Sijil Agensi Harta Tanah (CEA): Platform Menjadi Ejen Hartanah Berdaftar

Encik lulus semua subjek. 2 subjek cemerlang.

Makluman dari pihak Sijil Agensi Harta Tanah (CEA) yang dikendalikan Institut Penilaian Negara (INSPEN) tersebut cukup melegakan saya. Alhamdulillah – saya telah lulus keenam-enam subjek dalam Semester 1 CEA!

Subjek-subjek tersebut adalah 6 subjek dari 12 subjek yang ditawarkan di dalam program CEA di mana setiap semester menawarkan 6 subjek. Jadi keseluruhan program melibatkan 2 semester (14 bulan) dengan 3 bulan untuk praktikal (dikecualikan jika ada pengalaman sebagai negotiator lebih dari setahun).

Saya tidak pernah mengambil peperiksaan yang dikendalikan terus oleh board namun dari perkongsian rakan-rakan saya sering mendapat gambaran yang peperiksaan tersebut sukar untuk dilepasi dan mengambil masa bertahun-tahun untuk lulus dalam semua subjek requirement  untuk mendaftar sebagai Ejen Hartanah Percubaan (Probationary Estate Agent). Pada ketika itu program CEA ini dilancar dan mula diperbualkan. Saya mengambil keputusan untuk mencuba program ini setelah banyak review mengatakan “mudah lulus kalau ikut program ni”.

Setelah mengikuti program CEA sebagai pelajar separuh masa (part time) selama 1 semester dan menghadapi peperiksaan akhir semester, saya menyedari yang “mudah lulus” bukanlah advantage utama bagi saya yang mengikuti program ini.

Sudah tentu cepat lulus dan melangkah ke peringkat seterusnya sehingga memperoleh lesen dan agensi hartanah sendiri adalah objektif utama namun ada beberapa elemen lain yang menjadi faktor mengapa saya menganggap CEA merupakan satu platform yang baik untuk menjadi ejen hartanah berdaftar.

Selain menawarkan kelas-kelas pengajian (setiap hari Sabtu untuk pelajar separuh masa) dengan harga yang amat berpatutan iaitu lebih kurang RM8000 untuk keseluruhan program, pengetahuan dan pengalaman yang dikongsi oleh pensyarah-pensyarah yang mahir dalam bidang berkaitan hartanah amat berguna untuk diaplikasikan merangkumi undang-undang, teori, pemasaran, cukai dan sebagainya. Selain itu berada bersama rakan-rakan sekelas yang masing-masing ada kelebihan dan pengetahuan tersendiri (perunding hartanah, peguam, dsb) memberi peluang untuk berkongsi pandangan dan juga pengalaman yang sudah tentunya amat bermanfaat buat saya yang masih bertatih di dalam bidang ini.

Kini saya dan rakan-rakan sekelas sedang mengikuti Semester 2 dan sekiranya lulus dalam 6 lagi subjek, akan membolehkan kami untuk mendaftar sebagai Ejen Hartanah Percubaan, menjalani percubaan selama 2 tahun dan seterusnya menghadapi TPC untuk memperoleh lesen ejen hartanah sendiri.

Kesimpulan dari pandangan saya ialah Sijil Agensi Harta Tanah (CEA) yang ditawarkan INSPEN ini adalah satu platform yang baik untuk menjadi ejen hartanah berdaftar selain program-program yang setaraf dengannya. Apabila INSPEN membuka tawaran kemasukan baru untuk batch seterusnya, bertindak segera untuk anda melangkah ke peringkat seterusnya!

Nasrul Hanis

Seorang Registered Estate Agent (E2578) yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah & Pengurus Harta Malaysia (LPPEH).

Saya kini berkhidmat sebagai Prinsipal di Alam Harta Realty E(3)1687, sebuah firma ejen hartanah yang beroperasi di Shah Alam, Selangor.

