    Reply
  • Anisa Mohd Yusoff

    March 3, 2015, 8:57 am

    Saya ingin jual shop lot di balok..ktn.. agen mana boleh uruskan

    Reply
  • shafina

    March 11, 2015, 4:06 am

    Saya ingin menjual rumah berkembar 2.sy ygmenggunakan loan gov..apakah prosedur yg sy perlu tahu dlm urusan jual beli ini .lokasi taman indera sempurna 2 kuantan pahang.tq

    Reply
  • shafina

    March 11, 2015, 4:07 am

    Saya ingin menjual rumah berkembar 2.sy yg menggunakan loan gov..apakah prosedur yg sy perlu tahu dlm urusan jual beli ini.lokasi tmn indera sempurna 2 kuantan phg.tq

    Reply
  • nor shakirah

    March 20, 2015, 2:35 am

    salam…saya nak jual white house di kemamam terengganu….smue cmplete set…perabot smue lengkap…ada swimming pool,bole dijadikan rumah dan restoren mewah….harga pasaran rm2.5juta….tpi sya hnye inginkan dlm rm2.1 juta….ape2..bole msg sya atau col di 01125540521…saya perlu segera menjual kerna kami sudah pindah…

    Reply
  • afiq

    March 23, 2015, 3:17 pm

    Salam,
    Bolehke penjual ingin menjual rumah low cost pada saya pembeli terus menggunakan surat sumpah dan mati setem sahaja. kerana setahu saya urusan rumah low cost ini perlu melepasi syarat lembaga perumahan negeri dan perlukan kelulusan dari pejabat tanah kan.
    jadi boleh ke saya ikut sahaja kata pemjual?

    Reply
    • Azura

      February 18, 2016, 3:58 am

      Tak boleh just guna Mati setem sahaja..tak sah disisi undang utk kata kan rumah tu sah jadi milik awak selepas siap mati setem perjanjian tu..jika ada masaalah berbangkit akan dtg berputih mata lah jawab nye si pembeli..Sbb rumah tu still milik sah si penjual..
      Beli rumah nie tak kira low cost atau apa jenis pun..banyak peringkat dan proses yg kena dilalui..that why we need hire a lawyer to handle this..
      Nak kena consent suk, confirmation by devaloper, lhdn dan Macam2 lagi yg berkaitan…

      Reply
  • ujie

    March 24, 2015, 4:04 am

    saya ingin menjual rumah saya di taman sierra perdana masai johor bahru…rumah 1 tingkat 1/2..RM220K..

    Reply
  • amy

    March 25, 2015, 1:31 am

    salam. saya nak tanya bagaimana nak jual rumah yang masih dalam pembinaan?

    Reply
  • Suriya

    March 25, 2015, 5:19 am

    Salam saya nk tanye . Saya ingin menjual apartment utk pertama kali n banyak info saya kurang pasti antaranyer 10% deposit dari harga jualan bila kah sepatutnyer di bayar . N selalu nyer aapa dokumen di perlu kn utk menjual rumah. Berapa lama process pembayaran kepada pihak penjual dr pihak bank

    Reply
  • shariffah

    March 31, 2015, 7:15 am

    Saya nak beli rumah dr owner..masalahnya sekarang owner nak batalkan aggreement selepas tnda tgan s&p .. Dgn alasan tak nak kami buat loan kerjaan sbb lmbt..sdgkan sblm ni beliau sndri ckp ok..Boleh ka Beliau berbuat demikian?..dan apa hak kami jika kami tidak setuju utk batalkannya..?sedangkan proses ni lambat dsebabkan oleh penyata baki hutang dr pihak beliau..so kami x boeh nak buat loan lg..kadang geram mcm nak je saman beliau…sebab setahu saya s&p stlh dtndatgani dlm tmpoh tertentukan xleh dbatalkan oleh mana2 pihak samada penjual atau pembeli..mintak pendapat…skrg problemnya penjual nk btlkan aggreement sbb pyta baki htg dr pbb blm ada tp srt kbnaran beli umah dh ada..

    Reply
    • Naz

      May 15, 2015, 2:42 pm

      Better bincang dengan lawyer yg Pn, tanyakan kesannya jika penjual ingin membatalkan kan penjualan rumah tu…setahu sye bukan senang2 boleh cancel deal,,,silap2 hari bulan penjual kena bayar gantirugi deposit 10% and bayar semula deposit yg dia dah ambil tu…

      Reply
  • kitang

    March 31, 2015, 11:05 am

    Salam 1 malaysia..

    sy ingin menjual rmh teres 2 tkt berharga rm320 ribu yg sudah lebih 5 tahun dan buyer bersetuju membayar deposit 10%.

    1. Cuma lawyer buyer maklum sy perlu bayar 3% (deposit cukai hartanah lhdn) dari deposit
    10% itu Walau pun rumah sudah lebih 5 tahun sepatutnya tidak dikenakan cukai. Soalan sy betul polisi lhdn begitu?

    Mohon pencerahan rakan2..

    Reply
  • suriahani

    April 7, 2015, 5:42 am

    Salam,

    tuan admin,
    Apa prosedur semasa serahan kunci rumah yang telah dijual.?
    adakah penjual bertanggungjawab membaiki kesemua kerosakan kecil yg berlaku dalam rumah semasa serahan (delivery of vacant possession)?
    Apakah yg dimaksudkan dgn ‘fair wear and tear accepted’?

    Reply
  • Dayang Saleh

    April 11, 2015, 1:47 am

    Slmt semua, says nk jual Rumah saya d seremban selatan Rumah teres 1 tingkat berdekatan dengan komuter SG gadut Dan rtm

    Reply
  • Halijah

    April 15, 2015, 11:06 am

    Saya hendak jual rumah, telah buat letter of intent pada pembeli dan pembeli telah lulus pinjaman bank, disebabkan oleh bbrapa perkara yg saya tak berpuas hati , saya rasa nak batalkan saja penjualan rumah tu, snp belum tandatangan dan pembeli tidak ada memberi apa2 bayaran pada saya, adakah saya akan dikenakan apa2 denda atau bayaran jika saya tak jadi jual rmah pada pembeli tersebut.

    Reply
  • siti

    April 19, 2015, 4:15 pm

    Assalam en.. minta pendapat sikit… sy dlm proses beli rumah di bandar tasik puteri rawang.. skrg masalah sy, rumah yg nk di beli tu still master title.. sy da submit loan kat rhb,muamalat,affin bank, cimb bank dan hong leong bank..semua reject..alasan pemaju bermasalah dan master title lebih 10 tahun..selain itu pajakan nya hanya tinggal 45 tahun..(pajakan tamat 2060).. dr segi komitmen sy mmg xde masalah..encik ada apa2 idea atau info mana2 bank yg boleh urus pinjaman sy ni? Sy nk sgt rumah tu sebab owner tu jual murah dari market value..sy dah buntu sgt ni.. dekat setahun da benda ni…duit pon banyak da hbs..

    Reply
  • siti

    April 19, 2015, 4:18 pm

    Assalam en.. minta pendapat sikit… sy dlm proses beli rumah di bandar tasik puteri rawang.. skrg masalah sy, rumah yg nk di beli tu still master title.. sy da submit loan kat rhb,muamalat,affin bank, cimb bank dan hong leong bank..semua reject..alasan pemaju bermasalah, pajakan tinggal 45 tahun (pajakan tamat 2060) dan master title lebih 10 tahun..dr segi komitmen sy mmg xde masalah..encik ada apa2 idea atau info mana2 bank yg boleh urus pinjaman sy ni? Sy nk sgt rumah tu sebab owner tu jual murah dari market value.. sy dah buntu sgt ni.. dekat setahun da benda ni x selesai2.. xkn urusan jual beli x boleh dilakukan disebabkan pemaju…

    Reply
  • mila

    April 22, 2015, 4:41 pm

    Salm… sy bcadang untuk jual medium cost apartmnt sy di jln klang lama ,kl… berdekatan dgn midvalley megamall… berminat bolh hubungi saya nanti….

    Reply
  • Ina

    April 24, 2015, 5:21 am

    Salam
    Saya berhajat untuk menjual rumah & pembeli adalah jiran setempat.
    Apakah cara yang betul tanpa melalui agen?
    Minta penerangan.

    Reply
  • Iza Ismail

    May 5, 2015, 7:17 am

    As Salam..saya jual rumah melalui agen hartanah..sebelum ni saya tidak pernah ambiltahu pasal prosedur jualbeli hartanah sehingga saya ada terbaca bahawa biasanya fee utk agen adalah sebanyak 3% dari harga jualan dan ia merupakan fee maksima yang boleh dikenakan oleh agen kepada penjual rumah..walau bagaimanapun agen saya telah mengenakan sebanyak 3.18%..katanya 0.18% adalah untuk cukai perkhidmatan…mohon pandangan dan penerangan saudara……….

    Reply
    • hafeez

      May 17, 2015, 2:57 am

      Skg GST, 6% dari 3% fee adalah GST…

      Reply
  • isk

    May 6, 2015, 4:29 pm

    salam
    saya ada masalah dgn buyer.saya menjual rumah saya dgn harga 186k lepas dpt LO dan sain s&p.bile buyer dpt report valuer..mengata kan valuer rumah saya tue 145k.bermakna buyer kena tambah duit lg..sekarang masalhnya buyer berkata tidak mampu nak byr duit yg perlu ditambah tue.bile tanya lawyer jawapan yg sama jugak sbb saya menumpang lawyer buyer tue untuk memudahkan urusan jual beli.saya kenakan 8%.sekarang nie dah lebih 90 hari.bila saya tanya lawyer jawapan buyer tak mampu nak tmbh duit tersebut.lawyer ada bg cadangan mencari valuer,turun kan harga rumah ataupun cancelkn perjanjian jual beli.saya sekarang nie dah pening..tolong bagi solution.

    Reply
  • seri

    May 8, 2015, 2:38 pm

    Salam. Saya nk jual rumah saya di shah alam..duduk baru 1tahun..adakah saya akan dikenakan penalti.brape peratus kah penalti yg akan dikenakan..saya rasa tertipu beli rumah tu sbb dlm perjanjian rumah tu akan ada pengawal keselamatan dan kawasan bepagar keliling.tapi rupanya depan rumah saya di jadikan jalan utama..rasa tak selamat nak tinggal di kawasan tu..jadi saya minta bantuan dan nasihat..terima kasih.

    Reply
    • Naz

      May 15, 2015, 2:45 pm

      Kena bayar ckht kat lhdn…klu tak silap 30% dari nilai keuntungan jualan!!!kalau caj ckht banyak sangat bette pilih pengecualian ckht sekali seumur hidup..

      Reply
  • Pn. Asz

    June 1, 2015, 9:52 pm

    Saya jual umah apt yg dibeli dgn gov loan. Nak tahu, brp lama biasanya proses bpp beri baki dari settlement?
    Saya juga bercadang membeli rumah teres di tasik puteri juga dgn gov loan, masalahnya berapa lama saya perlu tunggu baru boleh apply bpp? Ini kerana saya nk guna wang baki settlement jual umah apt utk proses membeli rumah subsale di tasik puteri. Mohon pencerahan.

