Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Hartanah Di Sini
    • Laman Utama
    • Jual & Sewa Hartanah
    • Mencari Hartanah?
    • Senarai Hartanah
    • Kalkulator Pinjaman
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Hartanah Di Sini
    Tips Hartanah

    Tips Menghubungi Ejen Hartanah untuk Membeli Rumah Idaman Anda

    Nasrul HanisBy Nasrul HanisNovember 12, 2013No Comments4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Anda sedang mencari hartanah untuk dijual di suratkhabar atau laman iklan di Internet dan anda ternampak rumah yang memenuhi kehendak anda.

    Sudah pasti langkah seterusnya ialah dengan menghubungi perunding hartanah/ejen hartanah (sekiranya penjual menggunakan ejen) untuk bertanya mengenai rumah tersebut.

    Memang benar hal ini ringkas sahaja namun hal yang ringkas inilah kadangkala menyebabkan anda terlepas peluang di depan mata. Mari kita lihat beberapa tips menghubungi ejen hartanah untuk membeli rumah.

    Semak Penerangan & Status Iklan

    Sabar. Anda mungkin begitu teruja untuk membeli rumah – tapi tunggu dulu. Baca iklan rumah untuk dijual tersebut sehingga habis. Berapa saiznya. Berapa bilik tidur dan bilik air. Freehold atau Leasehold. Harga yang dipaparkan dan sebagainya. Semak juga tarikh dan status iklan tersebut. Rumah yang diiklankan pada tahun 2008 mungkin sudah dijual atau sudah naik harganya. Lihat juga status iklan (biasanya di laman Internet) – masih available, sudah dijual (sold) dan sebagainya.

    Semak Status Pengiklan

    Adalah digalakkan anda menyemak dahulu status perunding hartanah tersebut. Adakah pengiklan tersebut seorang perunding hartanah (real estate negotiator) yang berdaftar, ejen hartanah percubaan (probationary estate agent) atau ejen hartanah berdaftar (registered estate agent). Biasanya akan dipaparkan nombor ejen bersama iklan di Mudah.my – atau boleh Google dahulu nombor pengiklan tersebut. Ini untuk memastikan anda menghubungi mereka yang benar-benar bertauliah dan berdaftar dalam urusan jual beli hartanah.

    Bersedia Dengan Profil Anda

    Sebelum anda terfikir untuk terus menghubungi nombor perunding hartanah yang terpapar di iklan, semak dahulu profil anda. Bersedia dengan maklumat-maklumat berikut dan lebih bagus tuliskan atas sekeping kertas untuk rujukan anda. Sekiranya anda kurang faham mengenai hal-hal ini, anda boleh meminta penerangan dari perunding hartanah tersebut.

    • Gaji bersih anda setelah ditolak KWSP
    • Komiten bulanan anda – rumah, kereta, kad kredit, pinjaman peribadi dll. dan jumlah installment sebulan – bagaimana prestasi pembayaran installment bulanan anda (cukup-cukup atau lebih dari minimum installment)
    • Nak buat pinjaman perumahan atau tunai (cash)
    • Jika pinjaman perumahan – pinjaman kerajaan (loan government) atau institusi kewangan swasta – sekiranya anda sudah semak kelayakan pinjaman perumahan anda dengan pihak yang terlibat, anda ada advantage di sini
    • Nak guna berapa nama di dalam Sign & Purchase Agreement (S&P). Jika lebih dari satu nama, siapa nama kedua itu

    Gunakan No. Telefon Bimbit

    Baik – anda sudah bersedia dengan sedikit sebanyak maklumat anda. Oh ya, nanti dulu. Saya cadangkan anda menggunakan no. telefon bimbit untuk menghubungi perunding hartanah tersebut. Saya tidak menghalang mana-mana pembeli yang menelefon perunding hartanah menggunakan nombor telefon pejabat. Itu urusan anda dengan majikan anda. Namun hal ini menyukarkan perunding hartanah tersebut untuk menghubungi anda semula kerana jika merka menelefon kembali nombor pejabat, kemungkinan besar akan sampai ke operator dan bukan anda. Katakanlah sejurus anda meletakkan telefon, ada peluang yang terbuka untuk anda namun perunding hartanah tersebut tidak dapat menghubungi anda kembali – anda yang rugi.