Call/SMS/WhatsApp saya di 019-2172330 untuk pertanyaan & bantuan penjualan/pembelian/sewaan hartanah anda di Lembah Klang dan sekitarnya.

Latest posts by Nasrul Hanis (see all)

61 comments… add one
  • Sarjuni Bin Mohamad

    August 13, 2012, 1:37 pm

    Ada ker modul pengajian secara jarakjauh/pos

    Reply
    • Hartanah Di Sini

      September 29, 2012, 1:27 pm

      Setakat ini yang saya sedia maklum tak ada tuan. Yang ada Full time (untuk lepasan SPM) dan Part time basis.

      Reply
  • Yus

    September 11, 2012, 12:26 pm

    Slm bos
    Nak tanya pasal kursus cea ni:

    1. Utk yg buat partime beli hartanah kena praktikal jugak ke? Pengalaman baru 6/7 kali buat urusan beli hartanah tapi tak guna agen. Semua urus sendiri kecuali tang lawyer & valuer tu diorg buat lah.

    2. Kalau dah ada degree @ master ada boleh dpt pengecualian @ pindah kredit tak? Katakan ada degree dlm construction ke ada dpt ke?

    3. Bahasa penghantarnya melayu ke inggeris. Maklum lah dulu sekolah pondok je. Inggerisnya tak berapa nak paham sgt.

    Memang minat sgt nak joint.

    Reply
    • Nasrul Hanis

      November 12, 2013, 5:39 pm

      Waalaikumusalam Yus,

      1) Sekiranya belum pernah practice sebagai perunding hartanah di mana-mana egensi hartanah, memang kena praktikal. Perunding hartanah yang berpengalaman lebih 1 tahun biasanya akan dikecualikan dari praktikal ini.

      2) Hanya lepasan degree/pengajian yang berkaitan dengan Valuation/Property/Estate Management dari institusi yang diiktiraf LPPEH sahaja yang biasanya diiktiraf untuk terus ke TPC selama 2 tahun.

      3) English

      Untuk maklumat lanjut boleh check di dokumen PDF ini:

      http://www.inspen.gov.my/inspen/v2/wp-content/uploads/akademik/CEA.pdf

      Reply
    • günstige kfz versicherung berlin

      February 5, 2017, 7:33 pm

      Is that a German visor peeping out from beneath Himmler’s turban? Neither Muslim nor Sikh turbans have visors. Now you’ve moved on from Sikh turbans to the turbans of Napoleon’s Dragoons. I’m not sure that’s classified as “warmer”…”The uniform of the Dragoon consisted of…a sealskin turban, black leather visor…” see: wikipedia Uniforms of La Grande Armee

      Reply
  • rascd

    October 30, 2012, 2:33 am

    salm nak join seminar

    Reply
    • Nasrul Hanis

      November 12, 2013, 5:36 pm

      Waalaikumusalam maaf rascd, CEA ini adalah kursus pengajian dan bukan seminar.

      bagaimanapun untuk seminar hartanah anda boleh follow seminar2 hartanah yang bagus contohnya yang dianjurkan DSR atau Tuan Bri 😀

      Reply
  • gmanzul

    November 11, 2012, 12:01 pm

    salam bro!kawan pun nak join cam ne caranya?

    Reply
  • Dzrantidi Desson

    March 17, 2013, 5:42 am

    Saya nak tahu cara nak jadi broker hartanah

    Reply
  • Dzrantidi Desson

    March 17, 2013, 5:46 am

    Saya nak jadi broker hal tanah, saya mlnat nak belajar, boleh tak ajar saya caranya

    Reply
    • Nasrul Hanis

      November 12, 2013, 5:35 pm

      Untuk menjadi perunding hartanah berdaftar, boleh contact mana-mana ejen hartanah yang terdekat dan sesuai dengan cara kita mahu bekerja dan apply untuk menjadi perunding hartanah di situ.

      Setelah selesai didaftarkan + training, sudah boleh mula uruskan jual beli hartanah.

