Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Hartanah Di Sini
    • Laman Utama
    • Jual & Sewa Hartanah
    • Mencari Hartanah?
    • Senarai Hartanah
    • Kalkulator Pinjaman
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Hartanah Di Sini
    Lokasi Hartanah

    Bandar Tasik Puteri, Rawang

    Hartanah Di SiniBy Hartanah Di SiniOctober 4, 2013No Comments3 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Bandar Tasik Puteri terletak di Rawang, Selangor – di antara Batu Arang dan Kundang. Anda boleh sampai ke Bandar Tasik Puteri dari Rawang melalui Jalan Batu Arang selepas Country Homes. Kini Bandar Tasik Puteri boleh diakses dari Jalan Kuala Selangor melalui Kota Puteri dan Batu Arang.

    Menggunakan poskod 48020, kawasan kediaman ini terdiri daripada pangsapuri, rumah teres 2 tingkat dan Semi-D. Dapat dianggarkan kini penduduk Bandar Tasik Puteri melebihi puluhan ribu.

    Pelbagai kemudahan disediakan untuk penduduk di dalam Bandar Tasik Puteri seperti masjid, balai polis, pejabat pos, taman-taman, kawasan rekreasi, taman permainan, dan sekolah-sekolah termasuklah SK Bandar Tasik Puteri, SM Bandar Tasik Puteri, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Rawang dan SJKC Kundang.

    Rata-rata unit kediaman adalah pajakan (Leasehold) dan mempunyai kemungkinan tempoh pajakan terkini yang berbeza mengikut development parcel. Ini bermaksud masalah yang mungkin berlaku di dalam proses jual beli dan transfer nama mungkin berbeza mengikut kawasan/jalan yang berbeza. Jadi sebelum anda menjual atau membeli unit kediaman di Bandar Tasik Puteri, semak dahulu status pajakannya kerana hal ini mempengaruhi margin pembiayaan perumahan pembeli. Perlu diambil kira yang tidak semua institusi kewangan cover kawasan ini. Rujuk kepada perunding hartanah anda untuk memastikan hal ini.

    Kepelbagaian dalam penawaran harga untuk hartanah di Bandar Tasik Puteri adalah berdasarkan jenis hartanah, saiz dan pengubahsuaian (renovation). Seperti kebanyakan kawasan perumahan yang lain, harga rumah yang renovated akan lebih tinggi dari yang basic (kecuali bagi penjual yang sudi jual dengan harga lebih rendah). Terdapat juga beberapa unit yang terbiar dan unit yang dilelong namun permintaan terhadap unit-unit subsale juga rancak terutamanya bagi unit yang telah melalui proses renovation. Pembinaan Persimpangan Bertingkat Bandar Tasik Puteri (BTP) KM12.9 (Arah Barat) di Lebuhraya LATAR (sumber) juga pasti merancakkan lagi permintaan dan penawaran di dalam kawasan kediaman ini.

    Kemasukan projek-projek perumahan, kemudahan-kemudahan berdekatan (seperti AEON Anggun Rawang) dan akses yang baru akan dapat membantu pasaran hartanah di Bandar Tasik Puteri. Ketika ini ia merupakan pilihan yang agak berbaloi bagi mereka yang bekerja di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya dan pada masa yang sama inginkan landed property. Bagi mereka yang ingin mendapatkan hartanah di Bandar Tasik Puteri untuk dijadikan sebagai aset pelaburan (seperti sewaan) – kawasan ini juga ada permintaan yang banyak untuk sewaan namun dinasihatkan untuk membuat survey harga pasaran sewaan terlebih dahulu.

    Kejiranan Bandar Tasik Puteri adalah damai dan bermasyarakat sesuai dengan persekitarannya yang agak tenang dan private. Sekiranya anda ingin hartanah di pinggir Kuala Lumpur yang ada kejiranan yang tenang dengan harga yang pada ketika ini agak rendah dari kawasan perumahan lain di Rawang, anda boleh masukkan hartanah di Bandar Tasik Puteri dalam senarai hartanah idaman anda.

    Perlukan Bantuan?

    Borang Lokasi

    Senarai Hartanah di Bandar Tasik Puteri, Rawang

    Unit Teres 2 tingkat di Green Valley Park, Bandar Tasik Puteri, Rawang

    July 24, 2019

    Green Valley Park, Bandar Tasik Puteri, Rawang

    January 14, 2019

    Jalan 3/11 Bandar Tasik Puteri Rawang

    January 7, 2019

    Jalan 3/20, Bandar Tasik Puteri, Rawang

    December 26, 2015

    Jalan 3/11, Bandar Tasik Puteri, Rawang

    October 11, 2015
    1 2 Next
    apartment bandar tasik puteri ejen hartanah bandar tasik puteri kemudahan asas kuala lumpur latar pangsapuri pelaburan hartanah rawang selangor semi d sewaan teres 2 tingkat
    Share. Facebook Twitter LinkedIn Email
    Hartanah Di Sini

    Isi borang Jual/Sewa Hartanah untuk menjual/menyewakan hartanah atau isi borang Carian Hartanah untuk mencari hartanah untuk dijual atau disewakan.

    Related Posts

    Hartanah di Pinggir Bandar Semakin Menjadi Pilihan?

    January 12, 2025

    (End Lot) Teres 2 Tingkat Taman Meru Putra, Klang

    October 21, 2024

    Pangsapuri Sentosa, Setia Alam

    January 27, 2024

    Comments are closed.

    ⚡︎ Wanita Bijak Mengurus Wang
    ⚡︎ Artikel Terkini

    Langkah Pertama Menjadi Perunding Hartanah Berdaftar di Kawasan Utara – Sertai Negotiator Certification Course (NCC) di Kedah

    March 9, 2025

    Hartanah di Pinggir Bandar Semakin Menjadi Pilihan?

    January 12, 2025

    Hakmilik Sementara (Qualified Title) & Hakmilik Tetap (Final Title)

    September 25, 2024

    Membuat Carian Agensi Hartanah, Ejen Hartanah & Perunding Hartanah Berdaftar Melalui LPPEH Search

    June 21, 2024

    Persediaan Kewangan Untuk Membeli Rumah Pertama

    March 16, 2024
    Facebook X (Twitter) YouTube
    © 2025 Hartanah Di Sini.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.