Jika anda sedang merancang untuk membeli rumah dan mula memiliki hartanah anda sendiri, Program Perumahan 1Malaysia atau PR1MA ini mestilah ada dalam senarai perhatian anda.
Ini adalah kerana pembeli rumah di bawah Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) ditawarkan pinjaman sehingga 105 peratus oleh institusi kewangan terpilih dengan tempoh pembayaran balik sehingga 30 tahun selain dikecualikan pembayaran duti setem untuk mengurangkan beban mereka.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pendekatan itu selaras dengan aspirasi kerajaan memastikan rumah mampu milik bagi golongan berpendapatan sederhana, terutama di bandar dan pinggir bandar, membabitkan isi rumah berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000 sebulan. Katanya, pinjaman ditawarkan sehingga 105 peratus supaya lebihan lima peratus boleh digunakan bagi membiayai kos insurans dan yuran guaman.
Pembeli juga boleh mengeluarkan simpanan akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menampung sebahagian bayaran balik pinjaman.
Datuk Seri Najib turut mengumumkan penubuhan Perbadanan Program PR1MA, di bawah Pejabat Perdana Menteri, bagi merancang dan menyelaras pembinaan projek itu di seluruh negara selain menentukan pengagihan rumah kepada pemohon yang layak.
Akta khas sedang digubal mengenai penubuhannya dan akan dibentang di Parlimen pada sidang akan datang.
Mengenai Projek PR1MA
-
Projek PR1MA yang dibangunkan menerusi usaha sama kerajaan-swasta ini adalah khusus untuk warga negara Malaysia yang berpendapatan sederhana tetapi tidak lebih daripada RM6,000 sebulan tanpa mengira mereka yang bekerja dengan kerajaan, swasta atau bekerja sendiri.
- Harga seunit ditetapkan antara RM150,000 hingga RM300,000 mengikut lokasi.
- Untuk projek fasa pertama di Presint 11, Putrajaya harga seunit bermula daripada RM120,000.
- Hingga kini sebanyak 20 tapak strategik di Lembah Klang, Selangor dan Negeri Sembilan dikenal pasti bagi pelaksanaan projek PR1MA, termasuk lapan projek yang dijangka bermula tahun ini dan tahun depan, membabitkan 42,000 unit rumah strata dan kediaman bertanah.
- Lokasi terbabit ialah Putrajaya; Cyberjaya; Bandar Tun Razak di Cheras dan Sungai Besi (Kuala Lumpur); Putra Heights di Subang Jaya, Ara Damansara di Petaling, Bandar Bukit Raja di Klang, Elmina East dan Elmina West di Shah Alam, Kota Elmina Di Sungai Buloh, Lagong Mas di Rawang (Selangor) serta Bandar Ainsdale di Seremban dan Seremban Sentral (Negeri Sembilan).
- Tapak pertama projek PR1MA di Presint 11 di sini akan menyediakan 560 unit rumah dengan keluasan antara 815 kaki persegi (kps) hingga 1,006 kps di tapak seluas 1.9 hektar, lengkap dengan kemudahan dewan serba guna, Taska, Tadika, surau dan tapak perniagaan serta kedai.
Sumber : Berita Harian
92 Comments
salam..mcm mner nk apply utk PR1MA tu.tq
Saya berhajat untuk membeli atau menyewa kedai di dalam kawasan projek PRIMA. Terima Kaseh.
berminat sangat nak memiliki rumah 1 malaysia. macam mana nak register to membeli rumah tersebut. Nak tahu yang terdekat dengan petaling jaya /sg buluh
d sabah tiada kah
Bila projek Perumahan PRIMA ini akan di buat di SABAH? Dan bagaimana untuk mendaftar secara online?
Salam brminat PRIMA d area shah alam n mcm mana nak apply ye n rumah tu bila akan siap tq
bila nak buat kt limbang swk.mcm mna nk apply…..
macam mana ibu tunggal nak memohon perumahan ini di daerah limbang?
Berminat nak beli…mcm mana nak beli rumah 1 Malaysia
saya brmnt untk perumahan PR1MA dan saya ingin thu saya seorang suri rmh tangga,blhkah saya apply untk perumahan PR1MA.