      Reply
      • azizur

        May 14, 2014, 3:03 pm

        en.. saya dari melaka. syarikat perunding hartanah berdaftar mahu ke dia ambik kita yg part time ni n satu lagi kebanyakan real estate di monopoli oleh bangsa lain.tuan bole rekomenkan kat saya, rakan2 tuan yg syarikat hartanah berdaftar mengambil saya sebagai ejen

        Reply
  • norijah

    April 25, 2013, 3:03 am

    Sijil Agensi Harta Tanah (CEA) yang ditawarkan INSPEN . Bagaimana saya nak joint CEA untuk part time basis.

    Reply
  • umaer

    June 5, 2013, 4:26 pm

    sye pelajar thn akhir diploma pengurusan hartanah UTM dan tidak berminat utk menyambung ke peringkat ijazah…
    boleh x admin terangkan sedikit selok-belok kpd saye tntang kerjaya bagi lepasan diploma sprti sye..

    Reply
    • Nasrul Hanis

      November 12, 2013, 5:32 pm

      untuk lepasan diploma dalam pengurusan hartanah dari institusi yang diiktiraf boleh terus buat Test of Professional Competency selama 2 tahun.

      Sila rujuk pada LPPEH untuk maklumat lanjut dan pengesahan.

      Reply
  • nik azman bin raja ibrahim

    June 26, 2013, 4:36 am

    Mcm mana nak kursus hartanah
    …kat mana boh….saya nak ikut kursus ni…t.kasih

    Reply
  • imran

    August 13, 2013, 8:57 am

    salam, saya nk ikut kursus ni mcm mana? Mcm mana nk hantar permohonan cara mudah sbb saya sibuk bekerja pada hari biasa kecuali weekend sahaja free. ada sesiapa yang boleh saya berhubung x utk memudahkan urusan sbb saya kalau boleh ingin join utk bln januari tahun dpn ?

    Reply
  • rosemary

    August 13, 2013, 9:57 am

    salam,,saya minat kursus ni,,boleh tahu ya informasi tentang ni

    Reply
  • Sharene lydiana

    November 10, 2013, 8:35 am

    Bagaimana hendak mendaftar?

    Reply
  • Johny John

    July 14, 2014, 10:22 am

    Salam Boss

    sy nak tanya dalam sijil yang mana satu yg memerlukan kita boleh buka real estate agency company sendiri ye? CEA ke atau pun sijil penilaian harta tanah atau pengurusan harta tanah? dan ape syarat2 untuk buka agency company sendiri?

    Thanks

    Reply
    • fifa 16 coins cheat

      February 14, 2017, 4:41 pm

      Đọc xong rồi mà lòng cứ mãi rưng rưng.Cám ơn anh về những sẻ chia, trăn trở.Mừng anh có nhà mới. Chúc anh vạn sự an lành.

      Reply
  • azlan

    August 4, 2014, 5:37 am

    Salam tuan.. Saya seorang penganggur,dan berminat nak ceburi bidang hartanah ni.. Boleh bagitau serba sedikit langkah2 untuk memulakan kerjaya ni tak?

    Reply
  • Aziman Adnan

    March 7, 2015, 11:38 am

    Assalamualaikum. Nama saya Aziman dan saya baru 17 tahun. Saya berminat dengan kursus hartanah ni. Apa kelulusan untuk masuk kursus?

    Reply
    • Nasrul Hanis

      March 9, 2015, 1:12 pm

      Waalaikumusalam.

      Syarat untuk kursus Sijil Agensi Hartatanah ini adalah:

      Syarat Am
      • Warganegara Malaysia;
      • Mod Sepenuh Masa: Berumur 17 hingga 21 tahun pada tarikh tutup
      permohonan
      • Mod Separuh Masa: Tiada had umur
      • Lulus peperiksaan SPM atau setaraf.
      Syarat SPM (Mod Sepenuh & Separuh Masa)
      • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu,
      • Kepujian dalam mata pelajaran Matematik, atau Sains, atau Perdagangan, atau
      Prinsip Akaun,
      • 1 Kepujian dalam mana-mana mata pelajaran.