    Reply
  • helmi

    June 2, 2015, 2:53 am

    Sy nk tanya mcm mana kalau sy bankrup…skrg urusan jual tumah sy…
    rumah 2 nama…sy dan isteri…skrg ni sy dh amik
    deposit 10%…pastu lawyer call bgtau sy bankrup..
    Apa yg sy perlu buat…sy nk jual jugak rumah tu utk
    settle kan hutang sy yg bankrup tu…tolong sy…

    Reply
  • mohd roslam

    June 2, 2015, 7:42 am

    Minta bantuan untuk tahu berapa Harga rumah semasa di vision home seremban 2 negeri sembilan. Sy bercadang untuk jual tapi tak pasti Harga semasa. Minta bantuan.

    Reply
  • zaleha

    June 6, 2015, 12:22 am

    Salam saya ade membeli rumah melalui agen.saya telah membayar 3% kepada agen.loan bank dah lulus.masalahnya tuan rumah tak jadi jual atas alasan proses lambat. saya telahpun membayar duit valuer.boleh kah saya dapat balik duit valuer tu.adakah pihak bank akan mengenakan apa apa charge.minta pandangan.tk

    Reply
  • mohd hairy azwady azuan bin abdullah

    June 7, 2015, 2:57 pm

    saya ada uma kt serembn,saya da x kerja jadi saya takut rumah t kena lelong..jadi saya mahu jual..saya x tahu langsung nk WAT APA,PLZ tolmg saya..saya da byr lbh 10 tahun..ambik 2005..saya juga x tahu nk letak harga berapa…apa patut aya buat..?

    Reply
  • norseha

    June 12, 2015, 3:16 am

    Assalammualaikum..
    Sy dan suami berniat nak jual rumah kami d pandan indah,KL..
    Tapi nama saya n suami ade title ctos.. soalan sy, adakah sy masih boleh jual rumah tu atau kena settle kan dulu outstanding sblm jual. Sbb klu dikutkan, sy nk jual sbb nk clear kan nama dr smua ctos record…
    Harap tuan le beri pandangan.
    Terima kasih…

    Reply
  • fakhriah kamarudin

    June 16, 2015, 4:59 am

    Encik saya nak tanya:
    Macam mana nak mula proses utk jual rumah?

    Reply
  • khalis

    June 29, 2015, 8:43 am

    Salam En Nasrul,

    Saya membeli rumah pada nov 2014 melalui direct owner. Jenis rumah yang saya beli tersebut adalah master title dan jenis leasehold. Proses dokumen seperti s&p telah ditandatangani dengan peguam yg dilantik dan pihak bank juga telah meluluskan sejumlah wang pinjaman dan juga 3% telah pun dibayar kepada owner. Sehingga sekarang (jun 2015) saya masih dibuai persoalan apakah faktor yang menyebabkan proses diambil terlalu lama. Lawyer akan memberi alasan yang hampir sama apabila setiap kali dihubungi iaitu pejabat tanah belum keluarkan lagi consent letter (yang sepatutnya 3 bulan once submission being made). Soalan saya. 1) Adakah keadaan ini normal? adakah berlaku kecuaian di pihak peguam? 2) adakah proses dr pejabat tanah yang terlalu lama masa diambil? Mohon berkongsi ilmu dan pengalaman dan apakah kaedah/cara yang boleh dilakukan selain bergantung kepada lawyer sepenuhnya.

    tqvm.

    Reply
  • Naz Wahab

    July 3, 2015, 2:51 am

    Salam..Saya dalam proses membeli rumah sub-sale berharga 420k. Saya telah bayar 2% deposit. Tapi, pinjaman cuma dapat 80% dari harga diatas, iaitu 336k. Maksudnya saya perlu top-up sebanyak 84k. Jadi Soalan saya ialah, semasa sign SNP nanti, adakah saya cuma perlu bayar 8% saja dahulu? Jika YA, Bilakah baki 10% lagi perlu saya jelaskan pada owner? Terima kasih untuk bantuan saudara semua..

    Reply
  • Hassan Osman

    July 20, 2015, 8:30 am

    Saya ada sebuah rumah di Taman Senai Utama, Senai, Johor Bahru.
    Pinjaman bank telah habis dan saya telah memiliki geran rumah tersebut.
    Bagaimana cara untuk menjual rumah tersebut.

    Reply
  • aliana

    August 3, 2015, 5:32 am

    nk tnye ..saya ada membeli low cost apartment,dan bayar 10% n lawyer fee,setelah lebih 6 bulan masa berlalu,saya di maklumkan yg permohonan tukar nama di reject oleh lembaga perumahan sel atas alasan suami dh ada rumah,so skrg saya nk tnya adakah saya akn dapat blk 10% yg dah di bayr,kpd penjual termasuk ejen.dalam kes ni saya rasa tertipu,sebelum saya menyerahkan booking 3%,ejen mengtakan akan byr blk kalau tak berjaya, so skrg apa yg sepatutnye saya buat utk dapat blk 10% saya.

    Reply
  • sue

    August 17, 2015, 11:00 am

    saya nak jual ruma,joint name,tapi suami hutang kad kredit tak bayar..macam mana nak jual rumah?

    Reply
  • mohd zazallah

    September 15, 2015, 7:01 pm

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera…
    Saya ingin bertanya…saya ada membuat penjualan rumah saya bernilai 180k pada tahun 2010…namun sehingga kini pembeli dah pihak peguam yg di lantik masih dalam proses dan hampir 5 tahun….adakah saya perlu mencari pembeli yg lain? Adakah perlu saya membuat apa apa surat untuk membatalkan proses tersebut? Kerana sepanjang tempoh tersebut saya mengalami kerugian akibat pemotongan gaji dan loan tersebut adalah loan pinjaman perumahan kerajaan…

    Reply
  • yat

    September 23, 2015, 7:43 am

    perlukan bantuan….

    SnP dah sign 12.7.2012 until now rmh xsiap lagi.. dah xsanggup menunggu.. gaji dah potong dr bln 4/2013. lawyer utk loan tersebut drpd pemaju…
    rasa nak batalkan loan tersebut? macam mana proses untuk berhentikan loan gov? prosedur? help me…

    Reply
  • lilo

    October 12, 2015, 1:49 pm

    assalam.saya ingin tahu tentang beli tanah.saya beli tanah lot banglo.saya sudah bayar (tunai)3% drpd harga tanah.sekarang,saya dminta sain s&p d pjabat yg saya beli lot tanah tu.(ajm development)
    soalan saya,selepas saya sain s&p tu.saya perlu bayar 47%drpd harga tanah.yg promote tanah tu kata 47% drpd harga tanah bayar kpd atas nama peguam dan alamat ajm development.betul ke?
    selepas itu.apa langkh seterusnya selepas sain s&p hingga selesai pembelian tanah ini?

    Reply
    • Ahmad

      January 5, 2017, 2:02 am

      salam tuan,,saya pun cadang nk beli tanah lot,,boleh kongsi pengalaman macmana urusan pembelian,,perlu ke pakai agen hartanah atau cukup lawyer saja utk buat SnP,,tuan tanah masih ada loan ngn perbendaharaan,,saya cadang nk bayar cash,,
      alhusna9@yahoo.com

      Reply
  • Lia

    October 15, 2015, 5:55 am

    En Naz, mohon pandangan.

    1.Menandatangani SNP pada 27/9/14, hampir setahun berlalu tetapi tiada copy SNP diterima daripada Lawyer sehingga kini.yang pelik nya buyer dah dapat salinan SNP.
    2.Buyer dah bayar 3% dan 7% harga booking.
    3.Saya pun dah selesai membayar komisyen kepada agen selepas sign SNP.
    4.Duit baki pinjaman masih belum diterima.
    5.Bayaran Legal fee telah dibuat.
    6. Last update daripada Lawyer adalah Jun 2015, menunggu dokumen asal dari CIMB beserta DRR yang ditandatangani oleh CIMB.Lepas tu tiada apa2 update.
    7.12 Oktober 2015, buyer maklumkan lawyer belum submit DOA dokument.
    8.Cuba hubungi lawyer untuk dapatkan penjelasan tetapi tidak dapat dihubungi.Macam2 alasan diterima. Lawyer tiada di pejabat, lawyer berada di UK, tiada lawyer lain yang boleh membantu dan kerani yang ada tidak dapat membantu.
    9.Pernah emelkan perkara ini kepada bar council tetapi mereka mintak saya hire lawyer.Tak berbaloi untuk saya hire lawyer sedangkan saya dah bayar legal fee.

    Soalan saya,
    Mengapa saya masih tidak menerima Salinan SNP, officially daripada lawyer.
    Apa yang perlu saya buat sekarang & tindakan ke atas lawyer yang macam ni.

    Reply
  • liyana

    October 16, 2015, 6:05 am

    saya tgh pening.. berurusan dgn bank perbendaharaan, saya beli rumah drp owner yg menggunakan loan kerajaan. pihak bank saya dah buat settlement kepada bank perbendaharaan. sekarang menunggu kerajaan release geran tanah, untuk digadaikan kepada bank..

    nak tanye.. berapa lama biasanye pihak perbendaharaan akan release geran tu? untuk urusan tukar nama saya dan nak dicagarkan ke bank? siapa yg perlu uruskan? menunggu saje dr perbendaharaan sehingga dia hantr? atau mcmane. saya klo boleh nak tau pengalaman sesiapa.. tempoh.. sbb bulan ni dh start byr bank. n saya ddk di rumah yg saya beli tu.. xkan nak kene byr bank n sewa skali.. sbb rumah blom tkr nama.

    Reply
  • ZuLkiFLi

    October 27, 2015, 2:41 pm

    Saya nak jual rumah kos sederhana rendah yang telah saya beli 15 tahun lalu di Johor. Masalahnya skrg ada orang yg beritahu, saya tidak boleh jual rumah saya itu sekiranya saya tidak ada rumah lain. Betul ke? Apa perlu saya buat?

