Selaras dengan hasrat untuk merancakkan pasaran harta tanah dan meningkatkan pembelian unit rumah daripada pemaju yang tidak terjual seterusnya mengatasi masalah lebih bekalan hartanah kediaman, Kerajaan mengekalkan kadar duti setem bagi surat cara pindah milik harta semasa yang dikenakan bagi harta yang bernilai melebihi RM1 juta sehingga RM2.5 juta untuk tempoh 6 bulan dan memperkenalkan insentif pengecualian duti setem 100% bagi pembelian rumah pertama seperti dinyatakan di dalam Siaran Media yang berikut.
Kos untuk duti setem merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi keputusan pembeli dalam pembelian hartanah justeru diharap dengan adanya insentif dari Kerajaan ini akan sedikit sebanyak membantu para pembeli hartanah kediaman untuk mengurangkan kos pembelian dan seterusnya mengurangkan jumlah hartanah kediaman yang belum terjual di negara kita.