      Boleh download brosur di: http://www.inspen.gov.my/inspen/v2/wp-content/uploads/akademik/CEA.pdf

      Reply
  • Asyraf Maaruf

    March 12, 2015, 2:34 pm

    Salam tuan..bagaimana saya nak jadi agen hartanah di bawah agensi berdaftar?sangat berminat tetapi xtahu cara nak mula bagaimana..terima kasih

    Reply
    • Nasrul Hanis

      November 26, 2016, 11:14 am

      Waalaikumusalam.

      Boleh cari agensi hartanah berdaftar yang berdekatan dengan kawasan tempat tinggal atau kawasan yang encik nak praktis perejenan hartanah. Boleh dapatkan senarai agensi hartanah berdaftar di laman web rasmi LPPEH (http://www.lppeh.gov.my)

      Kebanyakan agensi hartanah berdaftar menyediakan latihan untuk perunding hartanah yang berdaftar dengan mereka.

      Reply
  • NORMAWATI MD MUSTAFA

    May 2, 2015, 6:45 pm

    assalam tuan.dimana ada taklimat menjadi agen hartanah,..atau kursus jangka pendek di johor bahru.
    pengalaman kena tipu dengan agen hartanah menjadi saya berhati-hati.tq

    Reply
    • Nasrul Hanis

      November 26, 2016, 11:19 am

      Waalaikumusalam cik/Puan.

      Kini LPPEH menyediakan kursus Negotiator Certification Course (NCC) selama 2 hari untuk mereka yang berminat menjadi perunding hartanah dengan agensi hartanah berdaftar.

      Untuk menjadi ejen hartanah berdaftar (registered estate agent / REA) boleh semak di Internet mengenai Certificate of Estate Agency INSPEN atau hubungi LPPEH mengenai exam yang diadakan sebagai jalan menjadi seorang REA. Pihak-pihak ini sememangnya terlibat dalam urusan penerangan bidang perejenan hartanah.

      Reply
  • suzeehartanah

    May 12, 2015, 3:30 am

    Blog ini sesuai bagi mereka yang ingin dan bercadang untuk membuka Agensi Hartanah sendiri di masa akan datang.

    Reply
    • Nasrul Hanis

      November 26, 2016, 11:21 am

      Terima kasih atas komen. Saya akan terus berkongsi maklumat seumpamanya di blog ini InsyaAllah 🙂

      Reply
  • Puteri

    July 10, 2015, 10:11 pm

    Salam Tuan,
    Saya agent hartanah disebuah syarikat. baru hampir setahun kecimpung dalam hartanah dan jual 2 rumah.

    Bagaimanapun saya ingin bertanya?

    1)Adakah CEA ini melayakkan kita membuka syarikat sendiri?
    2)kalau yang REN no tu untuk lesen kita menjual ke?

    Kerana syarikat saya belum memberi ren kpd sy.

    Reply
    • Nasrul Hanis

      November 26, 2016, 11:26 am

      Waalaikumusalam.

      1) Menjadi seorang Graduan CEA melayakkan anda untuk mendaftarkan diri sebagai seorang Probationary Estate Agent / Ejen Hartanah Percubaan (PEA) dan menjalani Test of Professional Competence (TPC) di bawah supervision seorang Registered Estate Agent (REA).

      Kena praktikal dan isi work diary selama 2 tahun kemudian kena submit Record of Experience (ROE), Task 1 & Task 2 dan dipanggil untuk interview. Setelah lulus interview barulah boleh mendaftar sebagai seorang Registered Estate Agent (REA) dan layak untuk membuka agensi hartanah sendiri.