    Reply
  • adlegazy

    November 3, 2015, 7:31 am

    Salam .. saya nak tnye .. saya nak jual umah saya .. dh ade pembeli .. tpi pembeli ni merupakan agent yg nak bli umh tapi untuk ibunnya sendiri .. utk makluman die telah pun membayar booking sbnyak 2500 .. then umh tersebut juge dibeli bukan atas nama pembeli ini tpi atas nama ibunya itu .. ok .. then die ckp nak sewa dlu rumah saya sementara proses jual beli selesai .. memandang rumah sya juge mmg kosong sya bersetuju untuk menyewakan rumah tersebut tanpa deposit sewa memandangkan die baru sahaja membayar booking .. selepas 3 hari mendapat kunci rumah .. die bagitau x jadi nak sewa .. nak trus submit loan n byar 10% deposit n sign snp .. sya hanya bersetuju .. seminggu kemudian .. saya call lagi dh submit loan ke .. die kata loan ok .. tpi sblom submit loan die x mtk ape2 doc pun utk tujuan permohonan loan .. sya sedikit curiga .. then sya putuskan utk mengambil semula kunci rumah memandangkan die tdk jadi utk sewa tumah tersebut .. makanya kunci akan diserahkan setelah semua urusan jual beli selesai .. tpi die x bagi .. rupanya rumah saya die sudah buat renovation .. kabinet dapur saya dh dipecahkan .. pintu pagar sya sudah di betulakn dan dicat .. dinding rumah saya juga telah diwallpaperkan tanpa keizinan dari saya .. sya agak terkejut .. then sya tnye lgi psal loan n snp .. die ckp loan ok ..sya pelik .. setahu saya nk buat loan kne submit doc utk rujukan .. tpi x de mntak ape2 pun tiba2 ok je .. saya rase die x buat loan pun .. tpi lawyer die dah call mintak doc utk buat snp .. then mintak lawyer punya particular dri dia pun sya x dpt lgi .. apekah saya ditipu .. ape kah yg harus saya lakukan .. sya nak jual rumah tu sb saya ade masalah kewangan .. tpi saya takut kene tipu pula dgn pembeli ini .. ade ape2 yg boleh bantu saya

    Reply
    • Jan

      February 18, 2016, 7:26 am

      Awak ada tandatangani surat lantikan egent tak dengar agen tu..Kalau tak sign surat lantikan tu..awak berhak jual rumah tu pada sesiapa pun atau guna agen lain..kalau dah sign… Surat lantikan tu ada tempat masa sah…selepas tarikh sah tamat awak boleh cari agen lain utk jual…

      Agen rumah terang nak menipu nak duduk free…walaupun dia beli rumah tu..tak bermakna dia boleh duduk free rumah tu sesuka hati dia..selagi harga jualan tak dibayar penuh..jika si pembeli nak duduk rumah tu di kena bayar sewa…kat sini sye nampak,,,belum apa2 dah nampak ada unsur tidak amanah. Berurusan dengan org yg pembelit nie risau ada unsur2 penipuan lain pula dimasa akan dtg…better awak cari pembeli lain…nasihat saya… Boleh juga cuba cari agen lain yg jujur…Awak kena upah lawyer sendiri utk mewakili awk utk urusan jual rumah…And pembeli lantik lawyer sendiri… Biar masing2 ada lawyer sendiri…

      Reply
  • aina

    November 11, 2015, 8:42 am

    Saya telah membeli sebuah rumah teres setingkat pada Januari 2014 dengan harga 142k dengan menggunakan pinjaman kerajaan. s
    Sekarang saya bercadang untuk menjualnya. Apakah syarat yang perlu saya patuhi dan kos yang akan saya tanggung sebagai seorang penjual memandangkan rumah ini di bawah tempoh 5 tahun. Mohon penjelasan dari pihak tuan.

    Reply
  • Zaza

    November 30, 2015, 9:13 am

    Saya ingin menjual rumah(apartment )ground floor …status leeshold..berape lame proses jual beli..selepas mendapat.10%..maksud saya baki selebihnya….adakah mengambil masa selama 8bln…atau lebih…area damansara damai…adakah selapas menandatangani s&p,kene move out dr rumah..atau selapas byran penuh

    Reply
    • Jan

      February 18, 2016, 7:31 am

      Leasehold ni klu geran master tittle…proses nya lebih kurang 3-4 bulan…kalau dah ada tkeleuar strata tittle biasanya 6bulan…tapi klu property tu bermasalah..Boleh jadi setahun Juga…

      Selepas tandatangan snp tak perlu move out lagi..After lawyer bayar penuh baru bagi kumci… Selepas terima kunci tu..pembeli ada masa 7hari utk buat aduan kerosakan rumah..tuan rumah perlu baiki kerosakan…(refer balik terma syarat spa tersebut)

      Reply
  • Zaza

    November 30, 2015, 9:14 am

    Saya ingin bertanya

    Reply
  • Muhammad Zikri

    December 15, 2015, 9:17 am

    Assalamualaikum. Saya Muhammad Zikri Dari Kulai Johor. Saya ingin berkongsi 1 masalah yang saya hadapi sekarang ni dan ingin meminta pendapat semua. Saya telah dapat sebuah rumah yang di Bandar Putra Kulai dengan harga rm124000 ( Rumah Kos Rendah ). Loan saya telah lulus dan telah sign SPA. Sekarang ni rumah tu ada concent dan perlu kan kelulusan dari pihak SUK. Sudah hampir 2 tahun saya masih menunggu jawapan dari pihak lawyer. Saya beli rumah ni tak pakai agent. Apakah faktor yang menyebabkan lambat untuk proses kelulusan ni? dan apakah yang patut saya buat? Lagi satu, apakah syarat2 untuk seorang penjual itu menjual rumah.? tolong bantu.

    Reply
  • Nahar

    December 18, 2015, 3:21 am

    Saya nak tanya apa tindakan yg bleh saya lakukan , loan pembeli dlm bln 3/2015 . saya dah sign dgn peguam dalam bulan 6/2015 (rasany awal dr 2 , silap saya lupa nak catit tarikhny) . Tiap hari saya terpaksa update kat peguan , kalau x kerja x jalan la jwbny . Mcm2 alasan dr peguam . Bln 11/2015 bru ni sign kat pjbt tanah seremban , itupun tiap ari kena ketuk bru gerak kejany . Pas sign peguam loan lak malas je , nak g seremban jauh kteny . Pttny 2mgu dah selesai tapi dah hjg bln 12/2015 masih x wat pe , apa tindakan saya . Rumah atas tanah rezab melayu .

    Reply
  • Anita Sulaiman

    December 24, 2015, 11:24 am

    Saya ingin menjual rumah saya (1 property). Bolehkan saya menggunakan khidmat lebih dari satu agen hartanah untuk 1 property tersebut. Namun saya ingin membayar commission pada agen yang berjaya sahaja (1st come first serve).

    Ini adalah kerana saya ingin segera menjual rumah saya di samping saya inginkan harga jualan yang tertinggi untuk property tersebut dan boleh membuat pilihan. Terima kasih.

    Reply
  • nisa117

    January 3, 2016, 9:47 am

    Ibu saya seorang ibu tunggal. Persoalan saya, Bolehkah ibu saya menjual rumah kami sekiranya kami tiada rumah lain? Kerana saya ada terbaca satu artikal mengatakan seseorang individu tidak dibenarkan menjual rumah mereka jika individu itu hanya mempunyai satu rumah sahaja.

    Reply
  • hamsar

    January 6, 2016, 5:22 am

    Saya bercadang hendak menjual rumah,
    tetapi rumah tersebut masih ada tunggakan – loan kerajaan.
    Bayaran pernah tertunggak selama 2 tahun. selepas itu saya membuat pembayaran.
    Bagaimana procedure untuk menjual yang masih ada baki.

    Reply
  • Jazmi Samsudin

    January 7, 2016, 1:33 pm

    Salam, saya berhasrat nk menjual rumah di jinjang utara Kuala Lumpur…di sini sy nk bertanya, mana lebih baik….mengurus sendiri ataupun mengunakan khidmat agent? Pernah Berlaku dkt kwn sy yg mengunakan khidmat agen tetapi segala urusan dan follow up dia yg lakukan…seolah2 tidak mengunakan agen…soalan sy, adakah menjadi kesalahan jika penjualan rumah tersebut tidak melalui agent?urusan hanya melibatkan penjual, pembeli, lawyer penjual Dan lawyer pembeli….sekian, trm ksh

    Reply
    • Naz

      February 18, 2016, 8:02 am

      Kalau nak urus sendiri boleh… Nak guna agen pun boleh…klu nak guna agen better cari agen yg boleh dipercayai dan bertanggungjawab.. Kalau nak lebih selamat…pembeli guna lawyer sendiri…penjual guna lawyer sendiri…deposit semua lawyer penjual yg pegang. Tu cara yg selamat…but lawyer pun mesti cari yg dipercayai juga…

      Reply
  • Lydia

    January 15, 2016, 3:44 am

    Salam… nak tanya brp lama tempoh kita kena tunggu utk disbursed baki duit penjualan rumah. Now, dokumen semua dah complete. lawyer kata skg tgh tunggu bank bagi disbursed baki duit. tq

    Reply
  • PN ZURAINAH

    February 5, 2016, 1:14 pm

    ASSALAMUALAIKUM,
    MINTA BANTUAN PIHAK TUAN UNTUK MEMBUAT
    ANGGARAN HARGA JUAL UNTUK RUMAH CORNER LOT (LOT INTERNATIONAL) TAHUN 2006 DI TAMAN PERDANA BUKIT SIPUT SEGAMAT.
    KELUASAN 3 474 KAKI PERSEGI ( 322.7623M PERSEGI)..
    TQ.

    Reply
  • Nasip Amdas

    February 14, 2016, 2:49 am

    Assalam, saya dlm proses nak jual rumah (load gov) dan saya da bayar dr thn 2006-hingga skrg melalui potongan gaji. harga Rumah RM9200. Pembeli da ada, dan saya jual dgn pembeli pun harga yg sama. saya da check baki pinjaman tahunan kat SPPB, iyanya melebihi harga rumah tersebut..lebih kurang RM 120000. ni klu tak silap, termasuk interest 3% betul. masalahnya skrg adakah Interest Rumah Penjual yang kena bayar.

    Reply
  • irin inti

    February 18, 2016, 4:50 am

    saya dalam proses jual rumah dan baki hutang rumah dengan LPPSA. dah sign snp pada 5 jun 2015.sehingga kini saya masih belum terima hasil jualan rumah tersebut. Apabila saya follow up dengan lawyer, dimaklumkan dalam proses JPPH untuk penilaian sebelum dihantar kepada LPPSA. BOleh saya tahu apa next step dan brapa lama lagi saya boleh dapat duit jualan rumah. Bila tanye lawyer mereka akan kata tunggu sahaja. Terima kasih atas penerangan.

    Reply
  • Adikchiek

    February 18, 2016, 7:59 am

    Waalaikumsalam nasip..harga rumah rm9200? Harga nie harga masa beli tahun 2006 kan?…And sekarang nie awk jual rm9200 juga ke? Kalau awk jual dengan harga tu rasa macam rugi juga… Sebab selama nie awk beli ada bayar interst juga…lebih baik jual harga yg value setara dengan interest yg awk bayar selama nie..tapi tu hak awak la kan nak jual murah..
    Terma perjanjian pinjaman sppb nie sye pun not sure mcm mana? Coz tak de pengalaman loan sppb..Awk kena baca balik dokument perjanjian pinjaman tersebut… Jika penggunaan kaedah pinjaman konsep islamic bba tu awk memang kena tanggung intersted sekali… Konsep pinjam islamic jenis lama mmg mcm tu…yg produk islamic sekarang nie dah okay.. Tapi itu loan dengan bank…sppb im not sure…Please refer ur loan agreement…

    Reply
    • Nasip Amdas

      February 20, 2016, 6:27 am

      Terima Kasih atas balas komen ni and tunjuk ajar, nnt sy check blk loan agreement…assalam….

