Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Hartanah Di Sini
    • Laman Utama
    • Jual & Sewa Hartanah
    • Mencari Hartanah?
    • Senarai Hartanah
    • Kalkulator Pinjaman
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Hartanah Di Sini
    Terkini

    Residensi Wilayah ganti RUMAWIP

    Nasrul HanisBy Nasrul HanisJanuary 24, 2019No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    RUMAWIP (Rumah Wilayah Persekutuan) merupakan rumah mampu milik untuk pemilikan rumah pertama bagi golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang menetap dan bekerja di Wilayah Persekutuan. Rumawip pertama yang mula diduduki ialah Residensi Rampai, Setapak.

    Dasar Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) telah diwujudkan untuk menggariskan hala tuju serta dijadikan asas kepada pihak berkuasa tempatan dan juga pemaju dalam merancang serta membangunkan rumah mampu milik.

    Perubahan kepimpinan kerajaan persekutuan juga telah memberi impak kepada skim perumahan ini di mana Rumawip akan dijenamakan semula sebagai Residensi Wilayah dengan unit rumah yang lebih luas dan berkualiti seperti disiarkan di Utusan Online seperti berikut.

    “Kementerian Wilayah Persekutuan akan melancarkan projek Residensi Wilayah menggantikan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) dengan sasaran pembinaan 10,000 unit rumah dalam tempoh tiga tahun.

    Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, Residensi Wilayah merupakan penjenamaan semula Rumawip yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu.

    Beliau berkata, berbeza dengan Rumawip, Residensi Wilayah bakal menyaksikan pembinaan unit rumah yang lebih luas dan kualiti yang dipertingkat untuk kelesesaan penduduk, namun masih pada harga mampu milik iaitu RM300,000 per unit.

    Malah katanya, kepadatan di Residensi Wilayah juga ditambah baik dengan dikurangkan kepada antara 800 hingga maksimum 1,000 penduduk atau 250 unit apartmen bagi setiap satu ekar, berbanding Rumawip antara 1,200 hingga 1,600 orang atau 400 unit apartmen setiap satu ekar.

    “Pelaksanaan projek ini dibuat atas dasar kerjasama atau inisiatif antara sektor awam dan swasta. Kita akan cari tanah-tanah sama ada swasta atau milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atau kerajaan, untuk dibangunkan dengan Residensi Wilayah ini,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

    Menurut Khalid, kerajaan akan memberikan insentif berupa premium dan caj pembangunan yang rendah kepada pihak swasta yang terlibat dalam membangunkan tanah mereka dengan projek Residensi Wilayah.

    Beliau berkata, pihak kementerian akan mengadakan kempen pelaksanaan projek Residensi Wilayah sempena Sambutan Hari Wilayah pada 1 Februari ini.

    Beliau turut menyatakan hasrat kementerian untuk melaksanakan projek pembangunan semula perumahan murah yang telah usang di sekitar Wilayah Persekutuan seperti Sri Labuan di Bandar Tun Razak dengan projek baharu yang lebih menarik. – UTUSAN ONLINE”

    Harapan

    Semoga dengan penjenamaan semula Rumawip kepada Residensi Wilayah ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada pemilik-pemilik rumah yang berkelayakan untuk mendapatkan kediaman yang selesa untuk menikmati kehidupan yang berkualiti di kawasan-kawasan Wilayah Persekutuan.

    Sumber Rujukan

    • Utusan Online. Rumah Pertama Mula Diduduki.
    • Utusan Online. Residensi Wilayah ganti Rumawip.
    • Laman web Rasmi RUMAWIP (https://rumawip.kwp.gov.my/)

    kementerian wilayah residensi wilayah rumah wilayah persekutuan rumawip
    Share. Facebook Twitter LinkedIn Email
    Nasrul Hanis
    • Website

    ⚡Ejen Hartanah Berdaftar (E2578)
    ⚡Prinsipal Alam Harta Realty E(3)1687

    Boleh saya bantu anda?
    ⚡Saya ingin menjual hartanah
    ⚡Saya ingin membeli hartanah

    Related Posts

    Hartanah di Pinggir Bandar Semakin Menjadi Pilihan?

    January 12, 2025

    Sinar Harapan Untuk Pasaran Hartanah 2024

    January 24, 2024

    IJN, SELGATE Bina Hospital Pakar di Shah Alam

    November 1, 2017
    Leave A Reply Cancel Reply

    ⚡︎ Wanita Bijak Mengurus Wang
    ⚡︎ Artikel Terkini

    Langkah Pertama Menjadi Perunding Hartanah Berdaftar di Kawasan Utara – Sertai Negotiator Certification Course (NCC) di Kedah

    March 9, 2025

    Hartanah di Pinggir Bandar Semakin Menjadi Pilihan?

    January 12, 2025

    Hakmilik Sementara (Qualified Title) & Hakmilik Tetap (Final Title)

    September 25, 2024

    Membuat Carian Agensi Hartanah, Ejen Hartanah & Perunding Hartanah Berdaftar Melalui LPPEH Search

    June 21, 2024

    Persediaan Kewangan Untuk Membeli Rumah Pertama

    March 16, 2024
    Facebook X (Twitter) YouTube
    © 2025 Hartanah Di Sini.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.