      2) Menjadi seorang Real Estate Negotiator (REN) membolehkan anda menjadi pembantu kepada REA dan mewakili agensi hartanah berdaftar dalam transaksi perejenan hartanah seperti jualan dan sewaan hartanah.

      Reply
  • Rozallizna

    September 30, 2015, 9:37 pm

    En cik kenapa sy ramai orang bag I sy tanah untuk jual, tapi sy langsung tak boleh jual, pembeli dah ada, masalah utama sy bila pembeli dapat grand dia terus pergi dkt owner sy sebagai agent dia tinggalkan

    Reply
    • Nasrul Hanis

      November 26, 2016, 11:28 am

      Puan Rozallizna,

      Penting untuk kita sebagai pihak dari ejen hartanah untuk menjadi pemudahcara dan mendapatkan kepercayaan kedua-dua pihak yang terlibat dalam jualbeli.

      Juga penting untuk kita educate pelanggan mengapa lebih baik dan selamat berurusan dengan ejen hartanah supaya proses jual beli dapat diuruskan dengan sebaik mungkin.

      Reply
  • ismail saad

    October 10, 2015, 12:19 am

    bagaimana cara dan dimana blh saya nk dpt2 krusus cea ni.

    Reply
  • Shamsul

    October 12, 2015, 7:35 pm

    1. Sy seorang account relationship manager/mortgage exec di salah sebuah bank dan mempunyai pengalaman 8 tahun dalam bidang yg sama. Adakah perlu sy mengambil 2 semester seperti yg dijelaskan di atas?
    2. Bolehkah banker seperti sy meduduki utk memperoleh lesen agen hartanah ini? Adakah sebelum ini ada juga banker yg pernah memperolehnya?

    Reply
    • Nasrul Hanis

      November 26, 2016, 11:31 am

      En Shamsul,

      1) Ya, perlu.. jika anda nak menjadi seorang Probationary Estate Agent dan kemudian Registered Estate Agent sebab perlu kepada Academic Qualification dan bukan working experience. Untuk menjadi Real Estate Negotiator (REN).. tidak perlu, hanya perlu hadiri Negotiator Certification Course (NCC) dan buat masa ini kelayakan minimum adalah SPM.

      2) Ya, sesiapa sahaja yang layak untuk ambil Sijil dan Diploma boleh masuk ke peringkat akademik yang diiktiraf oleh LPPEH untuk memperoleh lesen ejen hartanah sendiri.

      Reply
  • Afiqah

    January 27, 2016, 2:15 am

    Assalammualaikum. Kalau sudah ambil sijil ini, peluang kerja dimana?

    Reply
    • Nasrul Hanis

      November 26, 2016, 11:34 am

      Waalaikumusalam.

      Peluang kerjaya untuk menjadi seorang Probationary Estate Agent / Ejen Hartanah Percubaan (PEA) dan kemudian Registered Estate Agent / Ejen Hartanah Berdaftar (REA).

      Boleh mewakili pelanggan dalam urusan jual beli sewaan hartanah dengan sah di sisi undang-undang samada bersama agensi hartanah berdaftar atau membuka firma agensi hartanah sendiri. dan juga boleh memayungi 20 orang perunding hartanah di bawah anda ditambah lagi 10 orang dengan kebenaran LPPEH.

      Satu peluang kerjaya yang baik untuk anda yang meminati bidang perundingan hartanah.

      Reply
  • umi

    February 12, 2016, 6:36 am

    salam..nk tnye..kalo nk jadi ejen hartanah memg kene masuk institut tertentu ke utk buat pengajian then baru bole dapat lesen?tq

    Reply
    • Nasrul Hanis

      November 26, 2016, 11:37 am

      Waalaikumusalam. Ya, sekiranya anda belum ada kelayakan akademik yang diiktiraf LPPEH seperti CEA di INSPEN atau Diploma/Degree Estate Management.

      Contohnya saya sendiri adalah lulusan Degree Urban & Regional Planning dari IIUM tapi tidak diiktiraf LPPEH untuk menjadi Probationary Estate Agent jadi saya enroll Certificate of Estate Agency di INSPEN.