      Reply
  • nazirah

    February 27, 2016, 4:38 am

    Assalamualaikum, Tuan. Saya nk tnya pandangan tuan berkenaan situasi saya, sy sudah mendapatkan pembeli untuk rumah sy, pembeli itu membeli secara tunai. Rumah sy sekrng masih mempunyai hutang. Jadi sy ingin mint pndpt tuan bgaimana proses sebenar spertu kes sy ini. Apakah tindakan yg perlu sy ambi demi memastikan process berjalan lancar, kerana ia melibatkan ejen

    Reply
  • zulkifli

    March 17, 2016, 2:20 am

    Salam Tuan ..sy ader rumah di Puchong kinrara,Sy telah melantik 1 agen tp agak pelik tiada doc rumah diperlukan dr sy,cuma tandatangan utk membenarkan penjualan bg pihak sy shj.Lagi memeningkan sehingga skg rumah trsebut msih tidak trjual,bolehkah sy melantik ajen lain dalam masa yg sama..?

    Reply
  • salina mohamed

    March 18, 2016, 7:53 am

    salam… sy ada beli sebuah rumah dimana nama pemilik terdiri drpd 3 org. manakala loan bank hanya 2 org. bgaimana cara utk sya kluarkan nama pemilik atas rumah dan loan?

    Reply
  • rudred

    March 27, 2016, 12:33 pm

    assalamualaikum tuan/puan.saya ingin menjual rumah teres 2 tingkat (berdekatan bandar raub pahang) segala infomasi sila hubunggi/whatsapp saya
    0166721336…3km dari rumah ke bandar raub..

    Reply
  • abdul haiy

    April 1, 2016, 6:42 am

    Assalamualaikum…tuan, saya ingin menjual rumah teres setingkat di kawasan perindustrian Paka, dungun(berdekatan kawasan industry PETRONAS). Pada pandangan pihak tuan, berape ye harga berpatutan? Teres 4 bilik..Baru duduk 2 tahun.sila hubungi saya untuk sebarang info sila wssup 0139980619..

    Reply
  • man

    April 1, 2016, 12:56 pm

    salam semua..sy ingin bertanya sy telah menjual rmah melaui ejen jual rumah..
    sekarang dlm proses..jika sy ada pembeli yg byar cash..apkah sy boleh batalkn penjualan melalui ejen td…adakh dikenakn byaran..
    mohon penjelasan dari kepakaran tuan2

    Reply
  • Masitah Abu bakar

    April 7, 2016, 11:21 pm

    Aasalamualaikum Tuan…
    Saya nak tanya boleh kah saya dapat kembali wang deposit rumah setelah mengetahui tanah rumah yang akan didirikan itu adalah tanah lombong/ tasik.tk

    Reply
  • Azli

    April 8, 2016, 5:13 am

    As salam semua,
    Saya telah membeli sebuah rumah di Sarikei, Sarawak..rumah lambat siap,baru terima kunci awal Jan 2016 sejak t.tangan SnP Julai 2012.. Rumah masih dalam Master title. Belum sempat duduk kena transfer pula ke Ptrajya. Sekarang tengah bergelut utk jual unit tersebut..pembeli dah ada, masalahnya devoleper xnak t.tangan utk lepaskn unit tersebut..alasannya belum keluar individual title dan dia blm terima full payment, baru 97.5%.. Saya amat memerlukan khidmat peguam yg berpengalaman utk uruskan ini kerana setakat ni blm ada lawyer yg sanggup buat… sebarang pandangan dan nasihat juga amat dialu2kan.. 0193575177-azli

    Reply
  • yatie

    April 20, 2016, 8:53 am

    Assalamualaikum tuan,
    Saya adalah pembeli rumah menggunakan pinjaman permuhaman kerajaa. Bagaimana proses untuk saya menjual rumah yang baru dapat kunci dan apakah kos-kos yang perlu saya keluarkan untuk menjual rumah tersebut kepada kakitangan awam juga.
    terima kasih tuan.

    Reply
    • Mohd Nazaruddin b Hamzah

      September 11, 2016, 1:07 pm

      sy pun nak tau juga kos2nya

      Reply
  • Sitinur123

    April 21, 2016, 11:20 pm

    Tuan
    Saya dalam proses membeli rumah. Dah melantik lawyer dah lawyer sudah hantar draf snp kepada lawyer owner.
    Masalah terjadi apabila dalam draf tersebut,lawyer saya meminta approval renovation yang telah dibuat. Tetapi owner tak nak bagi approval tersebut dengan alasan beliau pernah kena saman dengan majlis dan sudah membayar saman tersebut. Soalan saaya, adakah apabila sudah kena saman,status renovation tersebut sudsh mendapat kelulusan? Owner masih tidak memberikan jwapan kepada lawyer saya sehingga kini. Jadi saya masih stuck untuk proceed step seterusnya sebab saya tetap mahukan rumah tersebut telah mendapat kelulusan ubahsuai supaya tidak menjadi masalah di masa depan apabila sy sudah membelinya.

    Harap tuan dapat balas apa yang perlu dan boleh saya lakukan?

    Reply
  • Solvea owal

    April 22, 2016, 3:36 am

    Mahu jual rumah. Lokasi rumah dimengatal sabah. Mcmmana caranya klu jual beli rumah guna khidmat lawyer tapi tidak tukar nama?

    Reply
  • vani

    May 3, 2016, 6:54 am

    saya ada sebuah soho di damansara perdana yang masih under master title.developer sudah menggadai master tittle di bank lain.sekarang saya sudah ada pembeli untuk rumah itu.apakah harus saya lakukan?

    Reply
  • Mimi

    May 3, 2016, 11:48 am

    Saya dah jual condominium saya di KL dgn harga RM300k sahaja, purchaser bayar RM30k (3 kali bayar) purchaser yg hire peguam, tapi peguam mcm tak buat kerja dan tak update. Proses dari bulan October 2015 sekarang dah May 2016. Semua fees yg patut di bayar kepada peguam saya(penjual) atau pembeli? Dan lepas dokumen semua dah bagi, apa lagi yg mereka perlu utk dpt claim baki rumah… Lebih 6 bulan dah. Lagi satu, nama dah tukar. Cuma duit tak dapat lagi. Boleh kah saya saman peguam dan buyer? Saya buntu.. Rasa dipermainkan

    Reply
  • zammm

    May 5, 2016, 4:12 am

    salam.. saya ingin jual rumah kos rendah,,, rumah tu dah lama hampir 17 tahun. di kawasan sungai petani… , proses pembayaran rumah sudah lama selesai…. . mcamana proses perlu dilakukan untuk jual beli rumah,., perlukah peguam atau hanya urusan sendiri antara penjual dan pembeli… mohon pencerahan .

    Reply
  • nora

    May 16, 2016, 4:18 am

    salam saya nak tnya,ayah sya nak jual rumah kos rendah tp rumah flat itu belum dikeluarkan srata title than sya call pihak pemaju dan bertanyakan mengenai srata title itu jawapan pihak pemaju adalah mengatakan pihak pejabat tanah belum membahagikan untk individu sedangkan pembelian rumah hampir 10 tahun..soalan sya bagaimana kah untuk minta srata title di keluarkan dengan proses yg cepat..adakah perlunya pergi ke pejabat tanah ..terima kasih..harap dapat membantu..

    Reply
  • Mr A

    May 19, 2016, 4:17 pm

    As salam,

    Saya ingin bertanya, saya tlh membuat loan sebanyak RM230k selepas valuer bank memberita tahu bahawa market value rumah paling tinggi RM230k, so saya buat full loan.

    Selepas mendapat letter offer loan bank, saya sign dan kemudian melantik lawyer utk bank dan SNP.

    Selepas tlh sign snp dan loan, kemudian, Pihak “VALUER” mengatakan yang rumah saya hanya boleh RM200k.

    Kemudian pihak bank ingin reduce loan.
    Saya ingin bertanya, adakah pihak bank mempunya hak untuk reduce loan? selepas semua documen telah ditandatangi dgn harga RM230k?

    Saya ingin kepastian

    Reply
    • nishiwaki

      July 20, 2016, 7:58 am

      yerp..ada hak..

      Reply
  • suria

    June 6, 2016, 4:00 am

    salam saya ingin bertanya berapa lama proses bagi lawyer untuk menyerahkan balance dari penjualan rumah kepada penjual.Terima kasih

    Reply
  • Sabaruddin Haji Saberi

    July 9, 2016, 7:59 pm

    Assalamualaikum. Disember 2015, saya dihubungi seorang staf AMBank yg mahu membeli rumah saya. Menurut beliau, pihak majikannya (AMBank) akan meluluskan pinjaman perumahan kepadanya segera dan dalam tempoh 1 bulan, saya akan menerima keseluruhan bayaran.

    Asalnya, saya menguar-uarkan rumah saya itu dijual dengan harga RM240,000. Namun bersetuju dengan permintaan pembeli tersebut untuk menjual dengan harga RM230,000.

    Untuk itu, secara verbal.. beliau memohon untuk hanya membayar RM3,000 sahaja sebagai down payment dan selebihnya akan di jelas penuh oleh majikannya (AMBank) selaku bank pembeli. Rumah saya tersebut dipersetujui dibeli dengan harga RM230,000.

    Yakin dengan janji beliau, saya telah menerima wang sejumlah RM3,000 bagi maksud setuju jual dan deposit. Proses yg sepatutnya tamat dalam tempoh sebulan telah terlajak sehingga ke 3 bulan. Saya akui, menjual rumah tanpa ilmu.

    Kemudiannya, di atas alasan bank hanya meluluskan RM205,000, saya akur sahaja dan bersetuju menjual rumah dengan nilai tersebut.

    April 2016, akhirnya pembeli melantik sahabatnya sebagai peguam bagi urusan pembelian rumah dan meminta saya turut melantik rakannya itu sebagai peguam bagi pihak saya. Sah lah pembeli dan penjual menggunakan 1 peguam bagi urusan jual beli ini.

    Peguam telah memberi dokumen untuk saya tandatangani dan tertulis disitu bahawa saya telah menerima deposit sejumlah RM20,500 untuk nilai 10% dari pembeli sedangkan saya hanya menerima RM3,000 sahaja pada Disember 2015. Peguam menyatakan ini hanya proses dokumen dan pada akhir nanti saya tetap akan menerima keseluruhan jumlah wang yang dipersetujui. Peguam menyatakan bahawa ini adalah janji verbal diantara saya dan pembeli sebelum ini ketika mana pembeli berminat membeli rumah tersebut.

    Percaya dengan kata-kata peguam dan di atas status profesionalnya, saya menandatangani perjanjian dan S&P pada April 2016.

    Menurut peguam, tarikh akhir untuk pembeli menjelaskan bayaran penyelesaian kepada pemberi pinjaman rumah saya (Bursa¬Ľstaff loan) adalah pada 30/6/2016. Gagal, maka pembeli akan membayar penalti kepada saya.