    * Panggilan menerus telefon bimbit dilihat sebagai komitmen awal dan kriteria pembeli yang serius oleh sesetengah perunding hartanah.

    Jikalau panggilan anda tidak berjawab, tinggalkan SMS atau WhatsApp. Sekiranya memang peluang dan rezeki rumah itu untuk anda, anda akan dihubungi kembali oleh perunding hartanah tersebut.

    Ucap Selamat & Perkenalkan Diri

    Saya yakin hal ini bukanlah sesuatu yang sukar.

    “Hello/Assalamualaikum.. saya Nurul (bukan nama sebenar).. ini Encik Nasrul ya?”

    “Ya, saya.”

    “Saya ada tengok iklan teres 2 tingkat di Seksyen 6, Shah Alam.. masih available ke?”

    Jawapan yang mungkin anda terima:

    • Masih available
    • Ada buyer tengah check loan
    • Sudah dijual

    Sekiranya masih available, sudah pasti perunding hartanah tersebut akan bertanya mengenai profil kewangan anda secara ringkas. Jika anda sudah menulis maklumat tersebut di atas kertas, hal ini akan menjadi lebih mudah untuk anda sebutkan. Tunjukkan komitmen anda untuk membeli rumah tersebut kerana kebanyakan perunding hartanah memang akan memilih pembeli untuk dibawa ke viewing rumah.

    Masa itu emas – anda pasti faham maksud saya.

    Sekiranya rumah tersebut sudah dijual, anda mungkin ditawarkan rumah yang lebih kurang menepati kehendak anda.

    Apa yang pasti – anda kemungkinan besar akan dimasukkan ke dalam buyer database dan mungkin akan dihubungi sekiranya ada rumah yang menetapi spesifikasi yang anda cari. Kerana itulah penting untuk anda memberi nombor telefon bimbit anda.

    Membuat Temujanji

    Setelah perunding hartanah pada pandangannya merasakan anda serius, benar-benar berminat dan ada potensi untuk membeli rumah tersebut, anda akan ditawarkan untuk viewing. Tanya dahulu bila anda boleh view rumah tersebut. Sekiranya anda ditanya bila anda ingin tengok rumah, beri masa yang anda rasa sesuai. Kebiasaaanya perunding hartanah telah menetapkan masa untuk viewing sesebuah rumah untuk dijual.

    Pastikan anda hadir setelah membuat temujanji dan sekiranya tak dapat hadir – berilah alasan yang munasabah. Jangan lupa – masa itu emas =)

    Semoga anda berjaya mendapat rumah yang diidam-idamkan!

     

    membeli rumah nombor telefon bimbit pinjaman perumaha profil kewangan temujanji tips menghubungi ejen hartanah viewing rumah
    Share. Facebook Twitter LinkedIn Email
    Nasrul Hanis
    • Website

    ⚡Ejen Hartanah Berdaftar (E2578)
    ⚡Prinsipal Alam Harta Realty E(3)1687

    Boleh saya bantu anda?
    ⚡Saya ingin menjual hartanah
    ⚡Saya ingin membeli hartanah

    Related Posts

    Hakmilik Sementara (Qualified Title) & Hakmilik Tetap (Final Title)

    September 25, 2024

    Jenis Lantikan Agensi Hartanah

    January 27, 2019

    Beli Rumah Pasaran Sekunder Yang Lebih Murah

    February 26, 2018
    Leave A Reply Cancel Reply

    ⚡︎ Artikel Terkini

    Langkah Pertama Menjadi Perunding Hartanah Berdaftar di Kawasan Utara – Sertai Negotiator Certification Course (NCC) di Kedah

    March 9, 2025

    Hartanah di Pinggir Bandar Semakin Menjadi Pilihan?

    January 12, 2025

    Hakmilik Sementara (Qualified Title) & Hakmilik Tetap (Final Title)

    September 25, 2024

    Membuat Carian Agensi Hartanah, Ejen Hartanah & Perunding Hartanah Berdaftar Melalui LPPEH Search

    June 21, 2024

    Persediaan Kewangan Untuk Membeli Rumah Pertama

    March 16, 2024
    Facebook X (Twitter) YouTube
    © 2026 Hartanah Di Sini.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.