      Ada beberapa institut yang menawarkan pengajian yang diiktiraf dan boleh pilih mengikut keselesaan belajar dan kelayakan.

      Reply
  • zaidi jemain

    September 6, 2016, 1:13 am

    salam tuan Nasrul Hanis,saya berumur 24,hanya pemegang spm sahaja tapi minat saya trhadap hartanah sgt dalam.dah lama cari jalan utk jadi agent hartanah atau penilai atau pengurus harta dan seumpamanya.boleh ke tuan emailkan saya cara utk apply course ini utk lebih berjaya seperti tuan.mohon sangat utk tuan berkongsi cara da jalan utk capai impian saya ini.terima kasih

    Reply
    • Nasrul Hanis

      November 26, 2016, 11:39 am

      Waalaikumusalam. Boleh layari laman web Institut Penilaian Negara (http://www.inspen.gov.my) untuk maklumat lanjut dan berhubung dengan pegawai yang terlibat.

      Reply
  • Amirrul

    November 24, 2016, 8:28 am

    Assalam. Saya Amirrul. Saya berminat nak jadi ejen hartanah. Jadi boleh saya tahu apa kelayakan nak jadi ejen ni ?
    Kalau ada diploma tapi dari bukan dari bidang hartanah boleh tak?

    Reply
    • Nasrul Hanis

      November 26, 2016, 11:40 am

      Waalaikumusalam.

      Mesti kelayakan yang diiktiraf oleh LPPEH contohnya Certificate of Estate Agency dari INSPEN atau Diploma/Degree Estate Management dan juga kelulusan lain yang diiktiraf.

