KUALA LUMPUR, 26 Sept — Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REDHA), yakin dengan pasaran hartanah untuk separuh kedua tahun ini, dirangsang oleh tinjauan pertumbuhan positif ekonomi Malaysia. Presidennya, Datuk Seri Michael Yam berkata sektor hartanah itu mempunyai hubungan terus kepada keadaan ekonomi memandangkan permintaan untuk hartanah telah meningkat semasa kerancakan ekonomi. “Melainkan, jika terdapatnya krisis kewangan yang serius ataupun lebih kepada krisis keyakinan, saya lihat pengambilan hartanah yang menggalakkan,” kata beliau kepada pemberita selepas pemakluman terkini hartanah separuh pertama 2011 REDHA di sini Isnin.
Beliau menambah yang momentum yang memberangsangkan ini dijangka berterusan ke tahun hadapan. Yam berkata sebagaimana yang dijangka persatuan, pelancaran baharu hartanah akan meningkat dalam separuh kedua dan harga hartanah juga dijangka bergerak seiringan. Beliau berkata dalam Kaji Selidik Industri Hartanah bagi separuh pertama 2011, yang dikendalikan oleh REHDA, pemaju hartanah menjangkakan kira-kira 20 peratus kenaikan dalam harga pelancaran baharu pada separuh kedua tahun ini. Unjuran itu mengambilkira kenaikan kos pengeluaran di mana kos buruh dan bahan binaan yang meningkat akan menjadi cabaran utama untuk pemaju hartanah dalam bergerak ke hadapan. Kaji selidik itu dikumpulkan daripada maklum balas 147 pemaju hartanah seluruh Semenanjung Malaysia.
— BERNAMA
1 Comment
sy berminat nk.beli rumah tp.tidak tahu cara2 proses..boleh bagi pencerahan.dan.nasihat untuk beli rumah prima..0133343700..