    Pada Julai 2016, peguam telah menghantar 2 dokumen bertarikh Julai 2016 untuk saya tandatangani yang menyatakan tiada tuntutan dari saya ke atas kelewatan dan menyatakan pelepasan pihak Bursa oleh saya kepada pembeli (yg ini saya memang tidak faham). Saya menandatangani dokumen tersebut atas dasar percaya pada profesional peguam tanpa sebarang prejudis.

    Seperti mana rakan yang lain di dalam ruangan ini, peguam saya tersebut sangat sukar untuk dihubungi, tidak menjawab panggilan dan tidak mengendahkan whatsapp saya kepadanya. Saya sukar untuk menerima update dari peguam saya sendiri dan message saya adakalanya dijawab (setelah ayat amukan saya hamburkan) dan adakalanya tidak berjawab (seandainya soalan saya kepada peguam itu dengan bahasa yang sopan dan lembut)

    Sehingga ke tarikh hari ini 9/7/16, saya masih tidak tahu status terkini urusan tersebut. Yang terakhir, saya di maklumkan oleh peguam bahawa pihak AMBank (bank pembeli) dalam proses membuat bayaran kepada Bursa (pemberi pinjaman perumahan staff) ‚Üź peguam telah menyuruh saya tandatangani dokumen akuan penyelesaian dengan pihak Bursa dgn tarikh bulan Jun 2016 (alasan peguam untuk percepat proses)

    Saya mohon nasihat apa yang perlu saya lakukan. Sekiranya tiada unsur penipuan disini, bila agaknya saya akan menerima baki bayaran. Apakah terpakai perjanjian secara verbal diantara saya dan pembeli sebagaimana yang dikatakan oleh peguam?

    Terima kasih.

    Reply
    • nishiwaki

      July 20, 2016, 7:54 am

      hati2 tuan…sound fishy…
      laywer dan buyer mcm dah berpakat…

      Reply
    • hani

      September 3, 2016, 2:04 am

      buyer and lawyer same 2 dah berpakat menipu tu

      Reply
  • Alif

    July 11, 2016, 4:18 am

    SALAM. BOLEH TERANGKAN PASAL FORCED SALE VALUE TAK ? SEKALI DGN CONTOHNYA. SAYA TAK BERAPA FAHAM. TERIMA KASIH.

    Reply
  • hafiz

    July 11, 2016, 7:26 am

    Adakah saya akan mengalami kerugian jika saya menjual rumah pertama yang baru saya beli/terima kunci 3 bulan…saya ingin menjual rumah saya kerana hendak berpindah ke rumah yang lebih dekat dengan tempat kerja…area rumah saya dimeru..harap rakan rakan semua dapat membantu saya

    Reply
    • nishiwaki

      July 20, 2016, 7:48 am

      tuan kene bayar RPGT pd gov 30%…sgt rugi…baik tuan sewakan..

      Reply
      • Mohd Nazaruddin b Hamzah

        September 11, 2016, 1:16 pm

        tapi byrn 30% tu blh dikecualikan.. syaratnya sekali shja. utk belian rmh seterusnya x blh buat mcm tu lg

        Reply
  • zul

    July 19, 2016, 8:10 am

    Assalam…Tn,saya telah menjual rumah low cost dgn harga 160k(complete strata title).Rumah tersebut saya beli pada April 2010(sudah melebihi 5thn).Agent n lawyer telah mmemberitahu saya yang loan buyer telah pun approved dan deposit sbyk RM16k telah buyer bayar.Pada 10 jun 2016 saya telah mnandatangani S&P.Saya belum mndapat apa2 byaran(deposit) kerana lawyer beritahu saya,yang pihaknya kena dapatkan approval/consent dari lembaga perumahan negeri terlebih dahulu.
    1)berapa lamakah kebiasaanya untuk mendapatkan kelulusan drpd lembaga perumahan negeri setelah dokumen yang lengkap telah diberikan pada 11.07.2016?
    2)adakah betul prosedur ini?

    Reply
    • nishiwaki

      July 20, 2016, 7:46 am

      kelulusan suk ambil masa antara 3 hingga 6 bulan..tgk berapa kerap lawyer follow up..procedure ini betul..

      Reply
      • zul

        July 22, 2016, 2:56 am

        maaf sy tanya lagi…

        1. Walaupun cuma deposit sy terpaksa mnunggu hingga 3 bln + 1 bln?
        2. Bkn ke itu tempoh complete for all agreement termasuk balance dr bank?

        Reply
  • nishiwaki

    July 22, 2016, 8:33 am

    en zul..

    1. ye betul..mengikut prosedur untuk penjualan rumah kos rendah yg memerlukan consent, deposit akan di pgg oleh pihak lawyer..ini untuk mengelakkan penjual menggunakan duit deposit tersebut pd tmpt yg x sepatutnya..lg satu kalau consent tak lulus, penjual kene pulangkan balik duit deposit tersebut..kebanyakkan penjual ada masalah nak return balik..byk kes terjadi pd umah kos rendah ni..so lawer perlu jaga hak pembeli…
    2. untuk umah kos rendah..3+1 bulan tuk setel semua agak x munasabah..consent sahaja akan amik masa yg lama..belum proses tukar nama lg dan lain2..en zul kene refer kepada lawyer yg buat kes en zul..

    Reply
    • maznah binti hamzah

      December 8, 2016, 5:48 am

      Bagaimana pula jika lepas 3 bln call lawyer kata consent buyer tak lulus. Lepas tu dapat tahu bila tanya lanjut lawyer kata da bagitau ejen tapi tak bagitau ape pun. Deposit dan lawyer fee da bayar.

      bila saya call ejen dia kata tak taupun mengenai ini padahal saya dapat tahu buyer dan saya guna lawyer yg sama ejen company yg sama cuma orang berbeza. skrg ejen minta saya bayar blk deposit tapi saya tak dapat. so dia kata dia akan cari buyer lain.

      lawyer bagitau permohonan buyer tu awal2 lagi da reject masa checking. skrg ni saya kena tgu 6 bln lagi ke.

      lawyer dan ejen pulak kurang bagi info jika ditanya banyak kali baru inform itupun setelah call byk kali.

      Reply
      • nishiwaki

        December 10, 2016, 3:14 am

        Ye betul.
        Sekiranya consent tidak lulus atas sbb tertentu, puan atau agen puan kena cari pembeli lain yg selayaknya..
        dan proses tersebut akan start dr semula iaitu apply loan dan apply consent.
        berkenaan deposit, sekiranya puan tak dpt nak pulangkan kepada pembeli lama, minta agen
        puan minta kepada pembeli baru deposit tersebut dan gantikan kepada pembeli lama.
        Ni salah satu option.

        Reply
  • Maznah

    July 22, 2016, 8:45 am

    Bagaimana cara mahu menjual rumah yang mana tapak rumah mempunyai nama 8 orang.

    Reply
    • nishiwaki

      July 25, 2016, 7:44 am

      kene dptkn persetujuan kesemua 8 org tersebut

      Reply
  • Farouk

    July 29, 2016, 6:25 am

    Saya merupakan mangsa keadaan seorang peguam dimana pada 2 tahun yg lepas abg sy telah menggadaikan tanahnya seluas 20 point kpd saya atas urusan peribadi dan akan menuntut semula tanah tersebut seandainya kewangan stabil dan telah mendapat wang gadaikan tanah tersebut.
    Kesokannya sy telah berjumpa salah satu peguam utk urusan tukar hak milik dan membawa surat kebenaran dari pemilik.
    Setelah urusan dan perbincangan selesai sy telah memberikan beberapa dokumen kpd peguam tersebut :
    1. Geran tanah asal.
    2. Buku cukai tanah asal.
    3. Surat dan salinan kad pengenalan abg saya.
    Sy di berikan lampiran kertas penerimaan dokumen tersebut.
    Apa yg sy hampa tanah tersebut telah di jual oleh abg sy kpd org lain tanpa pengetahuan saya dan telah berpakat dgn peguam tersebut.
    Sekarang semuanya hancur lebur duit gadaian pun lebur..Sekarang Abg sy telah menghilang diri entah kemana.
    Haruskah sy mengambil tindakan saman terhadap peguam tersebut diatas atas kesalahan tanpa kebenaran sy telah menukar milik tanah dan tidak mematuhi tema perjanjian yg telah di buat.
    Untuk makluman tanah tersebut telah di buat pembahagian 6 penama.
    Utk makluman geran asal tersebut dibawah simpanan saya dan urusan probet semua di bawah tanggungan saya…Insan kecewa…..?

    Reply
  • acai

    August 7, 2016, 10:13 pm

    Condo saya di Ara Damansara (MAISON) baru siap. Studio type 500sqf, nak jual dlm RM470K dan tak tahu apa perlu buat at first place. Buyer masih belum ada. Adakah nak cari agent dulu, dah dpt buyer then cari lawyer ? berapa lama usually process urusan jual beli dan pindah milik ini berlaku dan berapa lama duit bayaran akan saya terima.

    Siap2 yg bole advice, tlg whats up me @ 017-4796710.

    Thanks

    Reply
    • razehisam abd rahim

      September 15, 2016, 11:37 am

      bank punya current value berapa di situ?

      Reply
      • acai

        September 16, 2016, 4:10 am

        Bank value between 470K to 550K

        Reply
  • aminah

    August 10, 2016, 9:36 am

    mohon pertanyaan.saya adalah nama kedua dalam loan bank sebuah rumah dengan tiada ikatan perkahwinan mahupun keluarga.rumah tersebut tidak didiami tetapi disewakan dan diuruskan oleh saya.saya ingin menjual rumah tersebut kerana tidak mahu lagi menguruskan rumah itu tetapi tidak mendapat persetujuan nama pertama.apakah cara yang terbaik untuk saya menjualkan rumah itu walaupun nama pertama tidak bersetuju?semua perbelanjaan rumah itu telah ditanggung oleh saya dari awal sehingga kini berjumlah 7 tahun.

    Reply
    • nishiwaki

      August 12, 2016, 9:15 am

      mudah saje puan..
      tak perlu bayar installment umah tersebut selama beberapa bulan..
      bank akan bg notis tuk lelong..
      so bila dah lelong nnt dan dah ada pembeli..puan akan dibayar oleh bank setelah
      ditolak baki hutang dr perbezaan harga jual tersebut..

      Reply
  • sham

    August 16, 2016, 2:13 am

    Assalamualaikum.