Melaka xde ke?
saya ingin membeli rumah 1 malaysia di selangor.ada tak area cheras atau hulu langat..macam mana saya nak buat pemohonan beli rumah 1 malaysia ini
saya berminat,mcm mana nak apply?
saya sungguh berminat kalau perumahan 1 malaysia pr1ma ini di buat d sabah…
salam..saya nak tny mcmana nak apply rumah PR1MA nie?saya berminat untuk membeli rumah melalui program PR1MA nie..
bila nak buat d sabah ni… bguslah klu ada taska sekali… berminat nak jadi pengusaha taska lau ada nanti…tq
bila nak buat d sabah ni… bguslah klu ada taska sekali… berminat nak jadi pengusaha taska lau ada nanti…tq
salam 1 malaysia…… Adakah org mcm saya yg bekerja sebagai tentera dan isteri pun bekerja sebagai tentera boleh buat loan perumahan 1 malaysia ini? Dan lokasi rumah tu boleh membuat pilihan sendiri atau pilihan kerajaan?
tolong bg tahu macam mane nak apply rumah prima
Saya baru persara guru, bolehkah saya mohon pr1ma?
Saya berminat dgn perumahan prima 1 malaysia….bilakah projek prrumahan ini dibuat di daerah tawau sabah?????
saya nak apply.. dok search kat website, x de pun senarai utk area baru ni.. saya sedia maklum yg projek ni dijangka siap 2016… tp nk tau website mna yg ada e-borang tu?
saya berminat nak beli rumah di putra height subang jaya,di bawah projek prima. Projek itu bila akan dilakukan dan bila boleh apply.tq
macam mane nak apply.????
saya berminat beli rumah PR1MA Yang berdekat di balakong.
gaji suami dan saya ialah rm1400 dan rm1600..
saya ada 2 anak yang berusia 8 tahun dan 4 tahun .
saya seorang tentera. boleh ke saya apply?
Macam mana nak apply
d sabah ada ka?mcm mna nak apply?
saya berminat nak beli rumah PR1MA. Macam mana nk apply ?
Dekat kwsn kajang, selangor ada tk projek ini ??
Saya inginkan sebuah rumah utk masa depan anak2, tapi kerana warganegara suami yg selalu menjadi alasan permohonan saya di tolak.saya boleh ke mohon program prima ini.
Macam mana nak apply PR1MA nie dekat Penang…. terima kasih
Bagaimana saya nak mohon untuk rumah Prima1Malaysia di Putra Heights, Subang Jaya. Saya tiada rumah dan kami berpendapatan rendah.
boleh jelaskan secara terperinci tentang rumah prima ini dari segi pembayaran ansuran,pinjaman bank,syarat-syarat yang penting untuk memudahkan proses jual beli rumah prima.
Di sabah bila memandangkan sabah dan sarawak menang terbanyak undi. Bila prima nk start bina di sabah?
Salam sejahtera, saya nk tanya..blh sya tahu lokasi2 PR1MA di Sarawak. Lokasi PR1MA dibahagian Sri Aman ada x?
Bolehkah warga emas dan ibu tunggal memohon?
salam…. sy berasal dari johor bahru dan berkerja di selangor…. boleh atau tidak sy memohon PR1MA di selangor ?
Nak beli jugalah tapi gaji bawah 3000.
macam mana nak mohon ?
saya berminat nak beli rumah di putra heights bila projet ni nak dijalan kan..dan macam saya nak memohon..tq
saya berminat nak beli rumah prima kt sabah kalau ada.macam mana nak dapat kan borang permohonan…?
macam mana nak mohon skim perumahan prima saya berkerje penjawat awam telah berkerja 5 tahun
Di Sabah,McM mana cara memohon…Saya amat berminat..
Hi, Dekat Sabah bila nak Start rumah Prima ni…nak try juga mohon…cmna yer?
salam sejahtera.I nak mohon membeli rumah skim prima.kat kawasan seremban.I nak borang.pls reply me.
mcm mana nak memohon di kelantan
assalam,saya ada tanah di kelantan.Macammana saya nak apply pinjaman
rumah 1 malaysia.
assalamualaikun & alamat sejahtera, bolehkah saya gunakan PR1MA untuk menambah baik bahagian depan, tandas dan dapur rumah yang sedia ada?
Sy ingin memohon rumah prima area seremban@melaka
kawasan tawau, sabah bila mau start..buat
salam…sy berminat,macamana nk beli rumah 1 malaysia.
Salam…Saya nk beli rumah 1 malaysia..Amat2 memerlukan..tlg bantu saya mcmna nk apply area bandar tun razak…
Salam 1malaysia…Saya berminat nk beli RUMAH 1 MALAYSIA…tlg bantu saya ..mcmna nk apply…area bandar tun razak atau Shah Alam..saya amat2 berminat ..tlg beri bantuan..T.kasih..
Saya amat berminat dgn PR1MA ni..tlg bantu saya mcm mana nak apply ni..area kota kinabalu..tlg beri makluma..terima kasih
Saya ingin mendapatkan PR1MA ini.Bagaimanakah cara untuk saya mendaftar?
