Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Hartanah Di Sini
    • Laman Utama
    • Jual & Sewa Hartanah
    • Mencari Hartanah?
    • Senarai Hartanah
    • Kalkulator Pinjaman
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Hartanah Di Sini
    Home»Artikel»Kewangan»Bajet 2018: Inti Pati Penting Hartanah
    Kewangan

    Bajet 2018: Inti Pati Penting Hartanah

    Nasrul HanisBy Nasrul HanisOctober 31, 2017No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak telah selamat membentangkan Bajet 2018 pada 27 Oktober 2017 yang lalu di Dewan Rakyat.

    Dengan bertemakan “Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi Dan Ukhrawi, Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50“, Bajet 2018 akan memperuntukkan RM280.25 bilion berbanding RM260.8 bilion peruntukan Bajet 2017 yang dibentangkan tahun sebelumnya.

    Dari jumlah tersebut Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2.2 bilion bagi merancakkan lagi usaha pemilikan rumah untuk rakyat dengan inti patinya seperti berikut.

    Pembinaan Rumah Mampu Milik

    • Pembinaan 17,300 unit rumah Projek Perumahan Rakyat;
    • 3,000 unit rumah program Rumah Mesra Rakyat di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB);
    • 210,000 unit rumah di bawah program Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang berharga RM250,000 ke bawah;
    • 25,000 unit rumah akan disiapkan pada tahun hadapan di bawah projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M);
    • 128,000 unit di bawah pelbagai peringkat pelaksanaan
    • 600 unit rumah di bawah program My Beautiful New Homes atau MyBNHomes untuk isi rumah B40 antaranya di Terengganu, Pahang, Melaka, Johor, Sabah, Sarawak & kawasan orang asli;
    • Skim ‘step-up financing’ yang diperkenalkan oleh PR1MA dipanjangkan kepada pemaju perumahan swasta, berdasarkan kriteria yang akan ditetapkan.

    Kemudahan Deposit Pembelian Rumah

    • 2,000 unit rumah di bawah program MyDeposit untuk membantu pembayaran deposit dan program MyHomes untuk pemaju menyediakan lebih banyak rumah mampu milik;
    • RM200 juta untuk penyelenggaraan dan pembaikan rumah termasuk Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia.

    Pengecualian Duti Setem Rumah Terbengkalai

    • Pengecualian duti setem ke atas perjanjian pinjaman & surat cara pindah milik diberikan kepada kontraktor penyelamat dan pembeli asal rumah terbengkalai berkuatkuasa 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2020.

    Pengecualian Cukai Pendapatan Sewa Kediaman Sebanyak 50%

    • Pengecualian cukai ke atas pendapatan sewaan rumah kediaman sebanyak 50% bagi pendapatan sewa sehingga RM2,000 sebulan kepada individu rakyat Malaysia yang bermastautin di negara ini bermula dari tahun taksiran 2018 hingga 2020.
    • Kerajaan juga akan menggubal Akta Sewaan Rumah Kediaman untuk melindungi penyewa dan pemilik rumah.

    Lebih Ramai Mampu Memiliki Rumah
    Bajet 2018 ini dilihat menyediakan pelbagai peluang hartanah terutamanya dalam soal pemilikan dan penyewaan rumah. Semoga dengan pelaksanaan Bajet 2018 nanti akan lebih ramai akan mampu untuk memiliki rumah kediaman dan dalam masa yang sama – merancakkan pasaran sewaan rumah untuk memberi peluang kediaman sementara kepada golongan yang memerlukan sementara mereka membina profil kewangan untuk memiliki rumah sendiri pada masa yang akan datang.

    bajet 2018 deposit rumah duti setem rumah terbengkalai kontraktor penyelamat najib razak pemilikran rumah rakyat pengecualian cukai pendapatan sewa penjawat awam malaysia prima projek perumahan rakyat rumah mampu milik spnb
    Share. Facebook Twitter LinkedIn Email
    Nasrul Hanis
    • Website

    ⚡Ejen Hartanah Berdaftar (E2578)
    ⚡Prinsipal Alam Harta Realty E(3)1687

    Boleh saya bantu anda?
    ⚡Saya ingin menjual hartanah
    ⚡Saya ingin membeli hartanah

    Related Posts

    Meneliti Kesan Peningkatan OPR Pada Permintaan Hartanah

    May 23, 2023

    Pengecualian Duti Setem Pembelian Rumah Semasa Kempen HOC

    February 3, 2019

    Bank Negara Malaysia Kekalkan OPR Pada 3.25%

    January 24, 2019

    Leave A Reply Cancel Reply

    Company
    • Blog
    • About
    • Contact
    • Privacy Policy
    Company
    • Blog
    • About
    • Contact
    • Privacy Policy
    Facebook X (Twitter) Instagram Pinterest
    © 2023 ThemeSphere. Designed by ThemeSphere.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.