    Saya ada rumah semi-D di area Bukit Mertajam. Dah renovate n sekarang ada penyewa. Saya berminat nak jual tapi saya berada di Kuala Lumpur. So, adakah bagus untuk saya lantik agen untuk urusan jualan atau boleh request lawyer untuk urusan tersebut. Mohon pencerahan…

    Reply
    • Nita

      August 16, 2016, 11:39 am

      Salam…

      Saya nak tanya pendangan tuan ttg deposit 10%. Dlm kes sy ni sy telah keluarkan surat niat tawaran mjual lot rumah saya dan telah masukkan syarat2 umum dan tambahan. Bakal pembeli telah bayar 10% dan beliau tidak bercadang membuat loan bank dan melantik peguam katanya nak jimat. Saya mendapat buyer ni melalui perundingan hartanah yg saya lantik dgn rasmi. Dr wang 10% saya dah bayar fees pd perunding spt dijanjikan. Sekarang dekat 1 tahun buyer tidak pernah update status termasuk perunding yg saya lantik juga tiada info. Jika merujuk kpd syarat2 tawaran kpd buyer sy hanya berikan tempoh 2 bulsn utk jelaskn baki 90% jika dibayar tunai dan jika secara pinjaman maka mengikut term SnP. Bmanapun semua syarat yg sy berikan telah gagal dipenuhi. Jd dalam kes ini wajarkah sy tuntut kerugian sy selaku penjual selepas setahun tanpa berita..wajarkah 10% dikira hangus dan apa lagi hak saya sebagai pemilik sah rumah yg gagal disewakan sebab terkesan dgn niat pembeli yg bersungguh2 utk membeli rumah tst pd awalnya. Dan apakah tjawap dan peranan perunding yg saya dah lantik. Tkasih

      Reply
    • nishiwaki

      August 17, 2016, 5:53 am

      lantik agen yg berdaftar ye tuan untuk urususan tersebut..
      agen akan rekemen lawyer yg terbaik untuk urusan seterusnya..

      Reply
      • nishiwaki

        August 17, 2016, 5:58 am

        sori..komen dia atas tuk en sham..

        Reply
  • Azura

    August 18, 2016, 3:03 pm

    Saya dan suami telah memulakan proses menjual rumah sejak 2014, dimana pada 11 November 2014 saya dan suami telah menandatangani execution of S&P Aggreement. Kami telah membayar agen dan juga lawyer bagi urusan tersebut. Untuk makluman, kami telah menerima deposit 10% tersebut dalam tempoh 14 hari kami menandatangani execution of S&P Aggrement tersebut. Apa yang mengecewakan ialah, ketika mula menandatangani dokumen di hadapan lawyer, salinan dokumen tidak diberi sehingga kini, status proses juga tidak dikemaskini. Bila pembeli meluahkan rasa tidak puas hati, pihak lawyer menuding salah tersebut kepada kami, pihak pembeli. Ketika berurusan dengan lawyer, kami telah bertanya ttg apa2 bayaran atau proses yang kami perlu lakukan, pihak lawyer kata tiada kerana mereka akan uruskan segalanya. Sehingga kini pada proses tersebut masih tidak selesai. Apa cara atau pendekatan yang kami perlu ambil bagi kes ini.

    Reply
    • nishiwaki

      August 19, 2016, 2:26 am

      ini rumah kos rendah atau rumah teres ye puan?

      Reply
      • Azura

        August 19, 2016, 2:41 am

        apartment kos sederhana di taman ltat bukit jalil… bingung nak selesaikan. Kami jual dengan harga 160k, kalau ikut semakan semasa, dah 240k… kenapa mcm susah sangat. peguam yang maklum sblm nie, kami x perlu buat apa2, dia akan uruskan. sampai masa, kami jugak yang masih terkapai kapai.

        Reply
        • nishiwaki

          August 22, 2016, 5:41 am

          puan..
          umah kos sederhana rendah tertakluk kepada syarat2 dan terma kerjaan negeri.
          Dan semestinya ia memerlukan kelulusan dr PTG dan SUK.
          saya tak pasti apa status terkini rumah puan.
          Jikalau masih sangkut di SUK, puan boleh tanya dgn lawyer kenapa dan apa puan
          perlu lakukan.
          Kemungkinan ada dokumen yg diperlukan oleh SUK tetapi pihak lawyer tidak buat apa2.
          saya rasa lawyer puan sgt slow..puan sendiri kene follow up dgn lawyer puan setiap minggu..

          Reply
  • Lela

    August 20, 2016, 11:59 pm

    Salam tuan yg arif

    Saya ada masalah hampir sama dgn masej puan Nita di atas. Boleh minta pandangan tuan ttg status deposit tsb. Tk

    Reply
    • nishiwaki

      August 22, 2016, 5:48 am

      puan dah buat semakan dgn pejabat peguam untuk pihak puan?

      Reply
  • nad

    August 30, 2016, 11:11 pm

    sy nk tny, jika sy telah membayar earnest deposit kpd agent, dan telah melantik lawyer sndr (xguna lawyer panel agent), slps 14 hari agent beritahu yg owner masih belum sediakan dokumen atas sbb sibuk..agent mencdgkan sy utk ambil unit lain @ deposit dkembalikan.dlm masa sama sy telah byr lawyer utk bkk fail..apa tindakan spttnya sy buat, dan apa hak sy sbg pembeli apabila agent sesuka hati membatalkan pjnjian ini atas sbb kesibukan owner…??

    Reply
  • Mohd Nazaruddin b Hamzah

    September 11, 2016, 1:03 pm

    salam tuan.. sy nak jual rmh sy di Sijangkang Selangor.. tapi sebelum sy nak jual sy nak terangkan dulu pasal jual beli sy dgn pemaju ni dlu. sy beli klu x silap pd 2008 dgn pemaju Benih warga sdn bhd. 2-3 thn lps tu projek tu Tak dpt siap dan jd projek sakit. lama jgk la terbiar sampai la pd awal tahun 2015, projek tu berjln smula lps ada pemaju baru iaitu KTL properties sudi ambik alih projek. jadi terbatallah agreement dgn pemaju lama selepas sy sign snp dgn pemaju baru dgn baki byrn kpd pmju baru sbyk lbih kurg 30k.. sy beli rmh ni dgn gov loan.. org ckp klu nak jual rmh yg dibeli dgn gov loan kna lps 4 thn baru blh jual. persoalannya disini, sy punya tempoh 4 thn tu adakah dikira dr 2008 iaitu masa beli dgn pmaju lama atau dikira dr 2015 iaitu dgn pemaju baru. jika dikira dgn pemaju baru adakah sy layak utk menjual rmh tersebut?

    Reply
  • razehisam abd rahim

    September 15, 2016, 11:31 am

    Salam tuan

    Saya ada beberapa persoalan.Saya ingin membeli rumah cash sebanyak rm270k di kota Damansara iaitu kawan saya.Rumah dia adalah rumah apartment yang berada di tingkat bawah(underground).Jadi,saya merujuk kepada bank tanpa pengetahuan kawan saya,pegawai bank itu berkata rumah kawasan itu jumlah dia rm155k.Adakah saya rugi membeli rumah di kawasan itu.

    Sekadar persoalan.

    Reply
  • Syed Jay

    September 24, 2016, 5:49 am

    Saya nak jual rumah saya d Bandar Putra Bertamteres setingkatberhampiran..iLP..MRSM..SM SAINS MYDIN..USM..
    Jika berminat.hubungi..saya

    Reply
  • fatynur

    September 25, 2016, 6:21 am

    Assalamualikum.. sy dan suami ada sebuah rumah yg kami beli sejak 5 tahun yg lepas di taman nusantara glg patah jhr… tapi bru siap pada tahun ni (2016). persoalan saya adalah, boleh atau tak saya nk jual rumah tersebut. sebab sy dan suami takda hati nak duduk di situ kerana kami beli rumah tu 5 thn lpas sehingga lah pada tahun ni baru lah rumah tersebut siap (akan tetapi CF blum dikeluarkan lagi). Serta tuntutan kelewatan tempoh siap rumah pun kami belum tuntut kerana rumah blum diserah pada kami. cuma bayran bank dah pnuh bayaran nya. manakala kami telah pun menetap di rumah lain iaitu di taman impian emas jb. Kami bercadang untuk menjual rumah tersebut dengan nilai semasa hartanah sekarang. Rumah adalah double storey (medium Kos) 4 bilik tidur dan 2 bilik air. minta pertolongan dari saudara/saudari yg berpengalaman.

    Reply
  • bib manap

    October 5, 2016, 12:49 am

    Sya ingin menjual rumah flat kos rendah di kulai.bagaimana sya nak tahu harga pasaran bagi rumah itu?dan berapakah harga yang boleh sya letak untuk menjual rumah tersebut?

    Reply
  • hamid

    October 14, 2016, 6:51 am

    assallamuallaikum tuan admin, saya dan isteri( pemilik bersama) nak jual rumah kat tmn.jasmine, scientex ,pasir gudang, johor. tetapi isteri ada blacklist guarantor pinjaman peribadi seseorang ada x jalan untuk menjual rumah tersebut..

    Reply
  • Nor Aida Rose

    November 6, 2016, 2:24 am

    Salam Tuan. Saya sedang mencari agen utk jual rumah corner lot saya duduk sekarang di kawasan eksklusif berhadapan tasik di Iskandar Puteri Jb. Rumah ini mempunyai interior decor dan landscape yg sgt menarik. Boleh tuan rekomen trusted Malay agen kpd saya? Saya ingin jual pd harga 1.5 juta. Terima Kasih.
    -Aida-

    Reply
    • nishiwaki

      November 9, 2016, 9:13 am

      Puan Aida Rose
      Boleh wasap details kepada saya?
      saya agen melayu fokus di JB..
      0197280787 (khuzairi)
      TQ

      Reply
  • YanieMaya

    November 8, 2016, 5:52 am

    Assalam tuan…maaf bertanye…
    Sy dan suami membeli rumah 2nd dgn harga rm165k melalui ejen…deposit rm2k…
    Skrg ni proses sudah hampir siap…cuma belum bayar ejen jer… Persoalannye,kami perlu membyr ejen 2% drpd harga rumah, sebyk rm3300… Agent fees,biasanye memg buyer yg kena byr ke? Adakah byran tu terlalu tinggi?
    Terima kasih.

    Reply
    • nishiwaki

      November 9, 2016, 9:10 am

      Puan Yanie
      berbalik semula kepada perjanjian awal dengan agen, adakah puan agree untuk membayar agent fee sebelum membeli rumah tersebut?
      Ada agent yg kenakan agent fee pd buyer dan ada yg tak..
      caj yg dikenakan adalah munasabah dimana rate agent fee antara 1-3%..
      apa2 pon, puan masih boleh nego lg..

      Reply
      • YanieMaya

        November 9, 2016, 10:17 am

        Owh mcm tu ye…xde kate persetujuan masa discuss sbb agent memg tetapkan utk agent fees 2%…
        Ok tq tuan utk maklum bls soalan sy..?

        Reply
  • wina

    November 16, 2016, 2:34 am

    Salam, saya nak tanya, saya sebagai penjual dan memasuki perjanjian jual beli rumah pada 01/09/2016, boleh saya tahu completion date sebenar bagi urusan jua beli rumah saya, sebab pembeli enggan membayar balance purchase price dan tidak mahu membayar redemption sum pd bank saya jika saya tidak bersetuju untuk memberi kunci awal padanya,.dia akan membayar pada completion date tersebut..tq

    Reply
    • nishiwaki

      November 16, 2016, 6:48 am

      Puan wina
      Kebiasaanya, kalau rumah yg tak perlukan consent, completion date adalah 3+1 start dr tarikh perjanjian SPA sekiranya geran sudah atas nama puan sendiri..

      adakah buyer puan beli secara cash atau guna loan bank?