I cari rumah untuk beli sekarang, tapi susak nak dapat bawa harga 100k. sekarang prima 1 malasia rumah dekat mana telah dijalankan
Pasir Gudang area
saya juga berminat dgn rumah ini..macam mana nak daftar?
Camana nak mohon
saya nak rumah 1 prima kat area klang,meru,ada tak?
Org yg muflis blh tau ada pluang tk utk mmhon skim perumahan 1 mlaysia ni..
Rayuan: Tuan yang dihormati,pohon pihak pengurusan tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya (k.P 590107-03-5397 ) bagi rumah 1prima tahun ini 2013atau cabutan pada 2014 kerana saya belum pun pernah membuat apa-apa pinjaman perumahan. Besarlah harapan saya jika mendapat respon dari pihak tuan, Kerjasama dari pihak tuan itu diucapkan ribuan terima kasih. Yang benar Wmawomar
sy anak sulung dan ibu sy seorang ibu tunggal. kami berdua berkerja. kami belum ada rumah sendiri. sy amat berminat dgn PR1MA ni untuk dapatkan tmepat tinggal bersama ibu sy. jadi boleh kah sy membuat permohonan atas nama sy?
sy belum berkahwin dan tidak mampu menyara hidup dengan menyewa rumah kos yg tinggi.
Saya brminat nk memiliki rumah 1 malaysia.
Mcmna caranya?
Bagaimna bole dpatknnya?
Saya bkerja sendiri saya try utk memiliki rumh sndiri brmcm2 pinjaman prumahan saya cuba tp semuanya mnghapakn.
assalam… mcmn nak apply
sya berminat sangat,bagaimana caranya?
saya berminat
I ingin beli rumah 1 Malaysia di semenyih? Mana boleh dapat borang? When I can get more details in this issue? Pls let me know as soon.10q
sy juga nak daftar ,tapi nak tanya kalau lepas beberapa tahun jika nak pindah rumah lain boleh x ? dan sewakan rmh nie kpd orang lain ?
Sye nk tahu cara nk daftar. Area klu bleh nk kt klang bukit raja
blacklist blh beli ke
di pasir gudang ada x
saya memang nak sgt rumah prima tapi dah register 2 kali masih x dapat ape2 info..macamne nak tau permohonan kita berjaya….
sy nak ada rumah sendiri harap boleh dapat tq
En.bly sy tau cm sy nk apply?ble dkira gaji sy dan suami br tiga ribu lebh..adakh kmi lyk memohon..kmi tiada rumah lagi en
saya berminat dengan perumahan ini. macam mana nak apply
Saya ingin bertanya bagaimana saya ingin memohon PR1MA ini ?Adakah program ini di bahagian Sri Aman,Sarawak?Tq
saya dah ada rumah boleh ke saya juga nak menyertai program ini
kat limbang tingkat brapa ambik borang perumahan 1malaysia..trima kasìh
kat limbang tngkat brapa kat limbng plaza ambk borang perumahan 1malaysia.trima kasih
Boleh saya tahu di mana lokasi yang mereka membina rumah 1 malaysia di Selangor?
Saya kerja governent,tp ada ctos layak ke memohon loan rumah prima ni.
Mohon pnjelasan utk cara mmbuat permohonan.syarat2 dn prkara berkaitan lokasi pmbinaan rumh st malaysia ni.tksih.
Saya nak mohon rumah 1malaysia….mcmn dan boleh tahu dimana projek berdekatan dgn rwg?
cari rumah kat negeri sembilan
salam. sy nk tnye uma pr1ma xde yg wat uma flat ke sbb uma yg sdia ade sgt mahal ape tah lg sy nie bkje sbgai securty eon mall gaji basic cuma rm900 jee
salam. sy nk tnye uma pr1ma xde yg wat uma flat ke sbb uma yg sdia ade sgt mahal ape tah lg sy nie bkje sbgai securty eon mall gaji basic cuma rm900 jee
Saya berminat memiliki rumah primaku di Kota Elmina,Sg Buloh. Macam mana nak memohon ?
At this time it appears like Drupal is the preferred blogging platform out there right now.
(from what I’ve read) Is that what you’re using on your blog?
Bagai mana nak dapatkan lon
untuk pendaparan rendah Dari 2000 sebulan
Dan bagai mana nak dapatkan rent to own a house
Salam sejahtera. saya berkerja sebagai kerani di Jabatan Perancangan Bandar dan desa Semenanjung Malaysia beralamat di ibu pejabat. Saya ingin memohon untuk membeli rumah di sekitar kawasan Batu Caves. Bagaimanakah caranya. Diharap dapat melolong saya. Sekian, terima kasih. Salam
Sy Minta rumah 1 Malaysia… Area semenyih
Pingback: Cari Kerja Rumah Tangga Di Semarang Tahun Ini – SUNOTOBLOG