Seiring dengan perkembangan teknologi maklumat, kaedah penyebaran maklumat dan pemasaran termasuklah bidang hartanah semakin terbuka luas dan pantas. Namun salah satu elemen yang kadangkala tidak diberikan perhatian oleh pengiklan hartanah seperti pemilik rumah yang ingin menjual rumah mereka atau perunding hartanah ialah – kepentingan fotografi.
Penjual hartanah sudah tentunya mahu hartanah mereka memiliki gambaran yang menarik manakala pembeli pula sudah pastinya mencari maklumat hartanah yang disertakan dengan visual yang cantik dan menarik. Hal ini merupakan satu faktor penting mengapa kebanyakan laman web hartanah profesional hari ini menyertakan fungsi dan ruang untuk visual hartanah untuk dipaparkan bersama maklumat hartanah.
Kewujudan fotografi sebagai elemen visual dalam maklumat hartanah merupakan elemen yang mampu untuk menarik minta pembeli terutamanya mereka yang mencari hartanah secara online di blog-blog, laman web mahupun ruangan iklan. Ini disokong pula oleh trend semasa masyarakat yang gemar mencari maklumat dan komoditi termasuklah hartanah secara online sahaja. Justeru elemen fotografi hartanah mestilah menitikberatkan soal kualiti kerana kualiti imej yang rendah hanya akan menimbulkan persepsi negatif kepada prospek dan mewujudkan gambaran bahawa si penjual tidak serius untuk menjual hartanah tersebut. Set imej yang meliputi aspek penting hartanah seperti ciri-ciri menarik, renovasi, inventori dan kawasan sekeliling mampu untuk memberikan gambaran yang jelas kepada prospek justeru mampu untuk menarik lebih ramai prospek yang serius untuk hartanah yang ditawarkan.
Seorang pemilik hartanah yang ingin menjual hartanah atau seorang perunding hartanah yang ingin memasarkan hartanah kliennya boleh mengupah seorang jurugambar untuk mengambil gambar hartanah tersebut. Ini adalah kerana jurugambar dapat meringankan tugas si penjual di samping dapat menghasilkan imej yang lebih berkualiti menggunakan alatan yang lebih canggih seperti DSLR. Namun sekiranya anda mampu untuk menguruskan maklumat hartanah di samping memiliki ilmu dan kepakaran untuk menyediakan visual hartanah yang cantik dan menarik – ia adalah bonus untuk anda.
“Lokasi, lokasi dan lokasi” adalah ungkapan yang menggambarkan betapa pentingnya faktor lokasi dalam menentukan nilai dan permintaan terhadap hartanah manakala “fotografi, fotografi dan fotografi” pula menunjukkan bahawa elemen fotografi merupakan elemen yang penting dalam pemasaran hartanah!
5 Comments
Dimanakah tempat yang agak sesuai untuk pelaburan jangka panjang,saya ada duit,justeru hendak mendapat kawasan segitiga yang sesuai.Berikan sedikit tips,dan sekiranya boleh ,berikan kawasan bandar baru.
Terima kasih.
Hartanah di Bangi adalah satu pilihan terbaik setakat ini.
Nilai hartanah di bangi merekodkan peningkatan tertinggi sejak tahun 2005 lagi sehingga lebih dari 5%-8% setiap tahun.
*10 minit hingga 20 minit sahaja ke Putrajaya.
*Infra yang lengkap
Selain Bandar Baru Bangi, pilihan yang baik ialah Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota dan Bandar Alam Sari.
Pingback: Manfaat Fotografi Yang Hebat Kepada Perunding Hartanah — Hartanah Di Sini
maklumat yang menarik
Salam..saya berminat untuk menjadi fotographer hartanah..saya boleh buat video juga. Kami berpangkalan di KL dan mempunyai 5 orang crew. Boleh saya tahu bagaimana untuk apply menjadi jurugambar hartanah? Boleh ke hubungi saya di 017 384 9511 Muhammad Rifqi, coz saya serius untuk ke bidang ini..kerjasama amatlah dihargai..Tq Ikhwan Jamaluddin