      Reply
      • wina

        November 16, 2016, 10:03 am

        secara cash, jadi maksudnya completion date 30/12/2016 + 1 bulan jadi 30/01/2016? terima kasih atas jawapan ye, cik nishiwaki

        Reply
        • nishiwaki

          November 18, 2016, 9:46 am

          kalau cash, sepatutnya boleh setel lg cepat..
          mungkin puan kene slow talk lg ngan buyer untuk bg dulu 50% deposit atau mcm mane..
          sbb duit tersebut diperlukan untuk bayar redemption sum pd bank puan..

          Reply
  • hazwan

    December 5, 2016, 4:04 pm

    halo saya ada sebuah rumah teres nak jual di dalam kawasan bandar kangar rumah seluas 1581 kaki persegi. cuma saya nak tanya kalau siapa yg boleh jawab soalan saya ni. adakah patut saya melantik lawyer atau agen rumah utk urusan jual rumah saya? sebab sebelum ni saya pernah menjual tanah lot kampung saya tanpa guna khidmat agen ataupun lawyer. mudah je pembeli bayar deposit lpas 2 3 hari penjual dan pembeli pegi pejabat tanah tukar nama semua serah geran lama lpas pembeli serahkan wang dlam bentuk ceque saja. urusan tidak sampai seminggu setel. tapi untuk jual rumah adakah patut saya melantik lawyer????? sebab semakin rumit bila saya baca dalam komen ni tentang khidmat guaman dan agen rumah…

    Reply
  • Zela

    December 14, 2016, 4:41 pm

    Assalam..
    Saya ada beli rumah 77k di tampin thn 2004.gov loan.n projek itu terbengkalai. Bah perumahan tlh byr pd pemaju 43k. Dan saya perlu byr setiap bln. Projek diteruskn oleh pemaju lain.baru2 ini pemaju meminta saya byr
    12k utk drain, road n sewage…tp saya x mampu..sbb dh ambil loan utk rumah lain. Projek dh 80% siap next year 2017..then saya dpt notis yg snp saya akn terminate if x byr. Pastu saya call pemaju..n dia bg option utk jual pd org lain..diorg ada buyer..buyer sanggup langsaikn utg yg berbaki 23k pd gov n bg kitorg 10k saja..mmg rasa xpatut..sbb kami rugi dlm 10k gak.kami dh byr gov 20k..tp dpt 10k aje..tp segala kos lawyer buyer saya yg byr..just nk tahu mmg begini ke …klu jual rumah 80% baru siap…bkn untung..tp rugi..atau kitorg dh ditipu oleh agen dn wakil pemaju?

    Reply
  • Zai

    January 7, 2017, 4:36 pm

    Assalamualaikum.. Saya nak tahu bagai mana nak selesaikan perkara ni..
    1 : sy dah buat loan dan skrg tgh tunggu concent.. N geran dr mppsa
    2.semasa proses jual beli, tuan rumah membenarkan saya masuk ke dlm rumah, krn tiada org duduk..
    3-proses memakan masa yg Agak lama kerana menunggu penyata dr perbendaharaan..
    Sy duduk dirumah tu sudah hampir 6 bulan, skrg dah masuk fasa concent tulah… Dan br sekarang dia minta saya membayar sewa(untuk ms skrg sy blh bayar tp,dia mintak sewa 6 bulan yg lepas..sedangkan dulu dia sendiri kata sy blh duduk dr biarkan rumah tu kosong(ada bukti dlam whatsapp mengatakan begitu)
    3.sekrg dia nakkan sewa rm700 x dgn 6 bulan yg sy dah duduk.. Kalau sy th, tidak lah sy masuk rumah tu lbh awal. Baik sy duduk rumah sewa sblm nie, sewanya br 300..
    4.macam mn ya sy nk selesaikan, sy jd seolah olah berhutang dgn dia… Hutang terpaksa.. Sy tiada buat hitam putih untuk sewa..

    Reply
  • suhada othman

    January 31, 2017, 8:27 am

    salam.maaf bertanya.apakah tindakan pembeli rumah kondominium yang masih belum berjaya memiliki hak milik strata?

    Reply
  • diyana

    February 1, 2017, 2:43 pm

    salam. sy nk bertanya. apakah proses yg perlu landowner lakukan utk jual tanahnya terus kpd pemaju?

    Reply
  • Ahmad

    February 15, 2017, 12:25 pm

    Mohon bantuan advise expert tuan..sy dh lebih 5 bulan tunggu proses jual rumah..pembeli nk 90% loan tp dh ada existing harta lain yg menyebabkan bank hnya bole beri 80% shj..sekarang lawyer inform pembeli tunggu jual rumah then reapply loan sbb nk 90%..apa hak saya sebagai owner? Apartment x bole sewa kan org n kosong akibatnye sy byr maintenance fee, sinking fund n loan free2 shj for 5months sedangkan dh ada nk sewa unit sy..mohon bantuan tuan…

    Reply
  • hadi

    March 4, 2017, 11:21 pm

    saya dalam proses jual rumah yg berusia 7 tahun…

    MASA BELI harga rm102k…
    harga saya jual rm190k…

    loan pembeli dah lulus dan skrg tunggu proses dari lppsa ….cuma di sini saya ingin tahu jumlah baki sebenar hutang saya kepada govt..dan berapa jumlah yang saya akn dapat..?? .

    bulanan potong sebanyak rm560…

    kalau ikut kiraan logik saya rm560 x 7 tahun (84 bulan) berjumlah rm47040…

    andai kata rumah saya dah termasuk interest kerajaan rm105k – rm47040 = jumlah baki yg tinggal rm57960…

    jadi jumlah yg saya kan dpt ialah rm190k – rm57960 = rm132040 ??

    atau adakah kaedah lain kiraan baki loan kerajaan???

    Reply
  • Norizah

    May 23, 2017, 1:35 am

    Tuan,

    Saya menjual apartment PKNS saya kepada seorang pembeli pada Jun 2015. Tetapi masalah pemprosesan lambat ( saya tak pasti dimana ) pembeli telah membatalkannya. Kedua-dua pihak bersetuju.

    Pada Jun 2016 saya mendapat pembeli yg baru. Walaubagaimana pun pembelian terpaksa di hentikan kerana hak milik rumah saya/strata masih tergantung di peguam yang terdahulu. masalah mula timbul apabila peguam baharu gagal untuk mendapatkan status strata yang mana mengikut kata PKNS mereka telah menyerah kan segala dokumen untuk mendapatkan hak strata kepada peguam yang lama.

    Untuk makluman Peguam lama telah menutup operasi dan tidak dapat dihubungi.

    Soalan Saya: Apa yang saya boleh lakukan untuk mendapat kan status atau strata tersebut?
    Disebabkan peguam lama telah menutup operasi dan tak dapat dihubungi adakah kita boleh mengaidaikan ianya telah rosak, hilang dan kita boleh mendapatkan kembali? bagaimana caranya?

    Reply
  • Luis amiril

    June 12, 2017, 3:53 pm

    Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Saya menjual rumah saya di kuantan. Sy mengunakan agen hartanah di sana. Situasi saya : saya ada masalah bayaran rumah saya sehingga menyebabkan rumah notis lelong. Walaubagaimapun agen ini telah jalan kan tugas untuk dapat deposit 10% dari pembli utk saya selesaikan tunggakan rumah dan dia sudah mengambil rm2k sebagai upah dia. Sy masih tak dpt selesai kan tunggakan rmh sy sehinggakan lelongpun berjalan. Baki deposit sy telah pulang kan. Cuma rm2k upah agen sy masih tak pulang kan. Soalan saya :
    1. Wajarkan agen ambil 2k sebagai upah nya walaupun proses tak dpt dijalan kan?

    Reply
  • CHOONG KIN WENG

    June 28, 2017, 2:04 pm

    saya telah menyerahkan sebuah rumah di sebuah kampung tersusun di negeri perak utk dijual beberapa bulan yg lepas. kini, jual beli tersebut telah sampai kpd peringkat permohonan “MB consent”. Disebabkan rumah tersebut terletak dlm daerah majlis di luar drp kuasa majlis bandaraya Ipoh, maka kes tersebut telah dirujuk pd majlis daerah berkenaan…….soalan saya ialah
    1.apakah aspek-aspek yg akan diambil kira oleh majlis daerah dlm pertimbangan sama ada meluluskan atau tidak meluluskan permohonan jual beli tersebut?
    2.berapa lamakah biasa diambil oleh proses mendapatkan “MB consent”?
    3.apakah yg boleh dibuat sekiranya permohonan tersebut tidak mendapatkan kelulusan?

    Reply
  • kyeruden

    July 9, 2017, 3:22 pm

    bolehkah rumah status freehold tetapi bumi lot dijual kepada non bumi

    Reply
  • Norastaliza Bt Saidon

    July 23, 2017, 7:28 am

    Salam,
    Di sini sy ingin bertanya, sy ada sebuah rumah medium low cos yang dibeli bersama suami di Ulu Tiram Johor dengan hrg RM80k pada tahun 2006. Sy telah menjual rumah tersebut melalui lawyer yang membuat SnP terdahulu. Setelah sy bertanya dengan jurunilai, rumah tersebut boleh dijual dengan hrg RM170k. Di sini sy ingin bertanya berapakah keuntungan yang akan sy perolehi dr hasil jualan tersebut? Apakah kos bayaran yang akan kami tanggung sepanjang proses jualan tersebut.

    Reply
    • nisiwaki

      August 3, 2017, 2:10 am

      berapakah harga yg puan jual kepada pembeli puan?

      Reply
      • Norastaliza BT Saidon

        August 3, 2017, 2:23 pm

        Sy telah menjual rumah tersebut dgn hrg 170k..

        Reply
        • nishiwaki

          August 15, 2017, 6:00 am

          oh…jawapan mudah saje..
          harga jual tolak baki hutang rumah yg terkini= puan akan dpt anggaran dia..
          kos guaman pihak owner biasa tk mahal..dalam 1k++ saje..

          Reply
  • Jasmi

    July 23, 2017, 8:33 am

    Soalan saya.. Saya nak jual rumah, adakah gst akan dikenakan kpada pmbeli..

    Reply
    • nishiwaki

      August 3, 2017, 2:13 am

      Pembeli hanya dikenakan GST drpd kos guaman yg dia kena bayar..
      Tapi tiada GST ke atas harga penjualan rumah..

      Reply
  • haryanti

    July 24, 2017, 8:37 am

    hai assalmmualaikum,saya baru sahaja jual rumah sy pada awal tahun januari dan selesai pada april,sepanjang tempoh jualan sy masih bayar rumah yg dijual,tapi bila semua selesai sy hanya dpt baki penutupan insuran sahaja,sedangkan baki tutup akaun rumah tiada,ikut dari pengalaman rakan2 yg pernah jual rumah,bila kita dah tutup akaun masih ada baki yang masih boleh dituntut,tapi knp sy tida..harap pihak tuan boleh membatu,dan membalas melalui email yg diberikan.terima kasih

    Reply
  • Linda

    August 1, 2017, 8:58 am

    Assallammualaikum wbt, saya Nak jual rumah di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur. Rumah 3 tingkat dengan harga RM 1,350,000.00. Masalahnya pembeli task nak bayar deposit mahupun bayar S & P. Minta tuan beritahu pandangan tentang perkara ini. Selain dari itu, bank dapat beri loan 100%.