      Reply
  • andreanbaskoro

    January 24, 2017, 5:37 pm

    Assalamualaikum wr wb.
    salam persahabatan
    Perkenalkan, nama saya Andrean Baskoro, saya tinggal di jawa tengah, Indonesia. Sedikit berkongsi kisah hidup saya, semoga dapat menjadi inspirasi bagi rakan-rakan yang sedang terjerat masalah hutang terutama riba.
    3 tahun yang lalu saya pernah rugi dalam perniagaan hartanah dan kotraktor hingga akhirnya terjerat hutang sampai dengan hampir Milyaran. Dari mula kereta operasi s / d kereta peribadi ghaib. Dari merumahkan pekerja sehingga akhirnya saya yang merumahkan diri ..
    Ada banyak ikhtiar yang sempat saya lakukan hanya demi kembali bangkit. Dengan baki modal yang tidak seberapa, iseng ikut MMM. terdampar. Cuba peruntungan melalui paranormal, malah tambah susah … ya pernah. Cuba beli nombor togel (modal nanya-nanya ke dukun), alih-alih nombor yang dijangka keluar, malah-malah nombor dukunnya yang tidak dapat dihubungi lagi (judulnya kena tipu lagi). Cuba mencari pinjaman online, malah disuruh pemindahan kos pentadbiran.
    Pada diri saya terpatri: Lebih baik berusaha dan gagal daripada mengumbar aib diri dengan cara meminta orang untuk memahami kesulitan yang sedang saya hadapi. Apapun peluang yang datang, saya follow up. Tidak masuk akal? Mungkin. Hanya saja, saya berkeyakinan bahawa orang baik pasti akan diketemukan dengan orang baik. Seiring berjalannya waktu, Allah bukakan jalannya juga. Di suatu petang saya dipertemukan dengan sebuah dompet. Melalui dompet itulah Allah turunkan cobaan sekaligus jalan yang merubah nasib saya. Saya katakan cobaan, kerana pada masa itu saya tidak pegang wang sama sekali. Sedangkan dalam dompet tersebut selain identiti dan sim pemiliknya, ia juga mengandungi 4 Atm dari Bank yg berbeza sekaligus ada sehelai kertas kecil yang diselitkan mengandungi 6 digit angka.
    Saya hanya menduga-duga saja bahawa angka tersebut adalah pin dari salah 1 Atm di dompet. Belum lagi ada wang 2.4 jt rupiah dalam lembaran 100ribuan. Kan wow banget godaannya? Sejujurnya dalam lapar dan dalam desakan bil, ada godaan untuk mempunyai isi dompet tersebut. Hingga akhirnya saya putuskan utk mendatangi alamat yang tertera di dalam kad pengenalan. Sempat tanya sana-sini. Ketika tiba di alamat yg tertera, saya tidak menyangka bahawa menurut warga sekitar, si pemilik dompet tersebut adalah pejabat disalah satu pejabat daerah. Dan kebetulan lagi, beliau tergolong sebagai dermawan di kotanya. Malah katanya, dia tidak segan utk membantu orang yg benar-benar sedang kesulitan. Apakah dengan memberikan pinjaman, atau memberikan modal usaha. Setelah berbual panjang lebar dan akan meminta diri, saya tidak menyangka sama sekali bahawa saya diajak untuk bergabung dalam perniagaan yg dia uruskan.
    Pendek cerita, melalui peluang dari beliaulah saya dapat memperbaiki keadaan ekonomi keluarga. Mengenai hutang saya? Ketika saya menulis kisah hidup saya ini, hutang saya telah mendekati lunas hanya kurang kira-kira dari 20jt saja. Jika saudara ingin turut bersilaturahmi dengan beliau, dgn tujuan untuk menyediakan pelaburan modal pada usaha yang saudara urus, atau ingin cuba peruntungan agar masalah hutang anda diberikan penyelesaian, saya bersedia utk mengantarkan saudara pada beliau.
    Tenang saja, tanpa bayaran apa-apa kok. Atau sekadar bermaksud utk berkongsi tips tentang bagaimana cara penyelesaian hutang pada kad kredit, KTA atau penyelesaian hutang pada rentenir, saudara boleh menghubungi saya via e-mail di:. Utk nombor telfon / bbm by request yaa.
    . Semoga saudara sekalian diberikan kemudahan dan kesabaran. Tetap semangat untuk berikhtiar. Kerana Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum sehingga kaum tersebut merubahnya. salam. Andreanbaskoro31@gmail.com oh iya, maklum saja sih .. Kalau ada yg mengaku boleh tidak meminta pemindahan sejumlah wang, sebaiknya tidak perlu ditanggapi. Tentunya anda tidak ingin bagai membeli kucing dalam karung kan? Kerana kalau pengakuannya memang benar, seharusnya orang tersebut berani untuk bertemu secara langsung.

    Reply
  • Danial

    February 3, 2017, 3:02 am

    Saya nak tahu apa beza program CEA ini dengan course diploma/ijazah hartanah di Universiti tempatan. Mana lagi yang lebih membantu untuk saya jadi ejen hartanah?

    Reply
  • mOHD eLIAS

    February 19, 2017, 5:01 am

    saya berminat untuk menjadi agen hartanah secara.dan pernah buat secara sambilan.tetapi kelayakan akademik saya tidak menepati syarat.Matematik saya fail dalam spm.adakah saya masih boleh memohon.dan berapa kos yang akan dikenakan?

    Reply
  • ROSLAN

    July 5, 2017, 5:08 pm

    Assalamualaikum ,boleh saya tau syarat kelyakkan untuk mengikuti program CEA ni?

    Reply
  • imran

    September 14, 2017, 12:37 pm

    Jikalau cuma Ade pt3 boleh amik x?? Sekadar bertanya

    Reply
  • muhammad

    July 11, 2018, 9:31 am

    nak tanya,kalau ade lesen ni boleh bukak firm sendiri kan?

    Reply
  • razi

    September 24, 2018, 1:43 am

    Perlu ada REN number tak untuk ambil course CEA di Inspen ni?

    Reply
Cancel reply

Leave a Comment