Had 10 Tahun Untuk Refinancing Pinjaman Perumahan

Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan garis panduan baru kepada bank mengenai pembiayaan semula gadai janji (mortgage refinancing) pada Q3 2013. Sebelum ini anda boleh membiayai semula rumah anda dengan tempoh bayaran balik sehingga 35 tahun.

Di bawah garis panduan baru wang tunai yang dikeluarkan daripada jumlah pembiayaan semula akan dihadkan tempoh bayaran balik 10 tahun sahaja.

Garis panduan yang baru ini adalah sebahagian dari usaha BNM untuk mengurangkan jumlah hutang seisi rumah dan juga mengurangkan aktiviti spekulasi dalam sektor hartanah yang didorong oleh pinjaman pembiayaan semula.

Apakah Kesannya?

Sebelum ini anda boleh membiayai semula rumah anda sehingga 90% daripada nilai pasaran. Wang tunai yang anda perolehi dari pembiayaan semula ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan termasuklah pengubahsuaian (renovation), pelaburan dan pembelian hartanah. Tempoh pinjaman maksimum pula mengikut garis panduan untuk pinjaman perumahan iaitu selama 35 tahun.

Hal ini berubah dengan garis panduan yang baru.

Contoh Pengiraan

Andaikan rumah bernilai RM500,000, baki tertunggak pinjaman perumahan adalah RM200,000, kadar faedah pada 4.6% dan margin of finance adalah 90% daripada nilai pasaran.

Contoh pengiraan pembiayaan semula menggunakan kaedah lama:

Wang tunai dari pembiayaan semula = (90% x RM500,000) – RM200,000 = RM250,000
Jumlah pembiayaan semula = RM450,000
Tempoh maksimum = 35 tahun

Jumlah ansuran bulanan = RM2,158

 

Contoh pengiraan mengikut garis panduan terbaru:

Jumlah untuk menampung baki = RM200,000
Tempoh maksimum = 35 tahun
Ansuran bulanan = RM959

Wang tunai dari pembiayaan semula = (90% x RM500,000) – RM200,000 = RM250,000
Tempoh maksimum = 10 tahun
Ansuran bulanan = RM2,603

Jumlah pembiayaan semula = RM450,000

Jumlah Ansuran Bulanan
= RM959 + RM2,603
= RM3,562

 

PERBEZAAN JUMLAH ANSURAN BULANAN KIRAAN BARU & LAMA = RM3,562 – RM2,158 = RM1,404

 

Sumber: Loanstreet.com.my – Had 10 Tahun Untuk Refinancing Pinjaman Perumahan

Join The Discussion

5 thoughts on “Had 10 Tahun Untuk Refinancing Pinjaman Perumahan”

  • irwan

    Bos,total rm3562 tu adalah utk check eligible utk refinance sbb bank akan guna total tu as monthly commitment . if lulus, monthly payment akan dikira base on loan amount rm450000. Betul x?

    Reply
  • zuraidah

    salam tuan,

    saya ingin bertanya bagaimana caranya untuk saya membuang nama bersama di dalam loan agreement? (cth : semasa membuat loan combine nama suami n isteri, setelah selesai semuanya belum sampai setahun suami mahu nama dibuang dr loan bank, maksud nya hanya mahu nama isteri di dlm loan tersebut).

    terima kasih

    Reply
  • Wan hamzah

    Tumpang tanya…boleh ke buat refinance rumah loan kerajaan…rumah tu sy baru beli 2 tahun….

    Reply
  • Orang Utara

    kupasan refinance yang bagus. Pencerahan pada orang kurang faham tentang calculation refinance

    Reply
  • Bala

    Kalau di bawah AKPK boleh tak buat refinance?

    Reply

Compare listings

Compare