    Reply
    • nishiwaki

      August 3, 2017, 2:14 am

      Puan jual rumah menggunakan khidmat agen atau puan direct sendiri dgn buyer?

      Reply
  • cnah

    August 12, 2017, 4:04 pm

    tuan
    nak tanya untuk rumah harga bawah 100k berapa min bayaran fee kepada agen.
    terima kasih..

    Reply
    • nishiwaki

      August 15, 2017, 6:01 am

      maksimum 3% dr harga jual

      Reply
  • Sally

    August 14, 2017, 2:24 am

    Masalah sy pula..sy jual rumah. S&P dah sign..deposit dh terima..cuma penyerahan kunci kepada pembeli belum sbb full settlement sy blm terima. Tapi buyer dah masuk rumah dan buat renovation tanpa sy tahu dan tanpa penyerahan kunci. Sy buat melalui agen dan peguam. Ape perlu sy lakukan?

    Reply
    • nishiwaki

      August 15, 2017, 6:04 am

      bagaimana pembeli boleh buat reno tanpa dpt kunci rumah tersebut? adakah agen yg serahkan kunci itu kepada pembeli tanpa persetujuan puan?

      Reply
  • nishiwaki

    August 15, 2017, 6:03 am

    bagaimana pembeli boleh buat reno tanpa dpt kunci rumah tersebut? adakah agen yg serahkan kunci itu kepada pembeli tanpa persetujuan puan?

    Reply
    • Sally

      August 15, 2017, 8:45 am

      Sy tk serahkan kunci. Pembeli telah mengopek pintu kunci gril dan pintu dpn.

      Reply
      • nishiwaki

        August 16, 2017, 4:41 am

        ini satu pencerobohan..mungkin puan boleh jumpa dgn lawyer puan dan check balik perjanjian jual beli rumah..

        Reply
        • Sally

          August 16, 2017, 6:52 am

          Lowyer suruh berurusan dgn agen yg sy buat. Masalahnya proses penukaran nama geran dan pembayaran fullsettlement pun lambat sedangkan geran tiada masalah.

          Reply
  • Roslizan bin Abas

    September 19, 2017, 3:48 am

    Saya ada rumah kos rendah di tmn Seri Gadek Alor Gajah melaka.Nilai semasa dlm 65K.Saya perlu wang segera kerana ada masalah bisness.saya nak jual RM45K dgn kadar segera.ada sesiapa yg berminat boleh hubungi saya 0195938710

    Reply
  • Mas

    September 20, 2017, 1:49 am

    Salam Tuan

    Saya ingin menjual rumah saya (bumi lot) kepada non bumi. Saya telah memohon consent kepada kerajaan negeri sebanyak dua kali tetapi tidak diluluskan. Soalan saya:

    Boleh kah saya terus menjual rumah kepada non bumi melalui pihak peguam sahaja kerana pembeli membayar secara cash, walaupun tidak mendapat consent?

    Reply
    • nishiwaki

      September 20, 2017, 5:13 am

      Tak silap saya tiada jalan pintas.
      Sekatan ada tertulis di geran iaitu hanya boleh dijual kepada bumiputera sahaja..
      Jika kelulusan tidak diperolehi dari pihak SUK/ PTG…sampai bila2 pon geran tersebut
      tidak boleh ditukar hakmilik kepada non bumi…
      pihak peguam tidak boleh buat apa2 pon dlm kes ni..

      Untuk tukar status kepada non bumi, owner kena iklankan penjualan umah di paper sebanyak 3 kali tak silap saya..

      Reply
      • Mas

        September 26, 2017, 9:14 am

        terima kasih atas penjelasan.

        Maksudnya saya hanya boleh menjual kepada non bumi selepas 10 tahun spt yang tercatat di dalam geran? Perlukah saya memohon consent lagi slps tamat tempoh sekatan @ ia secara automatik?

        Reply
        • nishiwaki

          September 28, 2017, 6:47 am

          Maaf puan..sekiranya rumah puan adalah bumi lot…tak silap saya, selama lamanya ia
          adalah bumi lot..tak pernah saya lihat atau tahu selepas 10 tahun automatik akan jadi non bumi lot..sbb saya tak pernah handle kes mcm ni…kalau betul sekatan sampai 10 tahun sahaja, dah byk rumah bumi lot terjual kepada non bumi..

          rumah nak dijual tu dimana?

          Reply
          • Mas

            October 3, 2017, 4:47 am

            Rumah di kuching.

            Restriction:
            (iii) No transfer or sublease affecting this land may be effected without the consent in writing of the Minister for the time being responsible for land within ten (10) years from the date of registration of this grant.

            Ini yang tertulis dalam geran tu.

  • Khairul

    October 19, 2017, 3:54 pm

    Sy dlm proses mendapatkan strata rumah kondo saya.. Kes melibatkan liquidator setelah developer wound up..Liquidator mengenakan charge 2% dr harga pembelian..sy nak tahu..berapa kos lawyer pula yer?TQ

    Reply
  • Lenny

    November 19, 2017, 11:31 am

    Saya telah membeli rumah apartment pada tahun 2004. Kira rumah pertama la kn. Sekiranya saya jual rumah tersebut adakah saya entitle lagi untuk pembelian rumah pertama. Sbb saya baca byk dlm internet rumah pertama diutamakan oleh kerajaan.Saya ingin membeli rumah teres atas title rumah pertama.Apa pandangan Encik atau Puan?

    Reply
  • Muhamad Jefre bin Omar

    November 26, 2017, 8:32 am

    Assalamualaikum tuan… sy ingin menjual rumah sy, apartment kos sederhana di Kota Damansara. Boleh rekomen agen yg boleh dipercayai utk menguruskan jualbeli?

    Reply
  • NOR SURAYA ZAINUDDIN

    November 30, 2017, 4:23 am

    salam,
    saya ingin bertanya, saya sbg owner rumah. siapakah yg layak menerima bayaran booking fee 3% dr buyer. sya tdk menggunakan agent. sekiranya buyer ingin membayar 3% booking fee, kpd siapakah buyer perlu membuat bayarn trsebt. adakah buyer blh menggunakan snp baru yg tlh ditandatangani bersama untuk mengeluarkan akaun 2 epfnya bg membayar wang beza hrga umh dgn loan buyer. cth…hrga rumah 150k. loan lulus 145k. beza 5k buyer blh x kuarkan epf dia. sekiranya lawyer buyer memegang 3% tu, blh x owner mnta separuh dr jmlh 3% dr lwyer untuk kegunaan kita sbg owner.

    mohon jasabaik kawan2 untuk beri keterangan kpd saya secepat mungkin.

    mohon jgn hubungi saya. kwn2 blh msg/wsp di talian 0178716305 shj sya ye.

    sekian. terima kasih.

    Reply
  • NOR SURAYA ZAINUDDIN

    November 30, 2017, 4:24 am

    sekiranya buyer berhubung terus dgn owner blh x buyer byr booking fee rumah direct dgn owner umh.

    Reply
  • akmal

    January 31, 2018, 9:48 am

    salam
    cik sy nk Tanya, sy nk membeli rumah, sy di beritahu OWNer semua document ada dengan pihak peguam, apabila sy jumpa peguam untuk mintak dokumen S&P deberitahu pihak peguam S&P belum siap, sbb sy Mahu S&P tu untuk aplly loan sendiri(apakah yg di maksudkn S&P tu belum siap) sbb sy Belum aplly loan, sy x berapa faham. rumah owner dh abis byar. skrg dh 2minggu sy tunggu pihak peguam utk inform pd sy tp ape pon xade.
    sy nk apply loan S&P xder.

    Reply
  • lela

    February 12, 2018, 1:21 am

    Salam dan salam sejahtera… saya ingin menjual rumah saya di bera Pahang. Boleh tak bantu saya untuk sesiapa yang tahu ejen berdaftar atau firma guaman yang boleh saya lantik untuk proses ini.

    Reply
  • Hafiz Azman

    April 15, 2018, 4:37 am

    saya ada situasi. Ada individu membeli rumah mak mertua saya tanpa ada hitam putih dan geran di beri pada individu itu tanpa sebarang penukaran nama (masih nama mak mertua), kini individu itu menghilangkan diri tanpa berita lebih 10 tahun dan bil2 masih di atas nama mak mertua saya. Adakah mak mertua saya masih pemilik asal rumah itu?

    Reply
  • hafiyshadrina

    September 9, 2018, 12:05 am

    Assalam…Saya sedang dalam urusan membeli rumah (2nd), Perjanjian jualbeli (S&P) telah ditandatangani oleh penjual dan pembeli melalui Peguam, dan sy dh byr deposit 10% dan dh byr kos legaal fees.. tiba tiba rumah tersebut masuk lelong bank… Apa yang perlu saya lakukan,,,,lowyer dh pulang separuh kos legal fees..dan penjual tak pulangkan deposit sy..ape yg patut sy buat? ‚Ķ. Mohon pandangan tuan bagi membantu sy utk dpt kan downpayment sy semula…

    Reply
  • hafiy shadrina

    September 9, 2018, 12:06 am

    Assalam…Saya sedang dalam urusan membeli rumah (2nd), Perjanjian jualbeli (S&P) telah ditandatangani oleh penjual dan pembeli melalui Peguam, dan sy dh byr deposit 10% dan dh byr kos legaal fees.. tiba tiba rumah tersebut masuk lelong bank… Apa yang perlu saya lakukan,,,,lowyer dh pulang separuh kos legal fees..dan penjual tak pulangkan deposit sy..ape yg patut sy buat? ‚Ķ. Mohon pandangan tuan bagi membantu sy utk dpt kan downpayment sy semula…

    Reply
  • hafiza

    September 28, 2018, 7:24 am

    Salam..saya mahu menjual rumah. tetapi ada tunggakan bayaran bulanan selama 2 bulan. bolehkah saya jual rumah?

    Reply
    • khuzairi

      March 6, 2019, 8:12 am

      rumah kat mana tu puan?

      Reply
  • zackstar

    October 16, 2018, 4:58 pm

    saya ada sebuah rumah semi D di Kedah. tarikh belian hujung 2014. rumah berharga 138 k..berapakah nilai semasa harga rumah saya..dan kalo saya menjual berapa nilai cash yg saya dapat

    Reply
  • taikomedia direk

    August 20, 2019, 12:08 pm

    apakah rumah yg sudah di lelong bank dapat saya sambung balik ? karena rmh sy yg sudah 10thn sy tinggal dan sudah buat bayaran sebanyak 50% dikeranakan menunggak selama 7bln bank lelong rmh sy dgn harga rm 350,000,00.sisa hutang sy rm 250,000,00 selama 10thn lg mula 2019 sampai2030,adakah jalan sy tuntut balik rmh .terimah kaseh mohon pencerahan.

    Reply
Cancel reply

Leave a Comment