Bandar Tasik Puteri, Rawang

October 4, 2013

Bandar Tasik Puteri terletak di Rawang, Selangor – di antara Batu Arang dan Kundang. Anda boleh sampai ke Bandar Tasik Puteri dari Rawang melalui Jalan Batu Arang selepas Country Homes. Kini Bandar Tasik Puteri boleh diakses dari Jalan Kuala Selangor melalui Kota Puteri dan Batu Arang.

Menggunakan poskod 48020, kawasan kediaman ini terdiri daripada pangsapuri, rumah teres 2 tingkat dan Semi-D. Dapat dianggarkan kini penduduk Bandar Tasik Puteri melebihi puluhan ribu. Pelbagai kemudahan disediakan untuk penduduk di dalam Bandar Tasik Puteri seperti masjid, balai polis, pejabat pos, taman-taman, kawasan rekreasi, taman permainan, dan sekolah-sekolah termasuklah SK Bandar Tasik Puteri, SM Bandar Tasik Puteri, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Rawang dan SJKC Kundang.

Rata-rata unit kediaman adalah pajakan (Leasehold) dan mempunyai kemungkinan tempoh pajakan terkini yang berbeza mengikut development parcel. Ini bermaksud masalah yang mungkin berlaku di dalam proses jual beli dan transfer nama mungkin berbeza mengikut kawasan/jalan yang berbeza. Jadi sebelum anda menjual atau membeli unit kediaman di Bandar Tasik Puteri, semak dahulu status pajakannya kerana hal ini mempengaruhi margin pembiayaan perumahan pembeli. Perlu diambil kira yang tidak semua institusi kewangan cover kawasan ini. Rujuk kepada perunding hartanah anda untuk memastikan hal ini.

Kepelbagaian dalam penawaran harga untuk hartanah di Bandar Tasik Puteri adalah berdasarkan jenis hartanah, saiz dan pengubahsuaian (renovation). Seperti kebanyakan kawasan perumahan yang lain, harga rumah yang renovated akan lebih tinggi dari yang basic (kecuali bagi penjual yang sudi jual dengan harga lebih rendah). Terdapat juga beberapa unit yang terbiar dan unit yang dilelong namun permintaan terhadap unit-unit subsale juga rancak terutamanya bagi unit yang telah melalui proses renovation. Pembinaan Persimpangan Bertingkat Bandar Tasik Puteri (BTP) KM12.9 (Arah Barat) di Lebuhraya LATAR (sumber) juga pasti merancakkan lagi permintaan dan penawaran di dalam kawasan kediaman ini.

Kemasukan projek-projek perumahan, kemudahan-kemudahan berdekatan (seperti AEON Anggun Rawang) dan akses yang baru akan dapat membantu pasaran hartanah di Bandar Tasik Puteri. Ketika ini ia merupakan pilihan yang agak berbaloi bagi mereka yang bekerja di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya dan pada masa yang sama inginkan landed property. Bagi mereka yang ingin mendapatkan hartanah di Bandar Tasik Puteri untuk dijadikan sebagai aset pelaburan (seperti sewaan) – kawasan ini juga ada permintaan yang banyak untuk sewaan namun dinasihatkan untuk membuat survey harga pasaran sewaan terlebih dahulu.

Kejiranan Bandar Tasik Puteri adalah damai dan bermasyarakat sesuai dengan persekitarannya yang agak tenang danĀ private. Sekiranya anda ingin hartanah di pinggir Kuala Lumpur yang ada kejiranan yang tenang dengan harga yang pada ketika ini agak rendah dari kawasan perumahan lain di Rawang, anda boleh masukkan hartanah di Bandar Tasik Puteri dalam senarai hartanah idaman anda.

=====================================================

Menjual/Menyewakan/Mencari Hartanah di Kawasan Ini?

Sekiranya anda ingin menjual/menyewakan atau sedang mencari hartanah untuk dijual/disewakan di kawasan ini - sila isi maklumat di ruangan yang disediakan.
  • Sila masukkan no. handphone untuk memudahkan kami menghubungi anda.
  • Sila masukkan maklumat yang berkaitan seperti maklumat hartanah yang ingin anda jual atau cari, bajet anda, persoalan yang berkaitan kawasan ini dan sebagainya.

=====================================================